Friday, February 11, 2011

Siap Jugak Hospital Makkah aku ni...

Masuk tahun baru cina hari tu genap setahun aku jaga projek ni... kenapa tahun cina dijadikan pengukurun tempoh aku jaga?? Hah... ini kerana bos aku telah bagi job ni ketika aku sedang seronok bercuti bagi merayakan cuti tahun baru cina... dengan selambanya dia call aku ketika aku sedang enak makan kuih bulan sambil main pakau dengan ahmoi ahmoi masa cuti tahun baru cina tahun lepas untuk hadir ke ofis...

Aku mana mungkin mengingkari arahan bos aku... terus sahaja siap siap dan bergegas terus ke ofis... Tapi itu cerita tahun lepas kawan kawan... Teman sekarang ni udah huru hara dibuatnya bagi menjayakan design hospital ni... Tepat pukul 4 tadi teman berjaya menghantar segala bagai bahan lukisan ke Arkitek untuk di bawa ke Makkah bagi tujuan pembentangan... Untuk makluman korang post ini sedang ditulis ketika di rumah kerana lepas anta drawing terus sahaja aku balik umah...

Seperti yang dijanjikan pada post hari tu... alah... yang aku nak ceritakan kat korang pasal konsep rekabentuk aku tu...( Ada ke orang baca blog ko ni Ji... tiba2 terlintas di dalam hati aku huhu)...

Tak de apa yang menarik pun dengan rekabentuk aku kali ni... tapi yang menjengkelkan adalah aku tengok... Untuk makluman korang aku telah guna 7 bijik transformer 11kv/380v dengan kuasa 1500KVA setiap satu... ambik ko... punya lah banyak makan space sebab nak letakkan transformer aku tu sehingga Arkitek aku buat muka serong...

Tidak cukup dengan itu... bertambah lagi kejengkelannya apabila tiada langsung panel HT 11KV... Hm... aku pun tak tahu nak cakap macam mana... tapi ko bayangkanlah ini bermakna ada 7 buah kabel yang akan disuap terus ke mulut transformer tu tanpa sebarang protection atau VCB....

Nak lagi jengkel... rekabentuk kali ni tak perlu pasang capacitor bank nak wat power factor correction... Orang Arab kaya2... diorang tak heran punye nak bayar bil api tinggi tinggi berbanding dengan TNB kerana mereka sangat berjaga jaga dengan power factor ni....

Dari segi essential load typical saje... ade dua genset 1350kva setiap satu dan disuap terus ke Automatic transfer switch terus ke beban beban yang kritikal macam kat Bilik OT.... dah bilik... OT plak tu...sindir aku kepada diri aku mengenai gaya bahasa yang tak semenggah...

Setelah setahun aku berkoordinasi sampai berebut rebut bilik dan riser baik dengan Arkitek mahupun dengan adik beradik mekanikal aku sebab nak letak services masing2... maka tersiap juga rekabentuk hospital tu...

So aku nak tido dengan aman lepas ni tanpa menngigau2 Hospital Makkah aku... untuk makluman korang jugak malam tadi terpaksa aku batal kan futsal aku dan sehingga saat post ini keluar aku tak tido lagi dari malam tadi untuk menyiapkan kerja kerja tersebut...





Ape-ape pun aku berharap Mesir yang bersempadan dengan Arab Saudi kembali aman kerana kat situ terletaknya universiti pengajian islam yang tertua iaitu Universiti Al Azhar yang pernah satu ketika dahulu adalah universiti pilihan utama aku berbanding UTM... Dan kat situ jugak ada citer Indon iaitu Ayat-Ayat Cinta...

2 comments:

  1. biar nak yamcai...keje siap kita pergi enjoy kat genting.terbaikk

    ReplyDelete
  2. buat hospital makkah ni mendekatkan aku dengan agama... so cara nak celebrate kene lain sket... tak bole enjoy2 kat genting...

    tunggu projek sekolah aku ni... kontraktor dah award... yang tu baru bole enjoy gi genting

    ReplyDelete