Thursday, March 24, 2011

Aku Melawat Kilang Lampu Shredder

Akhirnya berjaya gak aku lapangkan satu hari untuk menghadiri seminar lampu... Mana taknya... semenjak aku ade pembantu dari Lecturer UITM bertitle Dr... dapat lah beliau membantu aku untuk menghadiri segala bagai meeting...

Seminar kali ni bertajuk " Design Concept Street Lighting......"


Tujuan aku menghadiri seminar ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menuntut ilmu lampu jalan... Almaklumlah pengalaman buat lampu jalan setakat ni baru sekali iaitu "Jalan Kapar Klang"... Cuma baru-baru ni aku dapat panggilan wahyu dari Bos aku untuk tengok2 kan projek "Jalan KLIA- LCCT"... Oh Bos... "Saya sudah tidak larat lagi nak jaga projek... Cukup lah dengan bahana Hotel tu Bos"... Keluh aku kepada beliau...

Untuk makluman korang... jadi Engineer Lampu Jalan ni memang buang masa je jika ko ade projek lain yang lebih penting... mana tak nye... semua isu dalam meeting hampir 90% C&S punye cerita... cerita pasal elektrik ni sket je... Itu pun Tuan Kerusi tu akan tanya " U... Traffic light bila nak pasang?? Tiang Lampu bila nak F.A.T??".. itu je dia dok ulang tiap2 bulan sampai lah dia datang bulan dan maki ko kenapa lambat pasang hahaha....

Berbalik pada seminar lampu tu... bagi aku sangat bagus diadakan seminar tersebut di kilang kerana lepas sahaja abis seminar... kita akan di bawa jalan-jalan bagi melihat macam mana lampu jalan direkabentuk berdsarkan spec dan di assemble... So korang kalo ade seminar kat kilang better jangan lepas kan peluang tu sebab kat situ korang akan betul2 belajar... Ini tidak, pernah satu ketika aku hadir seminar launch product dia buatnye kat dalam Euphoria tempat Clubbing ah moi2 cara... lepas tu dia akan serve ko dengan arak dan coke... Then dia upah ahmoi2 seksi promosi kan barang tersebut... Nasib baik ahmoi tu tak promote 'barang' lain kat aku... So ape tujuan aku datang seminar tu pun dah berbaur... sama ada untuk hiburan ke atau untuk ilmu... Lepas tu kali kedua punye invitation oleh supplier yang sama pasal switches baru... hm... f**k u lah jangan harap lah aku nak datang sebab dia tak buat kat kilang... Aku bab2 ilmu ni pandang serius sket...

Seminar kali ni dianjurkan oleh Straits Design iaitu pembekal Shredder... Brand ni sebenarnya sangat strong dan berkualiti... Kebanyakkan Majlis Perbandaran akan menggunakan spec dia untuk prjk pemasangan lampu jalan... Berbanding projek JKR... Korang kene guna brand yang telah mendapat kuasa besar dari MOF iaitu korang mesti guna brand seperti di bawah yang memang kualiti nye Out... Tapi bole survive sebab politik dia kuat... Kesian JKR jadi mangsa kene tanggung kos mentenance... nak tahu jenama apa...

1) Ah-Mat Sinar Sdn Bhd (Bukan Nama Sebenar)
2) Mung-Ap Light Sdn Bhd (Bukan Nama Sebenar)
3) Peng Meng Teck Sdn Bhd... pun bukan nama sebenar

Kalo sebut nama sebenar karang mampos aku jadi macam blog Tukar Tiub hahah....

antara isu yang dibincangkan adalah:

1) Owner kilang tersebut telah merayu kepada orang JKR dan engineer2 macam aku tolong jangan sesekali ubah spec pasal IP66 downgrade kepada 54... Tujuan untuk memastikan lampu jalan yang dipasang menggunakan duit rakyat adalah dijamin berkualiti...

2) Tujuan Pasang lampu jalan adalah... (hm... aku baru tau kenapa perlu ade lampu jalan... selama ni kerja aku main buat je berdsarkan arahan)
                     a) Kalo korang pasang lampu jalan kadar kemalangan turun tiga kali ganda... Ooooo.... baru aku tau....
                     b) Bole kurangkan kadar jenayah sebanyak 30%... (Oooo secara tak langsung aku telah berbakti kepada rakyat....
                    c) Nilai Komersial di mana menggalakkan pelancong atau rakyat malaysia keluar malam di bandar2... (Yang ini aku dalam dilema kerana dari segi etik egnr tiada masalah sebab ada keuntungan... tapi dari segi Iman ianya menggalakkan remaja melepak di bandar2...) Oooo baru lah aku tahu kenapa masa tahun dua aku suka lepak McD Bukit Bintang lepas merempit sebab ada lampu terang bawah tu... Lepas tu depan BB Plaza penuh Mat skate training... depan area Jalan P.Ramlee penuh orang mabuk tepi jalan....

