Monday, February 21, 2011

Abis Bahana Hospital Makkah... Datang Pula Hotel MITC Ayer Keroh

Siang tadi aku telah berjaya curi masa menghadiri meeting pertama aku bagi projek Hotel MITC.... Itu pun gara-gara selepas dimaki oleh Bos besar aku sabtu hari tu sebab langsung tak pernah hadir meeting sebelum ni...

Projek ni dah lama jalan sejak dari tahun 2005... tapi super duper engineer aku nak resign hujun bulan ni menyebabkan aku telah diarahkan oleh bos aku untuk take over projek dia... Aku tak tahu lah ini bahana atau ujian... tapi tak pe... aku mana mungkin mengingkari arahan bos aku... dengan hati yang senang dan berfikiran positif maka aku pun terima je lah projek yang diberi oleh bos aku dan akan cuba deliver this project dengan jayanya...

Sampai je tempat meeting tadi aku perhatikan minit... banyak gak lah isu aku... tapi tak pe.... partner aku mekanikal engnr dah cover semua... selamba dia tolong jawab kan isu aku dengan confident... siap cakap genset tak cukup tu kalo nak cover Cinema 4D... Dahsyat2....

Macam biasa... bila aku dapat je projek dari orang lain... bende pertama sekali aku buat adalah REDESIGN... Aku tak pernah percaya dengan design orang....

Aku memang suka buat kerja dua kali... Aku akan bagitahu korang konsep rekabentuk aku selepas aku siap design...

Tapi meeting kali ni memang best sebab Arkitek nya adalah perempuan yang masih bujang.... Sempat jugak lah aku bagitahu kat semua team yang aku masih bujang ketika sesi kenal diri haha... Jual Minyak beb... tak tahu laku ke tak... dengar citer arkitek tu nak angkat CIVIC... lepas tu bawak aku jalan2 tengok buaya kat taman buaya melaka... cara memang cara...

3 comments:

  1. kahkahkah. xmenyempat. pantas gila tindakan

    ReplyDelete
  2. haha... tapi banyak bunyi lah... saya pantang orang banyak bunyi ni hehe

    ReplyDelete
  3. saya x banyak bunyik. awak pantang tak? hihi

    ReplyDelete