Friday, March 4, 2011

Tamparan Wanita Di Hari Jumaat

Ini lah bende yang berlaku pada aku hari ni ketika hendak bersembahyang jumaat... Adalah menjadi kebiasaan aku menggunakan masa rehat yang panjang untuk makan nasi beriani kegemaran aku yang dijual oleh Awek Nasi Beriani sebelum sembahyang jumaat...

Entah kenapa kali ni aku sampai sahaja di perkarangan masjid aku perhatikan gerai awek ni lengang sahaja... Tanpa menghiraukan orang ada atau tidak aku pun terus sahaja berdiri depan dia dan order

Aku: Bagi saya Nasi Beriani Ayam Satu...
Dia: Kitorang tak berniaga...
Aku: Hah... tak berniaga? ni ade je lauk ni....
Dia: Tak boleh lah... tadi Imam dah warning larangan urusan jual beli waktu dah azan jumaat...

Ambik ko!!! Makanya tersipu-sipu aku meninggalkan dia dan terus sahaja bergegas ambik wuduk dan duduk diam diam sahaja dalam masjid...

Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Al-Jumaat ayat 9...







4 comments:

  1. hahaha...terbaiklah poji...leh x nk like entry yg ini?

    ReplyDelete
  2. ingatkan kene tampo betol kehkehkeh.






    -luna aka aan-
    (malas nak signout)

    ReplyDelete
  3. sekarang baru korang percaya yang dia ni sheikhul al fadhil ustaz maulana pauzi.

    ReplyDelete
  4. serius dowh... aku terkedu-kedu masa tu... elok2 lapa terus je kenyang lepas kene warning...

    nasib baik kat pintu masjid ade pisang free... jadi lah wat pengalas perut aku...

    ReplyDelete