Tuesday, March 29, 2011

Aku Layan Arcade Fire

Ok Dude... kali ni aku nak berkongsi dengan korang album apa sedang aku dengar minggu ni... Untuk makluman korang... aku punye style bila dengar lagu aku tak suka jenis rojak2... iaitu dalam satu cd, pendrive atau winamp ade beratus-ratus genre 'all-in'... maka nya aku bole muntah jika dengar rojak2 begini...

Baru2 ni aku ade melayan grammy awards untuk mengetahui album ape yang terbaik untuk tahun ni... Wow!!! begitu terkejut kerana Arcade Fire telah memenangi album tahunan (Album Of The Year).... Satu-satunya band yang bergerak secara Indie di Amerika yang memenangi anugerah tersebut... Memang cool kan... Lepas tu masa diorang announce pemenang tu, diorang ni kat belakang stage tengah buat persiapan sebagai persembahan penutup... bukan main meloncat lah diorang... lepas bagi ucapan terus je sambung buat show... Lagu yang diorang main adalah "Ready To Start" masa majlis Grammy tu... apa yang menarik pasal band ni... masa diorang buat persembahan " Konsert Unstaged" selama 90 minit... Mereka telah bertukar instrument antara satu sama lain... Itulah keunikan diorang...

 hope one day band Indie dari Malaysia macam Subculture, Plague Of Happiness atau Republic Of Brickfields turut juga dapat pengiktirafan yang sama di Malaysia dan jika mampu bole dapat British Award lagi bagus... korang bole lah kalahkan MUSE atau Coldplay haha...

Jadi album yang aku dengar sekarang ni sama ada di dalam kereta, di pejabat atau di rumah adalah album diorang yang menang tu yang bertajuk The Suburbs... Album mereka yang ketiga... Lagu ringan-ringan je (tolong jangan salah tafsir "ringan2' tu) senang untuk didengar... Aku tinggalkan untuk korang lagu yang menjadi kegemaran aku iaitu The Suburbs...

Next, kita akan review konsert Tribute To Kurt Cobain... Apa kaitan Kurt Cobain ni dengan aku? 


Thursday, March 24, 2011

Aku Melawat Kilang Lampu Shredder

Akhirnya berjaya gak aku lapangkan satu hari untuk menghadiri seminar lampu... Mana taknya... semenjak aku ade pembantu dari Lecturer UITM bertitle Dr... dapat lah beliau membantu aku untuk menghadiri segala bagai meeting...

Seminar kali ni bertajuk " Design Concept Street Lighting......"


Tujuan aku menghadiri seminar ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menuntut ilmu lampu jalan... Almaklumlah pengalaman buat lampu jalan setakat ni baru sekali iaitu "Jalan Kapar Klang"... Cuma baru-baru ni aku dapat panggilan wahyu dari Bos aku untuk tengok2 kan projek "Jalan KLIA- LCCT"... Oh Bos... "Saya sudah tidak larat lagi nak jaga projek... Cukup lah dengan bahana Hotel tu Bos"... Keluh aku kepada beliau...

Untuk makluman korang... jadi Engineer Lampu Jalan ni memang buang masa je jika ko ade projek lain yang lebih penting... mana tak nye... semua isu dalam meeting hampir 90% C&S punye cerita... cerita pasal elektrik ni sket je... Itu pun Tuan Kerusi tu akan tanya " U... Traffic light bila nak pasang?? Tiang Lampu bila nak F.A.T??".. itu je dia dok ulang tiap2 bulan sampai lah dia datang bulan dan maki ko kenapa lambat pasang hahaha....

Berbalik pada seminar lampu tu... bagi aku sangat bagus diadakan seminar tersebut di kilang kerana lepas sahaja abis seminar... kita akan di bawa jalan-jalan bagi melihat macam mana lampu jalan direkabentuk berdsarkan spec dan di assemble... So korang kalo ade seminar kat kilang better jangan lepas kan peluang tu sebab kat situ korang akan betul2 belajar... Ini tidak, pernah satu ketika aku hadir seminar launch product dia buatnye kat dalam Euphoria tempat Clubbing ah moi2 cara... lepas tu dia akan serve ko dengan arak dan coke... Then dia upah ahmoi2 seksi promosi kan barang tersebut... Nasib baik ahmoi tu tak promote 'barang' lain kat aku... So ape tujuan aku datang seminar tu pun dah berbaur... sama ada untuk hiburan ke atau untuk ilmu... Lepas tu kali kedua punye invitation oleh supplier yang sama pasal switches baru... hm... f**k u lah jangan harap lah aku nak datang sebab dia tak buat kat kilang... Aku bab2 ilmu ni pandang serius sket...

