Monday, January 31, 2011

Perlu kah Aku Berpindah atau berhijrah?

Aku mendapat idea untuk mengulas tajuk di atas selepas aku menyaksikan beberapa rakan seperjuangan aku di company aku akan mengangkat kaki dalam beberapa bulan ini ke company2 yang lebih besar dan gah namanya... Hasil pemerhatian aku, dapat disimpulkan perpindahan atau hijrah ke company lain adalah salah satu fenomena yang berlaku pada diri kita dan sedikit penghijrahan diperlukan untuk memastikan kita mendapat yang terbaik...

kawan aku: Ji... ko tak nak cabut ke? ko kan dah banyak experience... jom lah join aku
Aku: Aduh... aku risau gak nak blah sebenarnya... takut aku tak dapat apa aku nak nanti...
kawan aku: alah... ko jangan risaulah... rezeki tuhan bagi... ko kene usaha je... jom lah ikut aku... dia bagi banyak dowh...
Aku: Alah... pasal duit ni aku risau... aku bukan nye bagus sangat kerja... memang experince banyak dah... tapi experience aku semua ngeri2... semua experience aku merosakkan projek adalah... ko tengok UITM sg Petani... JKR bagi aku gred C tu...
Kawan Aku: Bila lagi nak uji kemampuan ko ke tahap maksimum... setakat buat job Gov je bosan dowh... tak mencabar...


Terpikir jugak aku bila kawan tanye macam tu.... hm... tiba-tiba teringat aku fenomena perpindahan pemain bola sepak EPL yang diberi nama "Transfer Window"... Untuk makluman korang musim pertukaran atau mendapatkan pemain baru dari kelab-kelab lain akan berlaku pada Bulan Ogos dan juga Bulan Januari...
Gossip terkini adalah di mana Fernando torres akan berhijrah ke Chelsea... Betul ke?

Benarkah Torres akan berpindah ke Chelsea? Mengapa dia berhijrah? Adakah sebab duit? Nak Piala baru? Majikan lama tak bayar KWSP ke? Overtime kurang dah ke? Liverfool dah tak hebat lagi ke? Gerrard dah tak hensem ke?

Berdasarkan persoalan-persoalan di atas... mungkin itu alasan yang kawan aku guna untuk berhijrah kot?... aku tak de pulak nak tanya dia berapa dia dapat dari company baru?... Ade big job ke kat oversea? ade profit sharing ke?...

Teringat plak aku dengan Cristiano Ronaldo yang satu ketika dahulu menjadi pujaan di hati ku ketika beliau bersama Manchester United... Kehebatannya sehingga memaksa Real Madrid untuk pancing dia agar main kat kelab terkaya dan terhebat tu... Macam biasa lah taktik Kelab Gergasi ni nak pancing dia mesti bagi gaji mantap gila iaitu 13 million dalam mata wang euro setahun tu... Ambik Ko!!! Beliau juga telah dipancing dengan sebuah kereta sebagai hadiah sejurus mendarat di Manchester selepas pulang dari majlis penganugerahan Ballon De Or (Aku pun tak tahu nak eja macam mana) yang telah diletakkan nota pada dashboard "Lets Join Us - From Board Of Real Madrid"... Tak goyang hati ko bila dapat hadiah kereta sebaik mendarat dari kapal terbang...

Selepas ditawarkan gaji lumayan dan tambahan KWSP oleh majikan sebanyak 12% dari gaji beliau setiap bulan... Maka dia pun berhijrah lah ke Kelab Duitan tersebut...

Ini hadiah dari AUDI baru-baru ni kepada semua pemain Real Madrid... Bagi memastikan hati pemain nya tidak goyah dengan mana-mana tawaran dari kelab lain macam Selangor FC atau Harimau Malaya FC....

Ini adalah kereta Ferrari beliau yang terbabas di dalam terowong semasa nk pergi training... Alasan ini yang telah digunakan oleh beliau untuk berpindah ke kelab duitan tu disebabkan Pak Alex enggan untuk menggantikan sebuah kereta baru kepada beliau...

Namun semua perpindahan tidak semestinya akan mendapat kebaikkan kerana kita tiada kuasa untuk mengetahui apa yang berlaku di masa hadapan... Kita tengok sahaja yang berlaku pada Owen... kerana gara-gara bengang dengan Liverpool sebab tak pernah menang apa-apa cup... lantas beliau terus sahaja menerima tawaran Kelab Duitan... Namun pada tahun selepas dia tinggalkan Liverpool, bekas pasukan dia telah berjaya memenangi UEFA Champian League....

"Alah... Liverpool menang Champion League tu nasib je... Nampak sangat bookie dah bayar kat AC Milan supaya bagi chance diorang menang" Owen mengulas ketika di tanya oleh wartawan berkenaan kemenangan pasukan lama nya....

