Tepat pukul 1PM selepas Mesyuarat Design Hotel Air Keroh aku di Wangsa Maju terus sahaja aku bergegas ke PUTARJAYA untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat MALAISIA...
Tujuan aku ke sana adalah tidak lain dan tidak bukan (Berdating) tetapi adalah untuk mendaftar sebagai pengundi... Tepat pukul 2PM aku tiba di Pejabat Suruhanjaya Penipu Raya (SPR) dan aku dapati kerani tu tengah sedap melantak makan tengah hari... Aku yang masih tak makan lagi terus berasa lapar dan jika diikut kan nafsu serakah aku ni... nak je aku share dengan awek kerani SPR ni...
Bila nampak muka aku je terus dia berenti makan dan sambil mengkontrol ayunya dan terus melayan aku... Encik nak daftar? kata dia dengan sopan...
Aah saya nak daftar... kata aku dengan cool nye... terus aku menghulurkan IC aku untuk rujukan dia...
Dia: Alamak Encik... Encik sebenarnya pernah mendaftar lah"...
Aku: Hah!!! Bila masa plak saya daftar...
Dia: Menurut rekod ni Encik telah mendaftar pada 22 Feb 2011...
Aku: Eh... mana ade encik... saya kerja masa tu... tak caya tengok Organiser saya...lantas aku keluarkan Iphong aku saje je nak pancing.... hahaha...
Dia: Saya tak tahu lah macam mana bole ade ni...
Kalo minah ni tak tahu... aku lagi lah tak tahu... tak kan aku ade kembar kot... nak kate ade saka aku rasa keturunan aku tak de bela plak... Hmmm.....
Tapi tak pe... minah tu telah membatalkan nama aku yang mula2 dan mula memasukkan data data baru dan kali ni aku percaya yang aku mendaftar kerana dengan rasminya aku telah menandatangani borang SPR tu...
So tempat mengundi aku adalah di Pelabuhan Klang dan tempat tersebut disandang oleh Badrul Hisham yang dulu PKR sekarang Parti BEBAS... Dia lah Adun paling Otai sebab tak pernah datang meeting... Memang Otai lah kan kalo tak datang meeting ni sebenarnya... tapi lagi Otai adalah Dato Z penyandang Adun terdahulu sebelum Badrul di mana rekod otai dia adalah tidak hadir mengadap Sultan Selangor selepas dipanggil oleh Sultan dan menyebabkan Sultan Murka....
Persoalannya??? Siapakah akan aku undi kali ni???
KAH...KAH...KAH.... UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.... KAH...KAH...KAH... RAHSIA APANYE KALO MAKLUMAT AKU OTOMATIK DAH DAFTAR....
KAH...KAH...KAH...LETIH LAH HIDUP KENE TIPU NI... KAH...KAH...KAH...SALAH UNDI GAJI TAK NAIK... KAH... KAH... KAH....
No comments:
Post a Comment