Monday, January 10, 2011

Al Jamiah Al Khairiah Hospital Makkah

Aduyai… job hospital Makkah aku dah mula balik… lepas je bos aku balik dari Makkah… terus dia panggil aku dengan partner aku ke dalam bilik dia… seperti biasa satu makian dan cacian telah hinggap ke gegendang aku dan partner aku…

Mana tak nye… masa bos aku gi Makkah nak present drawing, menangis pak arab tu nak baca drawing aku… rupa-rupanya patner aku telah print drawing saiz A3… mengamuk lah pak arab tu sampai dia ungkit kat kontrak kene print scale 1:200… Aku sampai skarang pun tak tau nak scale dwg tu sebenarnya… Tabiat buruk aku adalah melempar dwg ke draftman aku sambil memberi arahan tanpa mempelajari ilmu AutoCAD diorang…

So, disebabkan azam tahun baru… aku telah mengikhlaskan diri aku apa-apa jalan atau kerja yang lebih mendekati keagamaan perlu dilaksanakan bersungguh-sungguh… sebagai contoh job Hospital Makkah ni… Aku perlu berkerja keras untuk mendapatkan job ni kerana kedudukan nya adalah di Makkah… So ini je lah satu-satunya peluang aku untuk ke Makkah bagi menunaikan Umrah atau Haji tanpa perlu kumpul duit macam nenek aku yang dah tua baru dapat pergi Makkah atau kumpul duit untuk pergi bercuti ke tempat tempat lain macam Milan lah… Bali lah… tanpa mengutamakan destinasi ke Makkah terlebih dahulu bagi yang muda dan berkemampuan… (Rujuk Rukun Islam Ke Lima).

Banyak penemuan baru yang telah aku jumpa dalam lukisan Pak Arab ni… aku akan ceritakan bagaimana konsep, rujukan dan standard atau spec yang akan digunakan selepas kerja design aku siap sepenuhnya… Ini bukan job JKR yang pakai spec LS 1 yang guna British Standard tu… ataupun dealing dengan TNB yang sangat mudah bagi power supply tapi amat berkira dengan Correction Power Factor dan Maximum Demand berbanding Saudi Elec Co (S.E.C) yang tiada standard…

Cuma aku masih tak dapat mempertimbangkan arahan bos aku untuk stay sana terus jadi Resident Engineer kat Makkah tu sekurang-kurang nya tiga tahun huhu… Sory bos… saya ni jenis Homesick… Home Sweet Home tak pun Home Soy… 





Cross Section view dari arkitek aku... aku tengah pening mana nak letak transformer aku...









3 comments:

  1. unutng ko bleh buat haji tiap2 tahun.umrah seminggu sekali lah lepas ni.no more yamcai maa.no more enjoy2.selius work start alleady..

    ReplyDelete
  2. serius ke nak pi? lepak dulu b4 pegi. nanti awak balek saya da ade anak 10 da. tak dapat nak lepak lagi :P

    ReplyDelete
  3. jangan risau... tak kan nya saya tinggalkan malaysia tercinta ni... lagi-lagi malaysia dah menang bola... paling jauh pun duduk site kat Putrajaya je

    ReplyDelete