Tuesday, March 27, 2012

Lawatan YAB Dato' Sri Najib Ke Kompleks Permata Pintar Negara, UKM Bangi

1) Pada 27 Mac 2012 bertempat di Kompleks Permata Pintar UKM, Bangi satu lawatan dan upacara perasmian kompleks tersebut telah berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang cacat cela...

2) Hanya kelewatan ketibaan beliau sahaja membuatkan majlis bermula lewat sedikit... mungkin sebab Smart Tunnnel tutup sebab kerja-kerja penyelenggaraan...

3) Apa kaitan dengan gua??? ya sangat berkait... sangat rapat-rapat macam jamu rapat... gua kene jaga tempat tu supaya tak black out... itu je keje gua pada hari itu... Mari kita layan gambar-gambar suasana di majlis tersebut...

DSC_6723 by pauzikassim
Kutu berahak perhabis subsidi kerajaan macam gua ni sangat bangga dapat jumpa pemimpin kita ni... Gua sempat mengucapkan terima kasih kerana terus terusan memberi subsidi...

DSC_6475 by pauzikassim
Kanak-kanak yang menyambut kedatangan beliau... satu hari nanti pasti mereka sedar adakah menunggu sambil mengibar bendera itu berbaloi... gua pernah buat bende macam ni dulu... sampai sekarang rasa menyesal tak terhingga...

DSC_6406 by pauzikassim
Kitorang tunggu beliau lepak kat Starbuck... Masing-masing stand by... sorang jaga struktur takut2 bangunan tu runtuh... sorang jaga aircond takut orang complain panas... gua kene jaga supaya jangan blackout je...

P1130921 by pauzikassim
Saat ketibaan beliau...

DSC_6497 by pauzikassim
Hm... No comment

P1130933 by pauzikassim
Sempat lagi pose sebelum beliau sampai ke tempat pameran...

P1130934 by pauzikassim
Sesi penerangan bermula...

DSC_6656 by pauzikassim
Masa ni semua orang lah nak mengaku dia yang buat keje itu lah keje ini lah... dia lah yang bancuh simen... sorang tu plak cakap aircond dia paling sejuk lah... gua apa lagi... terus cakap saya yang design faraday cage ni Dato'... Confirm tak kene kilat... 90% dijamin...tercengang terus semua orang... menatang amende aku sebut tu... 

P1130915 by pauzikassim
Hobi gua memang suka tangkap gambar kat poster...

DSC_6630 by pauzikassim
Mereka ni lah tulang belakang yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut... Tahniah diucapkan kepada mereka semua... Gua hanya tumpang menyelit je... interframe... rehearsal hari ahad pun gua tak turun... tido lagi bagus...

Sementara itu... gua telah berbincang dan bercadang untuk menerbitkan album terbaru dengan kerjasama Syafinaz... Hasil perbincangan pihak kami setuju untuk mengeluarkan album genre harmonic soprano death metal... Tunggu sahaja album kami...

DSC_6735 by pauzikassim

DSC_6732 by pauzikassim
Saya sangat berbangga dengan peluang yang diberikan untuk bekerjasama dengan Syafinaz... Beliau sangat berbakat dan mempunyai personaliti yang menarik... Soal cinta memang tiada kerana kami begitu profesional dalam menjayakan projek ini... 

No comments:

Post a Comment