Seminar kali ni dianjurkan oleh Straits Design iaitu pembekal Shredder... Brand ni sebenarnya sangat strong dan berkualiti... Kebanyakkan Majlis Perbandaran akan menggunakan spec dia untuk prjk pemasangan lampu jalan... Berbanding projek JKR... Korang kene guna brand yang telah mendapat kuasa besar dari MOF iaitu korang mesti guna brand seperti di bawah yang memang kualiti nye Out... Tapi bole survive sebab politik dia kuat... Kesian JKR jadi mangsa kene tanggung kos mentenance... nak tahu jenama apa...

1) Ah-Mat Sinar Sdn Bhd (Bukan Nama Sebenar)
2) Mung-Ap Light Sdn Bhd (Bukan Nama Sebenar)
3) Peng Meng Teck Sdn Bhd... pun bukan nama sebenar

Kalo sebut nama sebenar karang mampos aku jadi macam blog Tukar Tiub hahah....

antara isu yang dibincangkan adalah:

1) Owner kilang tersebut telah merayu kepada orang JKR dan engineer2 macam aku tolong jangan sesekali ubah spec pasal IP66 downgrade kepada 54... Tujuan untuk memastikan lampu jalan yang dipasang menggunakan duit rakyat adalah dijamin berkualiti...

2) Tujuan Pasang lampu jalan adalah... (hm... aku baru tau kenapa perlu ade lampu jalan... selama ni kerja aku main buat je berdsarkan arahan)
                     a) Kalo korang pasang lampu jalan kadar kemalangan turun tiga kali ganda... Ooooo.... baru aku tau....
                     b) Bole kurangkan kadar jenayah sebanyak 30%... (Oooo secara tak langsung aku telah berbakti kepada rakyat....
                    c) Nilai Komersial di mana menggalakkan pelancong atau rakyat malaysia keluar malam di bandar2... (Yang ini aku dalam dilema kerana dari segi etik egnr tiada masalah sebab ada keuntungan... tapi dari segi Iman ianya menggalakkan remaja melepak di bandar2...) Oooo baru lah aku tahu kenapa masa tahun dua aku suka lepak McD Bukit Bintang lepas merempit sebab ada lampu terang bawah tu... Lepas tu depan BB Plaza penuh Mat skate training... depan area Jalan P.Ramlee penuh orang mabuk tepi jalan....

Lepas tu ade lah sket contoh study case dan pengiraan secara komputer bagi memberi pemahaman...  Dan rujukan dalam merekabentuk guna spec C.I.E agar rekabentuk lampu jalan memenuhi kriteria... Penggunaan rumus Uo... Maintenance Factor... Lu calculation dan berbagai-bagai lagi... Secara amnya bila korang design lampu jalan keperluan dia adalah 2cd/m sq... itu je rumusan dia haha... Tak larat lah aku nak cerita banyak2...
Nanti2 lah  aku cerita macam mana nak kira 3D punye... Basic yang perlu korang ade Matematik Kejuruteraan Bab Kamiran Kuasa Tiga (Paksi X,y,z) dan Elektromagnet II Bab Taburan dan ketumpatan Flux... Kalo korang tak lepas lagi Elektromagnet I... tolong repeat dulu ek hahaha....

Lampu L.E.D-Korang jangan kene tipu kalo ade salesman datang kata dia punye LED lifespan 50000hours B50 L70... kalo ade jumpe tolong tunjuk jari tengah kat dia haha....

Ini adalah control gear yang ade Ignitor, Choke dan ballast

Ini adalah Ballast... Ko kene pastikan ballast tersebut bole suit weather Malaysia dengan tgk Tw = 130 degree dan deltaT=kenaikan suhu 70degree... so suhu tempatan maksimum 60 degree... Spec Makkah dengan Kuala Lumpur ini lah bezanya...

Ini lah tempat assemble...

Pakcik sebelah kiri-Beliau adalah dari Ranhill Bersekutu yang jual rokok Dunhill jugak... beliau lah yang design STP 500000PE yang memerlukan 11KV di Wilayah Iskandar yang satu ketika dulu sahabat aku di TNB Johor pernah bertanya pada aku kebenaran rekabentuk satu egnr ni betul ke design dia sampai mintak 11KV... Hah ini lah orangnya... yang kanan pulak- Beliau adalah dari JKR untuk projek ECER L.P.T .... Masing-masing tengah share pengalaman tido dengan lampu jalan... makan dengan lampu jalan... minum dengan lampu jalan... Mamat yang Jual rokok Dunhill ni jugak tahu ape yang berlaku sebenarnya pada projek Wilayah Iskandar yang jika PKR bkn Pauzi Kassim Rancid ek tapi hok bulan sabit pecah dua atau PAS tahu pasal Wilayah Iskandar... pasti akan dipolitikkan haha...

