Tuesday, November 30, 2010

FAT GENSET BERSAMA SAHABAT LAMA

Pada 29 November 2010 aku telah dijemput untuk menghadiri satu lagi sesi pegujian janakuasa tunggu sedia atau dalam bahasa ibunda aku “Genset”. FAT kali ini amat lah teristimewa kerana jemputan FAT ini adalah dari sahabat lama aku di zaman UTM iaitu Sumirat… Beliau kini adalah seorang Project Manager bagi projek yang telah direkabentuk oleh aku iaitu UPP, Padang Besar yang memang jangan dok pelak na!!!
Abes dia menyumpah drawing aku yang merapu termasuk tulisan tangan aku yang tak bole dibaca ketika aku mengreply RFI beliau…

Sumirat berada paling kanan sekali.

Kali ini taktik aku menandatangani Borang Ujian yang kosong tidak bole nak dipraktikkan disebabkan sahabatku telah menjemput orang JKR yang ade title Ir… Paham2 je lah orang yang ade Ir ni mesti segan punye bila aku nak jumpa… Knowledge tinggi ma… kalo setakat technician tu mmg slalu kene tadah air kencing aku lah… Maka tersadai lah aku selama 7 jam kat kilang tu... dah tak bole curi tulang nak melencong ke Sunway Pyramid...

Mujur FAT kali ni dia tak banyak tanye… dengan selamber aku chong dia kata testing dah start dari pukul 9 pagi walhal pukul 11 baru aku sampai… nasib baik sahabat aku datang lambat.

Aku suka sangat tengok FAT genset ni sebab aku suka study Transient State dengan Steady State genset tu… Kerana ketika di UTM aku amat meminati subjek Transient State dalam Teori Litar…

Tepat 5 petang sesi ujian pun selesai dan genset tersebut telah disahkan selamat untuk di pasang di tapak. Jarang aku buat FAT lengkap sampai petang huhu… tapi sepanjang tempoh tersebut banyak cerita aku telah bertukar2 dengan sahabat lama aku ni…

Next FAT bersama beliau mungkin pada 6 Disember ni bagi MSB…




Inductive Load Bank... Kasi kuat2 hantam itu genset 0.8 lagging...

Come je Genset aku... Drawing aku 60 KVA... tapi si Sumirat ni beli 76 KVA...




Ini lah meter yang menyukat Transient and Steady State genset tu... aku memang taksub dengan result tu...

Sahabat aku si Sumirat yang sedang melihat data

Bersama orang JKR yang ade Ir

Ini genset 1700KW... Cukup untuk supply satu sekolah rendah... tapi bukan projek aku punye...

No comments:

Post a Comment