Monday, January 31, 2011

Perlu kah Aku Berpindah atau berhijrah?

Aku mendapat idea untuk mengulas tajuk di atas selepas aku menyaksikan beberapa rakan seperjuangan aku di company aku akan mengangkat kaki dalam beberapa bulan ini ke company2 yang lebih besar dan gah namanya... Hasil pemerhatian aku, dapat disimpulkan perpindahan atau hijrah ke company lain adalah salah satu fenomena yang berlaku pada diri kita dan sedikit penghijrahan diperlukan untuk memastikan kita mendapat yang terbaik...

kawan aku: Ji... ko tak nak cabut ke? ko kan dah banyak experience... jom lah join aku
Aku: Aduh... aku risau gak nak blah sebenarnya... takut aku tak dapat apa aku nak nanti...
kawan aku: alah... ko jangan risaulah... rezeki tuhan bagi... ko kene usaha je... jom lah ikut aku... dia bagi banyak dowh...
Aku: Alah... pasal duit ni aku risau... aku bukan nye bagus sangat kerja... memang experince banyak dah... tapi experience aku semua ngeri2... semua experience aku merosakkan projek adalah... ko tengok UITM sg Petani... JKR bagi aku gred C tu...
Kawan Aku: Bila lagi nak uji kemampuan ko ke tahap maksimum... setakat buat job Gov je bosan dowh... tak mencabar...


Terpikir jugak aku bila kawan tanye macam tu.... hm... tiba-tiba teringat aku fenomena perpindahan pemain bola sepak EPL yang diberi nama "Transfer Window"... Untuk makluman korang musim pertukaran atau mendapatkan pemain baru dari kelab-kelab lain akan berlaku pada Bulan Ogos dan juga Bulan Januari...
Gossip terkini adalah di mana Fernando torres akan berhijrah ke Chelsea... Betul ke?

Benarkah Torres akan berpindah ke Chelsea? Mengapa dia berhijrah? Adakah sebab duit? Nak Piala baru? Majikan lama tak bayar KWSP ke? Overtime kurang dah ke? Liverfool dah tak hebat lagi ke? Gerrard dah tak hensem ke?

Berdasarkan persoalan-persoalan di atas... mungkin itu alasan yang kawan aku guna untuk berhijrah kot?... aku tak de pulak nak tanya dia berapa dia dapat dari company baru?... Ade big job ke kat oversea? ade profit sharing ke?...

Teringat plak aku dengan Cristiano Ronaldo yang satu ketika dahulu menjadi pujaan di hati ku ketika beliau bersama Manchester United... Kehebatannya sehingga memaksa Real Madrid untuk pancing dia agar main kat kelab terkaya dan terhebat tu... Macam biasa lah taktik Kelab Gergasi ni nak pancing dia mesti bagi gaji mantap gila iaitu 13 million dalam mata wang euro setahun tu... Ambik Ko!!! Beliau juga telah dipancing dengan sebuah kereta sebagai hadiah sejurus mendarat di Manchester selepas pulang dari majlis penganugerahan Ballon De Or (Aku pun tak tahu nak eja macam mana) yang telah diletakkan nota pada dashboard "Lets Join Us - From Board Of Real Madrid"... Tak goyang hati ko bila dapat hadiah kereta sebaik mendarat dari kapal terbang...

Selepas ditawarkan gaji lumayan dan tambahan KWSP oleh majikan sebanyak 12% dari gaji beliau setiap bulan... Maka dia pun berhijrah lah ke Kelab Duitan tersebut...

Ini hadiah dari AUDI baru-baru ni kepada semua pemain Real Madrid... Bagi memastikan hati pemain nya tidak goyah dengan mana-mana tawaran dari kelab lain macam Selangor FC atau Harimau Malaya FC....

Ini adalah kereta Ferrari beliau yang terbabas di dalam terowong semasa nk pergi training... Alasan ini yang telah digunakan oleh beliau untuk berpindah ke kelab duitan tu disebabkan Pak Alex enggan untuk menggantikan sebuah kereta baru kepada beliau...

Namun semua perpindahan tidak semestinya akan mendapat kebaikkan kerana kita tiada kuasa untuk mengetahui apa yang berlaku di masa hadapan... Kita tengok sahaja yang berlaku pada Owen... kerana gara-gara bengang dengan Liverpool sebab tak pernah menang apa-apa cup... lantas beliau terus sahaja menerima tawaran Kelab Duitan... Namun pada tahun selepas dia tinggalkan Liverpool, bekas pasukan dia telah berjaya memenangi UEFA Champian League....

"Alah... Liverpool menang Champion League tu nasib je... Nampak sangat bookie dah bayar kat AC Milan supaya bagi chance diorang menang" Owen mengulas ketika di tanya oleh wartawan berkenaan kemenangan pasukan lama nya....

Berdasarkan cerita cerita di atas dapat lah aku buat kesimpulan iaitu aku hanya akan berpindah apabila...

1) Aku dapat kereta sebijik sejurus aku mendarat di Subang Airport pulang dari meeting Sekolah Panchor Kelantan dengan nota di dashboard " En Pauzi... Lets Join Us - Board of KTA Tenaga"...

2) Bayaran gaji yang sama dengan Ronaldo iaitu 13 juta euro setahun dengan potongan KWSP majikan dan bonus 3 sehingga 5 bulan...

haha... sungguh tinggi permintaan aku tu kan... So disebabkan masih tiada lagi syarikat syarikat lain yang bole bagi macam tu... maka tersadai lah aku di company sekarang ni menyiapkan projek-projek aku selepas di maki oleh Bos aku kerana banyak lagi projek tak hand over...

No comments:

Post a Comment