Sunday, November 28, 2010

Aku Menonton Harry Potter



Tepat jam pukul 11 pagi 28-11-2010 aku telah siap untuk keluar menuju ke Sunway Pyramid bagi menyaksikan citer Harry Potter The Deatly Hallows... Aku sebenarnya bukan peminat setia citer ni kerana kali terakhir aku tengok citer Harry Potter ni masa diorang kecik lagi iaitu sekitar 6 tahun nak masuk tadika sihir... lama kan citer tu... masa tu aku berada di Tingkatan 5 dan tempat yang aku tengok citer Harry Potter And The Philosophy Stone  adalah di Sunway Pyramid juga...

Emma Watson masa kecik-kecik...

Secara amnya... aku pun tak tahu macam mana nak ulas citer ni sebab aku tak pernah follow citer ni haha... tak tahu pun sape jahat sape baik... yang aku tau Emma Watson memang cantik bila dah besar.... Tapi bole dikatakan tidak membosankan dan membuatkan aku tidak sabar untuk tunggu next episode....


Besar panjang dah anak dara sorang ni kan....

Emma Watson telah memotong pendek rambutnya kerana semasa di dalam pengambaran citer Harry Potter, Emma tidak dibenarkan memotong rambutnya dan ianya termaktub di dalam kontrak... Hm... aku lagi suka gadis yang berambut panjang...




No comments:

Post a Comment