*Nota tapak kaki: Aku ade video yang 18 rakaman tu* Memang cara beb... Mat Salleh tengok pun respect lah hatta Ariel Peter Pan juga bisa kagum dong...

Friday, March 18, 2011

Siap Jugak Hotel MITC Ayer Keroh Aku Ni....

Huh... lega rasa bila detail design drawing MITC Hotel aku ni siap sepenuhnya... Tinggal BQ je untuk aku siapkan weekend ni...Macam biasa bila aku continue kerja orang... Bende pertama sekali aku buat adalah cuci semua kerja-kerja terdahulu... Bermula dari awal hari aku ambik alih... aku telah merombak semua rekabentuk berdasarkan selera aku... Perkara ini lah yang menyebabkan aku dah lama tak bergaul dengan sahabat handai dan gadis gadis disebabkan aku telah bertapa di rumah aku untuk siapkan design ni....

Rekabentuk ni adalah subjektif dan mengikut selera masing-masing... Jadi secara 'ethic' nya... seseorang Egnr tidak bole mengkomplein menghantam mencaci mengutuk mahupun menyumpah seranah dengan perkataan perkataan keji macam Bullsit... Hopeless... S**T Egnr.. F**K U... sampah masyarakat... tak de masa depan punye Egnr atau pun...melakukan perbuatan keji seperti menyimbah cat pada lukisan... mengkeromok lukisan depan designr Egnr itu... memijak lukisan tersebut dengan safety boot yang ada simen baru lepas bancuh...  atau berbagai bagai lagi hinaan ke atas Egnr yang merekabentuk tersebut...

Senang citer kalo ko Egnr aku Egnr jangan ngada2 nak complain design aku haha....

Untuk projek ni aku guna:-

1) tapping HT 11KV dari TNB... So ade 11KV HT Panel jenis 2 + 2...
2) Ade dua bijik transformer 11/0.433 KV 2.5 MVA
3) MSB besar bagak...
4) Guna Branch cable untuk distribute load for every floor...
5) Ade Genset 300 KVA untuk Hotel dan  80 KVA untuk KAPAL
6) Lightning protection pakai Faraday Cage

Design Extra low voltage:-
1) CCTV
2) Card Access
3) Car Park Management system
4) PA System
5)Fireman Intercom
6) Hotel door lock system
7) V.P.S
8) Sound reinforcement system
9) Karoke set VIP

Dari segi koordinasi pulak... yang ini lah menyebabkan aku menyampah dan mengheret aku kelembah kebinasaan kerana terlalu banyak koordinasi perlu dibuat... Bermula dengan
1) PMC sebagai management consultant
2) Bawah PMC ade pulak Hotel Operator... Dia akan menentukan operasi hotel macam bilik hotel VIP bsr mana... Office hotel besar mana... CCTV nak letak mana... Security room nak letak mana...

3) Baru Arkitek then C&S, lps tu QS lps tu baru lah aku...

4) Lepas tu kene koordinat plak dengan Interior designer untuk improve view dalam hotel tu...

Huh... serabut memang serabut... mana taknye... meeting dua kali seminggu... apa-apa pun ini lah kali pertama aku jaga projek hotel (Kedua susah selepas Hospital Makkah) dan buat julung julung kalinya aku jaga projek private...

Kalo korang nak tengok hasil Hotel ni bila dah siap macam mana... ade gambar model kat bawah ni....

Side View  Side View
Front View
Kapal

Monday, March 14, 2011

Aku Mendaftar Sebagai Pengundi

Tepat pukul 1PM selepas Mesyuarat Design Hotel Air Keroh aku di Wangsa Maju terus sahaja aku bergegas ke PUTARJAYA untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat MALAISIA...

Tujuan aku ke sana adalah tidak lain dan tidak bukan (Berdating) tetapi adalah untuk mendaftar sebagai pengundi... Tepat pukul 2PM aku tiba di Pejabat Suruhanjaya Penipu Raya (SPR) dan aku dapati kerani tu tengah sedap melantak makan tengah hari... Aku yang masih tak makan lagi terus berasa lapar dan jika diikut kan nafsu serakah aku ni... nak je aku share dengan awek kerani SPR ni...

Bila nampak muka aku je terus dia berenti makan dan sambil mengkontrol ayunya dan terus melayan aku... Encik nak daftar? kata dia dengan sopan...