Lepas tu ade lah sket contoh study case dan pengiraan secara komputer bagi memberi pemahaman...  Dan rujukan dalam merekabentuk guna spec C.I.E agar rekabentuk lampu jalan memenuhi kriteria... Penggunaan rumus Uo... Maintenance Factor... Lu calculation dan berbagai-bagai lagi... Secara amnya bila korang design lampu jalan keperluan dia adalah 2cd/m sq... itu je rumusan dia haha... Tak larat lah aku nak cerita banyak2...
Nanti2 lah  aku cerita macam mana nak kira 3D punye... Basic yang perlu korang ade Matematik Kejuruteraan Bab Kamiran Kuasa Tiga (Paksi X,y,z) dan Elektromagnet II Bab Taburan dan ketumpatan Flux... Kalo korang tak lepas lagi Elektromagnet I... tolong repeat dulu ek hahaha....

Lampu L.E.D-Korang jangan kene tipu kalo ade salesman datang kata dia punye LED lifespan 50000hours B50 L70... kalo ade jumpe tolong tunjuk jari tengah kat dia haha....

Ini adalah control gear yang ade Ignitor, Choke dan ballast

Ini adalah Ballast... Ko kene pastikan ballast tersebut bole suit weather Malaysia dengan tgk Tw = 130 degree dan deltaT=kenaikan suhu 70degree... so suhu tempatan maksimum 60 degree... Spec Makkah dengan Kuala Lumpur ini lah bezanya...

Ini lah tempat assemble...

Pakcik sebelah kiri-Beliau adalah dari Ranhill Bersekutu yang jual rokok Dunhill jugak... beliau lah yang design STP 500000PE yang memerlukan 11KV di Wilayah Iskandar yang satu ketika dulu sahabat aku di TNB Johor pernah bertanya pada aku kebenaran rekabentuk satu egnr ni betul ke design dia sampai mintak 11KV... Hah ini lah orangnya... yang kanan pulak- Beliau adalah dari JKR untuk projek ECER L.P.T .... Masing-masing tengah share pengalaman tido dengan lampu jalan... makan dengan lampu jalan... minum dengan lampu jalan... Mamat yang Jual rokok Dunhill ni jugak tahu ape yang berlaku sebenarnya pada projek Wilayah Iskandar yang jika PKR bkn Pauzi Kassim Rancid ek tapi hok bulan sabit pecah dua atau PAS tahu pasal Wilayah Iskandar... pasti akan dipolitikkan haha...

*Nota tapak kaki: Aku ade video yang 18 rakaman tu* Memang cara beb... Mat Salleh tengok pun respect lah hatta Ariel Peter Pan juga bisa kagum dong...

5 comments:

  1. aku ckp trus terang.ini merupakan produk lampu terbaik di abad ini..dia ada cutting edge technology.ape yang dia gembang 98% bleh percaya.

    ReplyDelete
  2. betul2... tapi saingan sama hebat dia adalah Philips... Philips pun ok gak... Bos aku pernah g perkampungan kat Afrika yang betul betul pedalaman pun pakai jenama philips...
    tapi malaysia yang maju pun tak nak approve brand philips tu... Malaysia Boleh !!!! haha

    ReplyDelete
  3. philips bagus tapi untuk lampu jalan memang tak terkenal

    ReplyDelete
  4. salam..
    saya ingin bertnyakan mengenai lampu LED..
    adakah pemasangan lampu LED tidak memerlukan CHOKE dan STATER dan kenapa lampu kalimantan memerlukan CHOKE dan STATER?
    boleh tolong emelkan kepada saya safura_8989@yahoo.com..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  5. PROMOSI MENARIK DAN TERHEBAT PENJUALAN PRODUK LAMPU JALAN LED DAN LAMPU DALAMAN LED BERTEKNOLOGI HIJAU TECHWONMAJU DARI KOREA SELATAN YANG DIPASARKAN DAN DIJUAL OLEH TECH WON MAJU LED SDN. BHD. DI MALAYSIA

    Sila klik link dibawah ini untuk maklumat lanjut mengenai Lampu LED Techwonmaju di Malaysia

    http://www.techwonmaju.com/

    Promosi menarik mengenai Tech Won Maju LED Sdn. Bhd. untuk memasarkan dan menjual lampu LED untuk jalan dan lampu LED dalam bangunan dari Korea Selatan di Malaysia. Berminat untuk mendapatkan maklumat dan membeli produk lampu LED TECHWONMAJU serta maklumat lanjut mengenai Tech Won Maju LED di Malaysia sila hubungi @ SMS @ WHATSAPP Pn IZA +6012-3428 908 atau 03 21665005 emailkan kepada techwonmaju@asia.com

    ReplyDelete