Huh... lega rasa bila detail design drawing MITC Hotel aku ni siap sepenuhnya... Tinggal BQ je untuk aku siapkan weekend ni...Macam biasa bila aku continue kerja orang... Bende pertama sekali aku buat adalah cuci semua kerja-kerja terdahulu... Bermula dari awal hari aku ambik alih... aku telah merombak semua rekabentuk berdasarkan selera aku... Perkara ini lah yang menyebabkan aku dah lama tak bergaul dengan sahabat handai dan gadis gadis disebabkan aku telah bertapa di rumah aku untuk siapkan design ni....
Rekabentuk ni adalah subjektif dan mengikut selera masing-masing... Jadi secara 'ethic' nya... seseorang Egnr tidak bole mengkomplein menghantam mencaci mengutuk mahupun menyumpah seranah dengan perkataan perkataan keji macam Bullsit... Hopeless... S**T Egnr.. F**K U... sampah masyarakat... tak de masa depan punye Egnr atau pun...melakukan perbuatan keji seperti menyimbah cat pada lukisan... mengkeromok lukisan depan designr Egnr itu... memijak lukisan tersebut dengan safety boot yang ada simen baru lepas bancuh... atau berbagai bagai lagi hinaan ke atas Egnr yang merekabentuk tersebut...
Senang citer kalo ko Egnr aku Egnr jangan ngada2 nak complain design aku haha....
Untuk projek ni aku guna:-
1) tapping HT 11KV dari TNB... So ade 11KV HT Panel jenis 2 + 2...
2) Ade dua bijik transformer 11/0.433 KV 2.5 MVA
3) MSB besar bagak...
4) Guna Branch cable untuk distribute load for every floor...
5) Ade Genset 300 KVA untuk Hotel dan 80 KVA untuk KAPAL
6) Lightning protection pakai Faraday Cage
Design Extra low voltage:-
1) CCTV
2) Card Access
3) Car Park Management system
4) PA System
5)Fireman Intercom
6) Hotel door lock system
7) V.P.S
8) Sound reinforcement system
9) Karoke set VIP
Dari segi koordinasi pulak... yang ini lah menyebabkan aku menyampah dan mengheret aku kelembah kebinasaan kerana terlalu banyak koordinasi perlu dibuat... Bermula dengan
1) PMC sebagai management consultant
2) Bawah PMC ade pulak Hotel Operator... Dia akan menentukan operasi hotel macam bilik hotel VIP bsr mana... Office hotel besar mana... CCTV nak letak mana... Security room nak letak mana...
3) Baru Arkitek then C&S, lps tu QS lps tu baru lah aku...
4) Lepas tu kene koordinat plak dengan Interior designer untuk improve view dalam hotel tu...
Huh... serabut memang serabut... mana taknye... meeting dua kali seminggu... apa-apa pun ini lah kali pertama aku jaga projek hotel (Kedua susah selepas Hospital Makkah) dan buat julung julung kalinya aku jaga projek private...
Kalo korang nak tengok hasil Hotel ni bila dah siap macam mana... ade gambar model kat bawah ni....
Side View Side View
Front View
Kapal
No comments:
Post a Comment