Monday, November 22, 2010

Kisah Hari Jadi Aku Yang Ke 26

Pada 6 November yang lalu, maka genaplah umur aku 26 tahun di muka bumi Allah... adakah umur 26 ini bermaksud aku panjang umur atau pendek umur?? Untuk makluman korang sepanjang aku hidup aku hanya pernah sekali sahaja menyambut hari jadi aku dengan kek... Masa tu aku berada di Tingkatan 1di mana kakak angkat aku telah membuat surprise parti di kelas aku... dia telah menyediakan kek dan menjemput beberapa kawan aku iaitu Adilla, Faezah dan Jalilah...

Family aku memang bukan dari jenis orang yang menyambut hari lahir dengan menyediakan kek atau hadiah... Aku pernah bertanya bende ni pada mak aku kenapa dia tak sambut hari lahir aku seperti mak2 orang yang lain... tapi dengan selamba mak aku jawab yang dia sebenarnya sentiasa mendoakan aku setiap kali dia lepas sembahyang semoga aku panjang umur dan sihat... Tidak seperti adik kecik aku sangat bertuah kerana abang-abang dia tak kan pernah tertinggal menyediakan kek setiap kali tiba hari jadinya pada 13 Mei...

Hari Jadi Ke-6

Hari Jadi Ke 5

Dimana pula aku pada 6 November tu? Aku sebenarnya menghadiri satu majlis perkahwinan di Besut, Terengganu... Tiada apa2 yang berlaku pada hari lahir aku kerana aku memang sudah biasa tidak menyambut hari jadi... Cuma aku teringat masa Form 4 dulu aku telah dibaling tepung pada hari lahir aku setelah rakan2 aku menangkap aku yang sedang menyorok di dalam Loker... Memang putih melepak dan lauk lah malam tu...

Aku Di Kuala Terengganu Berdekatan Dengan Bazar Warisan

Bila ada orang yang wish aku semoga panjang umur aku mula terpikir balik kenapa perlu panjang umur?? Seperti yang kita tau Allah telah menentukan takdir kita iaitu Qada' ketika kita di dalam rahim lagi iaitu Umur, Rezeki, Baik atau Celaka nya kita bila kita lahir sahaja di muka bumi... Itu lah Rukun Iman Ke Enam iaitu Percaya pada Qada' dan Qadar yang wajib kita percaya...

Ini bermakna bila aku mencapai umur 26 bermakna aku telah hampir dengan kematian... Cuma aku tak tau je bila aku akan pergi adakah pada 27 28 29 40 50 60 70 yup angka yang hanya boleh ditentukan oleh Pencipta aku... Untuk makluman korang Baginda telah wafat pada umur 63 tahun.... Secara amnya purata umur kita adalah lingkungan 6o tahun je... huhu aku ade 34 tahun je untuk capai umur 60 tahun kematian...

So... perlu kah aku dipanjangkan umur?? jika kita hidup di dunia dengan pernuh kualiti maka pasti kita ingin dipanjangkan umur agar banyak kebaikan dapat dilaksanakan di muka bumi ini namun orang yang sebegini lah akan dipanggil dahulu seperti Imam Syafie yang telah meninggal sebelum umur pencen... tapi Firaun pula bole hidup beratus-ratus tahun lamanya dengan penuh kejahatan dan bongkaknya...

Maka kesempatan ini lah kita hanya berpeluang untuk beramal pada Pencipta kita agar segala yang kita laksanakan ketika hidup ini dapat dibalas di Akhirat yang dimana masa dan umur kita ialah infiniti atau abadi...
Untuk makluman korang nisbah masa di akhirat ialah 1 hari di dunia bersamaan 1000 tahun diakhirat... ini bererti jika kita hidup 63 tahun di dunia bersamaan dengan 1.5 jam di Akhirat... Huhu.. cukup ke dengan masa aku ade sekarang ini untuk beramal...

Ini bererti aku mula kene berjimat masa agar masa aku sentiasa berisi dengan bende faedah untuk dunia dan akhirat... Sebab itu Allah yang mencipta alam ini dan masa telah bersumpah ke atas masa. Rujuk Surah Al-Asr... memang benar lah apa yang dimaksudkan kerana manusia sentiasa di dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman... manakala pepatah Arab pula mengatakan "Masa ibarat pedang, jika engkau tidak menjaganya nya ia akan memenggal kepala mu"

Ini Profesor telah memperkenalkan Teori Ruang dan Masa (Relative Theory)sekaligus membatal kan Hukum Newton (Steady State) yang selama ini kita belajar dalam Fizik adalah salah haha... kenapa tipu belaka...

Ini Profesor korang jangan gelak sebab fizikal dia... Dia sedang mengkaji Relative Theory dan beliau telah menemui bahawa alam semesta adalah Transient State berbanding Steady State di mana alam semesta bermula pada t=0s...Tapi sampai sekarang dia tak tahu bila t=0 tu berlaku sehingga lah dia jumpa Big Bang Theory kababom!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ (1)
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2)
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)
Surah di atas adalah surah yang ke 103 di mana dengan jelasnya Allah telah memberitahu kita bahawa masa telah dicipta...






No comments:

Post a Comment