Friday, November 26, 2010

Transformer Yang Membosankan, Terhibur Dengan Ustoppable

Pada 23-11-2010 aku telah dijemput untuk meyaksikan transformer di sebuah kilang di PJ bagi projek Penang Port... Dengan hati girang aku teramat lah teruja untuk tengok transformer tu kerana transformer adalah favourite subjek aku masa zaman UTM... Macam biasalah kalo dah favourite mesti dapat A untuk subjek tu lantas melonjakkan pungutan CPA aku... (Itupun selepas ambik kali kedua... yang first time punya dapat D je sebab tak berapa nak paham)....

Namun aku sangat kecewa kerana ku sangkakan transformer yang nak ditengok tu sebesar 1000KVA... sekali rupanya bila sampai je kat kilang tu alamak kecik kenonet je... 550 KVA (Padah kalo approve shop drawing tanpa tengok detail haha...) ... Hmmm... ape nak di test nya... setakat wat temperature rising jelah yang mampu... karang wat load bank test kos nya lagi mahal dari beli transformer tu...

alah comelnya transformer ni...








Memandangkan ujian yang perlu dilaksanakan adalah lapan jam... dan jam telah menunjukkan waktu makan tengah hari... lantas aku meminta borang ujian yang masih kosong untuk ditandatangani.

"Ok bos... ini form i kasi sign dulu... kita pegi lunch dulu bole ke bos"... kata aku kepada tester tu...
"Ok2 kita gi makan dulu bos... mn mau makan? Pappa Rich ada bole ka?"... Jawab tester tok pek tu...
"Ok lah kasi hantam saja lah makan... after luch I ade meeting lah... itu test u kasi wat sampai abes lah ya"...

Selepas menjamu selera bersama dia aku pun terus beransur dari Pappa Rich PJ Old Town...
Jam menunjukkan pukul 3... oleh kerana transformer yang aku tengok tadi tidak terhibur, lanatas aku menuju Sunway Piramid untuk mencari movie2 yang menarik...

Aku pun terus lah beli tiket Unstopable... memang layan citer tu... lagi best dari transformer aku tadi kerana citer tu mengisahkan keretapi tanpa pemandu yang bergerak 80mile/hour... memang best...

punya lah hura-hara diorang cuba nak stopkan keretapi tu, last-last rupenya diorang stop kan train tu dgn hantar driver balik masuk kat kokpit tu je...

jangan tiru aksi ni ketika naik Komuter

No comments:

Post a Comment