Berdasarkan cerita cerita di atas dapat lah aku buat kesimpulan iaitu aku hanya akan berpindah apabila...

1) Aku dapat kereta sebijik sejurus aku mendarat di Subang Airport pulang dari meeting Sekolah Panchor Kelantan dengan nota di dashboard " En Pauzi... Lets Join Us - Board of KTA Tenaga"...

2) Bayaran gaji yang sama dengan Ronaldo iaitu 13 juta euro setahun dengan potongan KWSP majikan dan bonus 3 sehingga 5 bulan...

haha... sungguh tinggi permintaan aku tu kan... So disebabkan masih tiada lagi syarikat syarikat lain yang bole bagi macam tu... maka tersadai lah aku di company sekarang ni menyiapkan projek-projek aku selepas di maki oleh Bos aku kerana banyak lagi projek tak hand over...

Saturday, January 29, 2011

Projek Kuarters Bomba Cheras

Pagi tadi aku telah menghadiri satu mesyuarat tapak di cheras dekat dekat dengan downtown... Ini adalah salah satu projek high rise building aku yang bole dikatakan mencabar lah dan boleh dianggap buat pengubat hati aku sebab tak dapat jadi RE kat projek high rise building di Putrajaya...

Beza nya site cheras ni aku buat rumah 17 tingkat 3 blok lepas tu adalah dewan tadika dengan pondok Pok Guard... So dah tahu lah setiap floor tu typical cuma stage basement ni selagi tak lepas selagi tu aku tak bole tido malam dok pikir nak hack beam C&S ni macam mana lah nak buat... mana tak nya... site dah terbengkalai 10 tahun... projek ni pun Gov kene tipu dengan pemaju... C&S aku dah lah brutal... asik tak bagi nak hack je...

segala paip-paip taik yang nak lalu atas kete tu harus aku pikir macam mana nak buat...


Selepas 6 bulan bertekak dengan kontraktor pasal insurance bulan ni baru lah nak start keje


Dua gambar di atas telah membuatkan Bangla yang tangkap gambar aku rasa tertekan sebab kene kaco tengah keje

Ahli mesyuarat tingkap atau basement




Projek yang sudah terbengkalai lebih 10 tahun sejak 1998... Menurut bos aku, aku adalah orang keempat yang jaga projek ni... Mampukah aku bertahan??


Ini kontraktor lama buat... 









Ini core lift



Thursday, January 27, 2011

Siap Jugak Projek UUP Sg Besi Aku Ni

Hurgh... lega aku selepas lawatan pra-penyerahan antara aku mewakili kontraktor bersama JKR & UUP bagi projek Unit Udara Polis ni... Boleh lah Main Con aku bayar gaji aku yang dah lama tertunggak ni... Bil air aku pun dah lama tertunggak ni... kene langsaikan jugak ni...

Mana tak nya... Main Con aku telah ugut aku pada meeting yang lalu jika penyerahan tak buat dalam masa terdekat selagi tu kene hold segala bagai payment... Maklum lah projek kene LAD ni... Itu pun still ada komen-komen yang masih tidak memenuhi citarasa individu macam sofa tak cantiklah... cat color tak kene tema lah... pantri tak de decorative lah... abes Arkitek aku kene maki sebab Client cakap "U arkitek tak ada taste lah"... sian dia.. nak je aku belikan diorang aiskrim supaya ada taste... tak pun suruh je diorang panggil si Eric Deco Deco tu

"Ye puan-puan hari ini ye hari ini ye... Warg!!! ini sofa dari Italy" Korang paham lah gaya Eric ek haha...


Tapi ape-ape pun kira siap lah so majlis rasmi atau majlis kesyukuran akan diadakan lepas Gong Xi Fat Choi ni... 

Pssst... dengar citer bangunan ni hanya bertahan lima tahun je.... lepas tu Gov nak jual semua tanah area tu kepada pemaju kerana harga tanah di situ teramat mahal dan menguntungkan... kalo betul lah gossip tu... aku lah orang paling lega sebab tak perlu nak tanggung Bangunan tu sepanjang hayat aku... Then diorang kata keje-keje nak robohkan bangunan tu pun mungkin akan diserahkan kepada main con aku sebab kitorang je yang tahu apa yang kuran kat bangunan tu... so projek Reka & Bina sebelum ni bertukar jadi Bina & Roboh hahaha....






Kereta aku di tempat kejadian



Lampu Disko Clubbing

Ehem... Testing 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10...

Aku menyumbangkan beberapa lagu 








Aku plan nak hijack tempat ni

"Pauzi, kenapa you tak pasang Astro Beyond"?
"Sini Orang Astro kata tak dapat Signal Beyond" kencing aku kepada pelanggan tua










Isu pintu besar tu sampai sekarang tak solve lagi