Aah saya nak daftar... kata aku dengan cool nye... terus aku menghulurkan IC aku untuk rujukan dia...

Dia: Alamak Encik... Encik sebenarnya pernah mendaftar lah"...

Aku: Hah!!! Bila masa plak saya daftar...

Dia: Menurut rekod ni Encik telah mendaftar pada 22 Feb 2011...

Aku: Eh... mana ade encik... saya kerja masa tu... tak caya tengok Organiser saya...lantas aku keluarkan Iphong aku saje je nak pancing.... hahaha...

Dia: Saya tak tahu lah macam mana bole ade ni...

Kalo minah ni tak tahu... aku lagi lah tak tahu... tak kan aku ade kembar kot... nak kate ade saka aku rasa keturunan aku tak de bela plak... Hmmm.....

Tapi tak pe... minah tu telah membatalkan nama aku yang mula2 dan mula memasukkan data data baru dan kali ni aku percaya yang aku mendaftar kerana dengan rasminya aku telah menandatangani borang SPR tu...

So tempat mengundi aku adalah di Pelabuhan Klang dan tempat tersebut disandang oleh Badrul Hisham yang dulu PKR sekarang Parti BEBAS... Dia lah Adun paling Otai sebab tak pernah datang meeting... Memang Otai lah kan kalo tak datang meeting ni sebenarnya... tapi lagi Otai adalah Dato Z penyandang Adun terdahulu sebelum Badrul di mana rekod otai dia adalah tidak hadir mengadap Sultan Selangor selepas dipanggil oleh Sultan dan menyebabkan Sultan Murka....

Persoalannya??? Siapakah akan aku undi kali ni???

KAH...KAH...KAH.... UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.... KAH...KAH...KAH... RAHSIA APANYE KALO MAKLUMAT AKU OTOMATIK DAH DAFTAR....

KAH...KAH...KAH...LETIH LAH HIDUP KENE TIPU NI... KAH...KAH...KAH...SALAH UNDI GAJI TAK NAIK... KAH... KAH... KAH....

Friday, March 4, 2011

Tamparan Wanita Di Hari Jumaat

Ini lah bende yang berlaku pada aku hari ni ketika hendak bersembahyang jumaat... Adalah menjadi kebiasaan aku menggunakan masa rehat yang panjang untuk makan nasi beriani kegemaran aku yang dijual oleh Awek Nasi Beriani sebelum sembahyang jumaat...

Entah kenapa kali ni aku sampai sahaja di perkarangan masjid aku perhatikan gerai awek ni lengang sahaja... Tanpa menghiraukan orang ada atau tidak aku pun terus sahaja berdiri depan dia dan order

Aku: Bagi saya Nasi Beriani Ayam Satu...
Dia: Kitorang tak berniaga...
Aku: Hah... tak berniaga? ni ade je lauk ni....
Dia: Tak boleh lah... tadi Imam dah warning larangan urusan jual beli waktu dah azan jumaat...

Ambik ko!!! Makanya tersipu-sipu aku meninggalkan dia dan terus sahaja bergegas ambik wuduk dan duduk diam diam sahaja dalam masjid...

Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Al-Jumaat ayat 9...







Thursday, March 3, 2011

Aku Kali Pertama Deal Dengan Interior Designer

Wat julung-julung kali nye aku berpeluang untuk koordinat dengan ID punye orang untuk projek MITC Hotel.. Selama ni aku kerja aku tak pernah deal mana2 ID... kebanyakan projek aku sebelum ni tak de berkaitan dengan ID pun...

Sekali dia present dia punye konsep tercengang cengang aku nak paham... pening gak lah nak tentukan jenis lampu yang bole bagi effect macam dia nak...

Secara amnya konsep dia nak jenis lampu yang kontemperari (betul ke aku eja?)... dengan ade corak corak Bunga Kesidang... aku pun tak tahu ape kejadah bunga ni... kalo bunga tahi ayam tahu gak lah bentuk nye macam mana...

Hotel ni dulu ID dia adalh Eric dari Casa Impian... tapi sebab dia bz sangat dengan show make over umah orang sampai hotel melaka ni dia terlupa nak make over maka dia pun telah digantikan dengan ID dari Shah Alam... ofis dia dekat Bangunan Kesenian Islam... Sekali lepak dengan diorang semua borak pasal seni je...
Aku dah lah bukan seni punya orang....

Ini betul betul tau Eric yang buat ID hotel ni pada awalnya

Tapi best sebab masing masing sebaya... so nak deal tu senang je... setakat nak tukar tukar lampu ikut budget aku cincai kira boleh lulus haha...