Saturday, January 15, 2011

Perlu Kah Aku Pasang Azam Baru Setiap Tahun Baru?

Woooo..... sudah lima belas hari aku meninggalkan tahun 2010... orang lain dah ada azam baru tapi aku masih terkial-kial nak cari azam baru... aku teringat dulu aku ada kawan nama Azam... masa tu aku merempit bersama dia naik motor 125Z aku kat Jalan Kg Raja Uda (K.R.U) menghala Port Klang... dapat lah main satu kilo lepas tu lepak Tanjung Harapan sampai pukul 4 pagi berlatih wikang sambil menghirup bau hanyir air laut... Lepas tu aku tak tahu apa jadi dengan Azam lepas dia pindah dari Klang... Aku tak tahu yang dia dah pasang azam baru ke walaupun nama dia Azam atau mungkin tak perlu sebab nama dia dah azam... Adakah nama mempengaruhi diri kita kerana aku pernah berkawan dengan orang nama Taufik (Lelaki) dan Hidayah (Perempuan) tapi aku masih berasa belum dapat hidayah atau taufik (petunjuk)....


Ini lah motor yang aku pinjam dari somebody untuk aku gi kelas masa UTM dan merempit kat Tanjung Harapan... 
Ini body asal moto yang aku pinjam tu...


Rossi: Tak pelah ji... lu pakai jelah moto gua tu... kalo lu tak nak pakai bagi je lah kat Pak Kassim... Gua sekarang dah main kategori GP 500cc... 
Poji: Ek eleh lu... gua sekarang tak layan lah Mat Rempit... Gua naik kereta yang ada bumbung... Tapi tak pe... Gua dah tanye Pak Kassim dia nak moto tu... dia nak beli ikan kat Econsave senang sket...

Apa-apa pun aku berharap orang di atas telah memasang azam baru masing-masing... Kembali kepada luahan perasaan aku pasal azam tahun baru aku ni... Punya lah aku bermuhasabah diri setiap malam sebelum tidur, tiba-tiba aku terdapat satu ilham... kenapa perlu aku pasang azam baru sedangkan aku tahu aku tak akan dapat tunaikan!! So, tak payah lah berazam... Lalu aku bermuhasabah lagi... tiba-tiba aku dapat rasa kan diri aku ni masih banyak bende-bende negatif yang perlu dihapuskan sebelum aku memperolehi kebaikan untuk diri sendiri dan juga alam sejagat... Hm... lantas aku mendapat ilham bahawa azam tahun ni adalah membuang segala bagai negatif yang ada pada diri ku terlebih dahulu... 

Teringat pulak aku kisah sahabat Nabi iaitu Saidina Omar yang mempunyai iman yang tinggi... tetapi masa tu meminum arak masih belum jatuh hukum haram... Lalu pada suatu hari Saidina Omar menjadi Imam solat... tiba-tiba dia tersasul membaca surah al-kafirun yang membawa maksud menyamakan tuhan kafir dan Islam kerana beliau dalam keadaan mabuk selepas minum arak... Lantas bagi melindungi Iman orang Islam maka turunlah ayat Al-Quran yang mengharamkan arak... Dengan serta-merta Saidina Omar dan orang islam masa tu membuang segala arak yang ada di rumah dengan serta-merta... Cuba korang lihat... dengan Iman yang tinggi... segala suruhan dapat dilaksanakan dengan ikhlas tanpa memberi alasan macam-macam... Ini tak, bila tanya dalam senarai azam korang yang merokok... pasti aku tahu memang korang tak kan ada azam nak berhenti merokok kan... maka datanglah seribu satu alasan tak nak berhenti merokok kan...

Apa bende negatif yang perlu aku buang supaya aku boleh jadi baik untuk diri sendiri, bangsa, agama dan alam sejagat ini??

Dari Segi Agama
1) Memastikan yang aku tidak meninggalkan solat lima waktu tanpa sebab yang darurat...
2) Memastikan yang aku tidak akan meninggalkan walaupun sehari puasa di bulan Ramadhan...

Dari Segi Kekeluargaan
1) Memastikan aku tak kan melawan atau meninggi suara dengan Ibu bapa aku...

Dari Segi Kerja
1) Memastikan aku tak kan lewat menghadiri sebarang mesyuarat atau temujanji....
2) Memastikan aku tidak menangguhkan sebarang kerja yang telah dipertanggungjawabkan...
3) Memastikan tiada diskriminasi terhadap pelanggan aku...
4) Memastikan aku tidak bermain Facebook kerana aku ada tabiat membaca semua status orang sehingga memakan masa dua jam nak habis baca semua post yang terkini... kali aku hanya komen ape yang ade orang tag kat aku sahaja...

Dari Segi Hubungan Sahabat Dan Masyarakat
1) Memastikan tiada sahabat aku sakit hati dengan aku... Hahaha... aku perlukan sokongan yang ni...
2) Memastikan tiada gadis-gadis tidak sakit hati dengan aku dengan memastikan mereka sentiasa gembira dengan aku.... Mungkin aku akan merelakan jari-jari aku ni digigit oleh mereka walaupun sakit teramat sangat...

Hm... aku rasa banyak gak lah bende negatif yang masih ada pada aku... Jadi mulai saat ni maka aku akan memulakan dengan membuang segala yang negatif dulu... lepas menjadi... Baru lah aku rasa next two or five years nanti nak pasang azam yang positif macam nak naik pangkat ke? nak rumah besar ke? dan segala macam lah azam typical orang selalu cakap...




4 comments:

  1. macamana azam nk turunkan perot boroi awak tuuuu~ :P

    ReplyDelete
  2. "gua agak terkedu dengan post ini.ini sinar yang selalu terjadi bagi mereka bila nak melangkah ke arah dewasa dan matang."pandangan iklas seorng wali

    ReplyDelete
  3. Aan: Terima kasih kerana ingatkan saya... saya akan masukkan dalam senarai saya...

    Topek: Aku pun tak sangka bole post macam ni...

    ReplyDelete
  4. memang lah jie.bila kita nak berubah kita tak sedar.tetiba dah jadi jahat.or baik..

    ReplyDelete