Tuesday, March 29, 2011

Aku Layan Arcade Fire

Ok Dude... kali ni aku nak berkongsi dengan korang album apa sedang aku dengar minggu ni... Untuk makluman korang... aku punye style bila dengar lagu aku tak suka jenis rojak2... iaitu dalam satu cd, pendrive atau winamp ade beratus-ratus genre 'all-in'... maka nya aku bole muntah jika dengar rojak2 begini...

Baru2 ni aku ade melayan grammy awards untuk mengetahui album ape yang terbaik untuk tahun ni... Wow!!! begitu terkejut kerana Arcade Fire telah memenangi album tahunan (Album Of The Year).... Satu-satunya band yang bergerak secara Indie di Amerika yang memenangi anugerah tersebut... Memang cool kan... Lepas tu masa diorang announce pemenang tu, diorang ni kat belakang stage tengah buat persiapan sebagai persembahan penutup... bukan main meloncat lah diorang... lepas bagi ucapan terus je sambung buat show... Lagu yang diorang main adalah "Ready To Start" masa majlis Grammy tu... apa yang menarik pasal band ni... masa diorang buat persembahan " Konsert Unstaged" selama 90 minit... Mereka telah bertukar instrument antara satu sama lain... Itulah keunikan diorang...

 hope one day band Indie dari Malaysia macam Subculture, Plague Of Happiness atau Republic Of Brickfields turut juga dapat pengiktirafan yang sama di Malaysia dan jika mampu bole dapat British Award lagi bagus... korang bole lah kalahkan MUSE atau Coldplay haha...

Jadi album yang aku dengar sekarang ni sama ada di dalam kereta, di pejabat atau di rumah adalah album diorang yang menang tu yang bertajuk The Suburbs... Album mereka yang ketiga... Lagu ringan-ringan je (tolong jangan salah tafsir "ringan2' tu) senang untuk didengar... Aku tinggalkan untuk korang lagu yang menjadi kegemaran aku iaitu The Suburbs...

Next, kita akan review konsert Tribute To Kurt Cobain... Apa kaitan Kurt Cobain ni dengan aku? 


No comments:

Post a Comment