Thursday, January 20, 2011

Terjawab Sudah Teka Teki Menganai RE dan Kebutaan Teknologi (IT) Aku...

Akhirnya terjawab sudah teka teki mengenai keputusan temuduga bagi jawatan Resident Engineer yang dirujuk sebagai RE di Kompleks kerajaan Precint 4 Putrajaya pada 17 Januari yang lalu...

Tahniah kepada staff dari Perunding Hashim & Neah yang telah berjaya memancung aku time corner bagi merebut jawatan tu... Itu lah rezeki orang kata...

Sedikit riak muka kecewa Bos Besar aku terpapar ketika memberitahu aku tadi mengenai jawatan RE tersebut bukan milik staff dia walaupun Bos Besar aku telah menulis surat sokongan dan merayu cuba meyakinkan pelanggan dia iaitu PJH tentang kewibawaan dan kehebatan aku..pauzi." You ni... wat malu I saja Pauzi "... Kata Bos aku sambil berseloroh...

Tapi apakan daya kerana Interviewer tu tak nampak konfiden aku ketika mereka bertubi-tubi menyoal aku pasal rekabentuk Sistem ELV... Ada ke diorang bole tanya aku Video Projection System pakai sistem apa?? lepas tu bole plak dia tanya aku pasal teknologi Projection system yang baru apa dia?? termengah-mengah jugak lah aku nak jawab... Aku ni dah lah bukan high tech punye orang tambahan pulak aku adalah buta IT....

Dengan selamba aku lawan balik penemuduga tu kerana berasa bengang dengan berkata " Tak pe Encik... Saya Engineer... Sebagai Engineer apabila dapat drawing pasti dia bole menganalisis... So Encik tak perlu tanya pasal Teknologi semasa kerana kita tak kan terkejar dengan teknologi... Hari ini encik kata Video projection pakai cable VGA... Lepas tu Astro dah pakai HDMI... mana tau minggu depan plak Astro pakai teknologi lagi cangih plak macam Piring Astro yang besar tu tukar pakai  piring saiz pendrive cucuk je kat LCD TV.... 

Semua soalan dia adalah mengenai ELV semata kerana orang suka tengok bende berteknologi macam Video Conferrece, CCTV, Internet, LCD TV dan segala bende high tech lah berbanding bende bende peralatan elektrik kuno macam Transformer, ACB, MCCB yang sememangnya kegemaran aku...

Memang aku setuju kerana mana-mana projek masa aku handover mesti Client aku suka sangat nak tengok sistem CCTV lah... Nak check sound sistem dewan lah... berbanding tanya pasal apa itu genset atau transformer...

Oleh yang demikian kembali semula aku menjaga projek aku yang berlambak dan sedikit terganggu perjalanan career aku kerana nak tunggu jadi RE next year baru ada huhu.... Walau bagaimana pun kegagalan aku ni telah menggembirakan Bos Kecik pulak kerana dia tak perlu risau nak cari pengganti aku bagi mengganti kerja-kerja dia hehe...

Moral nya.... sesuatu yang berlaku ada hikmah, nikmat dan dugaanya... Tiba-tiba aku berasa air mata mula menitik di pipi aku ketika sedang taip post ni... patut lah masin je aku rasa dari tadi...


Labtop 'Apple' aku yang high tech ni hanya aku guna untuk baca tab Guitar Pro dan buat kerja sahaja...
Iphone orang bagi ni plak semata untuk buat set appointment reminder aku sahaja berbanding orang lain yang begitu banyak application nye... 

Yang ini aku fully utilize sebab aku bukan orang yang kejar teknologi...

2 comments:

  1. sabar jie.aku akan sentiasa disamping ko.jatuh bangun ko akan aku jadikan buku panduan hidup.

    ReplyDelete
  2. aku tau ko kawan aku yang jual minyak wangi tu...
    kadang-kadang je ko jual besi panas...

    ReplyDelete