Thursday, February 17, 2011

Aku Layan Head Banging Kat Konsert Deftones

Pada 14 Februari ari tu bersamaan dengan hari Isnin aku telah menghadiri Mesyuarat Penyerahan UUP Sg Besi... Begitu banyak isu-isu aku yang perlu di jawab... Tapi semua nya aku jawab dengan selamber je kerana segala isu sudah terbenak di dalam otak aku sejak dari awal aku jaga projek ni...

Tapi pada hari itu, jiwa aku sebenarnya sudah berada di KL Live... aku tiada mood langsung untuk kerja... Mana taknye... Aku dah set kat kepala hotak aku yang malam tu aku nak head banging sampai muntah... Abes je mesyuarat dalam pukul 2 petang... aku terus sahaja bergegas ke rumah untuk jimat tenaga dan bersiap-siap... Seperti yang ditunggu-tunggu oleh peminat Hardcore... tak kisahlah sama ada anda Hardcore kat muzik ke... kat keje ke... kat katil ke... pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan Deftones beb!!! ulang sekali lagi... Deftones Beb!!! Deftones datang KL tu... Tepat pukul 5... aku keluar umah untuk mengangkut member aku seorang ni yang kaki hardcore gak... 




Oleh kerana sebentar lagi artis yang membuat persembahan dari Amerika... Maka aku perlu menyesuaikan dengan budaya Amerika... Jadi langkah pertama aku gi makan kat Subway... Ambik ko!!! Kesannya aku muntah sayur kat dalam tu sebab aku bukan jenis makan sayur...


Sempat jugak aku bergambar dengan awek awek hardcore... ini adalah awek hardcore yang aku kenal semasa di UTM... Untuk pengatahuan korang aku selalu gak lah terserempak dengan mereka di setiap konsert konsert di Malaysia... Rock The World pun aku bole terserempak dengan diorang...


Aku bergambar dengan poster gergasi di KL Live....

Yang ni sahabat hardcore aku... bende paling hardcore dia pernah buat kat aku ialah melontarkan boxer yang telah dipakai oleh dia ke muka aku...

Sekitar di pintu masuk utama...


Betapa ramai orang yang dahagakan muzik hardcore dari Barat ni...

Bergegas ke tingkat atas... tak sabar aku nak slam kat crowd...

Yang ni aku tahu apa kes minah/mamat ni bagi bunga ros malam tu... tapi dia bagi aku tak banyak bunyi terus ambik je lah... bende free tu...


Opening by Love Me Butch... Yang pegang gitar tu Ah Meng namanya... Perfomance memang mantap... terkinja kinja aku sampai senak subway... masa ni belum muntah lagi...

Selepas satu jam gak lah tunggu diorang setting... akhirnya vokalis Deftones Chino kuar jugak... tapi yang selalu menjadi persoalan aku... kenapa budak main turn table mesti nak guna labtop Apple macam aku haha....

Mempunyai vokal scremo dan melodic manjadi kekuatan chino... antara limp bizkit dengan deftones pasti aku pilih deftones...




Ini muka masing masing lepas muntah sayur... head banging sampai aku terhantuk kepala dengan awek depan aku... nasib baik masing masing memahami... Dan perkenalan kami setakat itu sahaja... sambung balik head banging lepas tu...



Akhirnya Majlis Hardcore aku pun tamat dengan jayanya sekitar pukul 11 malam... Tidak berasa penat langsung walaupun dekat tiga jam aku berdiri... itu belum kira stamina aku terloncat loncat...
Kesimpulannya... Orang Barat sentiasa mengaut keuntungan dengan orang Asia haha...


Selepas ni aku berharap band dari Iowa ni sudi sudi lah datang ke Malaysia buat show... Yang ni kalo turun... aku sanggup sambut diorang dari Airport sampai lah ke Hotel membawa ke tempat show dan ke airport balik untuk hantar diorang balik...









No comments:

Post a Comment