Thursday, February 17, 2011

Aku Ke Balai Bomba Nenasi Dan SInggah Sebentar Di Sekolah Padang Garuda

Hari ini aku telah bertukar kerjaya jadi penoreh getah... mana taknye... pukul 5 pagi dah kuar rumah gi cari rezeki... aku rasa penoreh getah pun belum bangun lagi... Kali ni aku perlu tiba awal di tapak bagi mengambil hati client aku yang selalu panas dengan aku sebab asik asik datang lewat je... Tepat jam pukul 10 aku telah selamat tiba di Balai Bomba Nenasi...

Aku telah tiba awal sejam dari client aku haha... Bangga siut dapat tewaskan dia... Tujuan dia panggil aku ke Balai Bomba ni adalah kerana beliau telah menerima berbagai bagai aduan dari pihak Bomba yang telah menduduki Bangunan tu... Begitu banyak komen komen mengenai sistem elektrikal aku yang tak stabil...

Ambik ko!!! bahananya... dia telah maki aku kerana aku lack supervision bagi projek Balai Bomba ni... tak cukup dengan itu... dia nak bagitau bos aku yang dia nak blacklist aku dari projek dia yang satu lagi kat KL iaitu Kuarters Bomba Cheras.... Kecut perut aku dengar warning dia tu...

Dia: Pauzi... U dont play with my project ok... I tak mahu tengok lagi muka u kat site Kuarters Bomba      Cheras... I tau u banyak  projek sampai projek Balai Bomba Nenasi ni u main hentam saje kasi approve... So next meeting Kuartrs Bomba I tak mahu tengok muka u...


Aku: Sory... this project I memang kurang sket supervission... tapi itu projek Kuarters... I kasi monitor betul-betul bos... Janji aku kepada dia...

Ini lah kesan kalo kita berdiskriminasi dengan jenis client... Keutamaan aku adalah JKR baru KPKT lepas tu KPM... Tapi aku tersilap sebenarnya... JKR, KPKT dan KPM adalah orang yang sama iaitu dari JKR semuanya... Mereka hanya dipinjamkan ke Kementerian lain untuk bantu kementerian tersebut...



Harga Kereta ni RM 1.8 Juta... Tak heran lah kalo bot peronda tu RM 6 Billion kan...

Sampan ni murah sket... 

Client telah suruh aku naik Kereta Bomba biar aku rasa kesusahan ahli Bomba sebab pasang elektrikal sistem banyak tak betul... Best wo!!! rasa macam naik Ferrari Spider 


Abis sahaja aku terima maki... maka aku pun beredar lah dari Balai Bomba tu... Dikesempatan itu... aku mengambil peluang untuk melencong ke salah satu site aku yang dah lama terbengkalai iaitu SK Padang Garuda di Kuantan.... Sekolah ni canggih sebab ade platform tu... Tak caya tengok gambar bawah ni...

Gambar ni masa bulan 10-2009... platform belum siap lagi...


Yang ni gambar sekarang... baru je ambik tadi...paltform dah siap.... lembu dua ekor tu Main Con nak simpan untuk kenduri kesykuran hand over nanti haha...

No comments:

Post a Comment