Saturday, November 3, 2012

Engineering Disaster: Harian Metro - Sepakat Bantai Jurutera JKR


Sepakat bantai jurutera JKR

PIHAK kerajaan dan pembangkang sepakat terhadap beberapa isu membabitkan keadaan jalan raya di seluruh negara yang disifatkan sebagai mendukacitakan dan masih di tahap yang kurang memuaskan.
Malah, Dewan Rakyat semalam turut dihangatkan dengan kenyataan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang mendakwa sebahagian besar jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai ‘buta’ kerana membiarkan keadaan jalan raya semakin teruk.

“Mana pergi jurutera JKR? Mereka seolah-olah buta, tidak nampak masalah dihadapi rakyat. Mereka dibayar gaji beribu-ribu dan berkelulusan tinggi, tetapi tidak boleh buat kerja atau memikirkan penyelesaian terhadap masalah jalan raya.

“Kalau begitu, tutup saja agensi (JKR) itu, ganti agensi lain yang dapat buat kerja lebih baik dan mampu menyelesaikan masalah ini,” katanya. Bung Mokhtar melahirkan rasa kecewa pengguna mengenai masalah kerosakan jalan raya ketika sesi soal jawab yang turut disertai Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang.

Selain itu, isu syarikat konsesi yang membina dan menyelenggara jalan raya di seluruh negara turut dibangkitkan Bung Mokhtar berikutan sebahagian besar daripadanya dilihat gagal memainkan peranan dipertanggungjawabkan kerana keadaan jalan masih rosak dan berlubang.

“Bayaran kerajaan kepada syarikat konsesi ini begitu lumayan. Mereka kaut keuntungan ratusan juta ringgit, tetapi perkhidmatan teruk,” katanya.


Justeru, beliau mencadangkan konsesi yang diberikan kepada mana-mana syarikat termasuk empat syarikat di Sabah dibatalkan serta-merta kerana didakwa menganiaya rakyat.

“Saya menggesa kerajaan batalkan saja (konsesi), tak perlu timbang dan fikir lagi. Jangan aniaya rakyat, kalau kementerian sendiri aniaya rakyat saya tak tahulah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/02

Kah Kah Kah.... Elok lah tu... Kah kah kah...
Kah Kah Kah... Tanye orang JKR kata Bung pakai duit banyak kah kah kah...
Kah kah kah... Tanye Kontrakotor dia dapt surat sokongan kah kah kah...
Kah Kah Kah... Tengok nama lah JKR Jalan Kerap Rosak... Kah Kah Kah...

ziziedanbung2 by pauzikassim 

Nota: Senyum Kambing Pagi Pagi Ni Ek Awok Awok... Jange marah ke ambo...
Kita ambik yang positif je... Kalo diorang cabar kenapa jalan rosak... sila sahut cabaran tu dengan membuat laporan teknikal against budget yang korang dapat... Kalo menteri tak layan... pergi kumpul ramai-ramai orang JKR buat demo depan bangunan KKR 2 yang tengah buat tu...

Abang dulu dekat Korea jalan semua cantik je... tak de lubang-lubang... tak de potong potong... bila abang balik Malaysia nak cari jalan yang tak berlubang dalam setiap satu kilometer memang tak dapat...

No comments:

Post a Comment