Thursday, November 29, 2012

UPSR

  by pauzikassim

1) Firstly, aku ingin mengucapkan tahniah kepada adik kecik aku ni atas keputusan yang cemerlang dalam UPSR nya baru-baru ni... Bila melihat keputusannya mengimbas kembali ketika aku darjah enam dahulu kala... Kalo aku dulu hanya menunggu keputusan secara berseorangan sahaja di sekolah... dan guru kelas aku hanya memanggil anak murid yang dapat 4 A dan 3A 1B sahaja... Jadi aku adalah anak murid yang 3A tu... Tapi adik aku ditemani oleh emak aku... Manakala subjek dia ada 5 berbanding aku 4... dan subjek B dia adalah Sains berbanding aku English...

2) Sempat lah aku bagi motivasi pada dia sebelum exam betul2 sebab percubaanya hanya 3A 2B dan B adalah subjek yang agak penting iaitu sains dan matematik... amat membimbangkan... sesuatu perlu dilakukan... dah lah aku tengok dia ni asik mengadap TV je... harapkan tuisyen di sekolah je lah pada waktu malam... Alhamdulillah keputusan 4A itu walaupun sains dapat B... agak kecewa jugak aku ni... mungkin kurangnya penumpuan dalam subjek tersebut...

3) aku telah menerangkan kepentingan setiap subjek kenapa dia perlu score... bermula pada Penulisan dan Pemahaman Bahasa Malaysia... Ini adalah bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa melayu... itu adalah salah satu cara nak buktikan kita ni melayu... walaupun semasa perbualan kita menggunakan bahasa melayu yang tak melayu sangat (melayu pasar campur perkataan english)... Jadi please please please buktikan yang kita ni melayu melalui penguasaan Bahasa Malaysia... Nak harap pakai baju kurung atau baju melayu hmmmm... Kakak kakak ko sanggup salin baju kurung tu sebelum masuk tengok wayang... manakala lelakinya pakai baju melayu pada hari Jumaat... itu pun sebab baju kerja semua dah kat dobi...

4) Bahasa Inggeris... walaupun keluarga aku tidak bertutur dalam bahasa inggeris... tetapi bahasa inggeris ni perlu dikuasai... bukan sebab bahasa kedua... tapi bahasa yang sama penting dengan bahasa malaysia kerana satu dunia bertutur dalam bahasa inggeris... kita tidak ada masa untuk menterjemah setiap ilmu orang barat yang ditulis dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu... cuma aku tak sangka pulak adik aku ni pengerusi kelab bahasa inggeris... aku masa darjah enam satu jawatan apa tak pernah pegang... asik main bola je... mungkin dengan jawatan tersebut sedikit sebanyak membantu dia dalam menguasai bahasa inggeris...

5) Matematik dan Sains... Inilah subjek yang membawa kita kepada kemajuan tamadun... subjek yang mendekatkan kita dengan teknologi... subjek yang satu masa dahulu pernah membawa tamadun Islam ke puncak kegemilangan di mana Barat ketika itu berada pada zaman gelap dibawah penguasaan Paderi-Paderi yang menentang sains... Tapi kini apa jadi?? Orang Islam telah dipisahkan ilmu agama dan ilmu sains kesan daripada gerakan sekular...

6) Dengan itu... Orang Islam terus mundur dan jauh dengan teknologi sehingga pada saat ini Barat pula yang mengusai kemajuan teknologi... Dan yang malang sekali orang Islam tidak mampu untuk memboikot barangan Israel terutama sekali INTEL kerana kita tidak menguasai teknologi computer tersebut (abang pun lemah gak subjek programming... Micro P abang cukup cukup makan je dapat D)... Malah ada yang percaya... mengusai ilmu agama adalah amat penting bagi menjamin untuk masuk syurga... Seolah-olah menjadi ustaz atau guru agama akan menjamin ke syurga berbanding kerja-kerja lain macam arkitek, akauntan, lawyer, doktor atau engineer sehingga ada yang mengumpamakan menjadi engineer ibarat " kerja yang membina jambatan ke neraka"... hm... kecut perut dengar orang cakap macam tu...

7) Sekali lagi kita telah salah faham dengan ajaran Islam yang mementingkan keseimbangan iaitu mengusai ilmu agama (akhirat) dan ilmu sains teknologi (dunia) bagi menjadi mukmin yang cemerlang gemilang terbilang... sembang kencang nampak abang ni... kalo tak buat jambatan tu... susah ahli kariah nak seberang sungai untuk ke masjid terapung...

Ini satu hal lagi... Dia kata dia nak menguasai Gitar, Keyboard dan drum secara serentak... pening gak nak main semua... gitar tu bole lah aku ajar sket2 ape ilmu yang ada... tapi drum dengan keyboard susah tu bai... tak pernah pernah aku main menatang tu... lantas aku berkata... "ok... main gitar dulu sampai tingkatan dua... jari dah panjang sket baru berlatih main keyboard sampai tingkatan empat... lepas tu tangan dah kuat baru bole main drum sebab kene ketuk kuat kuat"... dia pun angguk tanda setuju... dalam hati aku... hmmm dasar perempuan... percaya aje cakap lelaki...

No comments:

Post a Comment