1) Pada Sabtu yang lalu 10/12/2011... aku berkesempatan menghadiri majlis persandingan kawan aku masa belajar UTM dulu di ALPHA, Bangi... Tapi malang... sekeping haram gambar aku tak dapat nak upload untuk tatapan pembaca rasmi aku sebanyak 14 orang ni... Mana taknye... kawan aku ni memang rajin bawak kamera tapi malas nak tag kat FB... Itu lah tabiatnya.... Mungkin dia bengang dengan aku sebab tiada bayaran royalti yang patut aku bayar kepada beliau... Tunggu blog aku glamour macam PapaGomo atau IniBelogSaya... baru aku bayar hak royalti...
2) Oleh kerana tiada cerita pasal kahwin kawan aku sebab tak de gambar... maka kita bercerita pasal konsert.... Konsert yang aku pergi selepas majlis dia... Kosert Rock The World yang diadakan di Stadium Merdeka... Merdeka lah sangat... padahal habis sekor-sekor anak muda dijajah oleh lagu-lagu barat...
3) Walaupun aku telah berjanji tahun lepas tak nak pegi Konert Rock The World Buatan Malaysia ni.... Tapi disebabkan aku dijemput secara percuma setelah aku dikira sebagai artis walaupun hanya lepak selama sejam setengah dengan artis-artis lain masa pegi Singapore ari tu jadi mana mungkin aku bole menolak pelawaan mereka... Tambahan pula... tempat macam ni lah aku dapat lupakan seketika masalah VO... VOP.. APK PHK dan bagai-bagai lagi untuk hiburkan hati aku yang lara...
Abes sudah review aku pasal Rock The World... dan malam tu gua nak bagitau Kelab Setan Merah gua menang besar 4-1 dua bijik dari Nani dan dua bijik dari Rooney... Chicarito?? Next season jual mahal2 kat Real Madrid kah kah kah...
2) Oleh kerana tiada cerita pasal kahwin kawan aku sebab tak de gambar... maka kita bercerita pasal konsert.... Konsert yang aku pergi selepas majlis dia... Kosert Rock The World yang diadakan di Stadium Merdeka... Merdeka lah sangat... padahal habis sekor-sekor anak muda dijajah oleh lagu-lagu barat...
3) Walaupun aku telah berjanji tahun lepas tak nak pegi Konert Rock The World Buatan Malaysia ni.... Tapi disebabkan aku dijemput secara percuma setelah aku dikira sebagai artis walaupun hanya lepak selama sejam setengah dengan artis-artis lain masa pegi Singapore ari tu jadi mana mungkin aku bole menolak pelawaan mereka... Tambahan pula... tempat macam ni lah aku dapat lupakan seketika masalah VO... VOP.. APK PHK dan bagai-bagai lagi untuk hiburkan hati aku yang lara...
Pas untuk masuk kali ni menggunakan Sim Card... Memang unik... Memang Jason Lo betul-betul nak jual sim card Tune Talk dia..
Larangan standard yang kita jumpa bila masuk ke stadium... Tapi jangan risau... kalo tengok konsert selamat tak de baling2 botol... berbanding tengok bola malaysia yang entah ke mana tapi penontonnya suka sangat baling botol ke padang... dasar kampung duduk hulu tengok stadium sambil bawak lembu feedlot...
Ini Salam Musik Band... Memperjuangkan lagu Reggae tapi ade bunyi-bunyi rock sket... otai jugak band ni... tapi yang menarik perhatian aku adalah keyboardist dia... dia punye layan reggae aku tengok macam baru lepas dapat GANJAran... dengan gua2 sekali layan...
Penulis sempat bergambar dengan penyanyi dari Salam Musik band iaitu Eyza... budak belakang gua ni apa yang dia usha??
Yang ni Loque and the gang... serpihan dari Butterfingers... Dulu main lagu omputih... tapi kali ni katanya dah merdeka... main lagu melayu... penulis rasa pelik adakah dengan memperjuangkan bahasa melayu sahaja kita sudah dikira merdeka?? Penulis berasa kecewa apabila Kerajaan sanggup menukar polisi belajar Sains dan Matematik dari English kepada Melayu balik... gua berpendapat ilmu sains dan matematik ni perlu di ajar dalam B.I sebab term2 dia ade yang tak sesuai dimelayukan... lagi pun sains dan matematik adalah asas kepada ilmu kejuruteraan dan perubatan... Gua ingat lagi masa belajar kat UTM... semua term engineering habis dimelayukan dan agak kelakar bunyi nye... mengambil contoh SETTING dalam bahasa melayu akan jadi PENGESETAN... akibatnya satu kelas gua jadi SETAN...
Ini salah satu keluaran UTM... band Modread... sama-sama masuk Battle Of The Band dulu kat UTM... tapi band gua tak glamour sebab muka masing-masing tak de komerSIAL value... Vokalis dia yang lepak dengan gua masa berguru ilmu metal kat Singapore ari tu... Dia ade gitar macam Laiho... memperjuangkan muzik J-Rock... maka sudah pasti menjadi kegilaan gadis-gadis... gua rasa lepas ni nak main K-Pop lah... mesti ramai gadis tangkap syok punye... Ini asik layan lagu metal je... mana lah ade gadis nak lekat... sakit gegendang telinga nak layan kata gadis tu...
Video ni sempat gua rakam... Ballad For Layla... yang ni memang layan... gua betul-betul head banging... aku rasa dia ade banyak kotak suara lah sebab bole create macam macam jenis suara... mungkin nak jadi macam vokalis Cradle Of Filth...
Pergilah mana-mana konsert... pasti gua akan tengok bende ni... sangat penting dalam ilmu Acoustic Engineering... dan untuk makluman korang ilmu akustik juga adalah salah satu cabang dalam ilmu kejuruteraan elektrik... gua dulu masa kat UTM ambik subjek Acoustic tu siap score dapat A tu... kononnya cita-cita nak jadi ahli speaker yang gempak...
Gua sempat bagi pose kah kah kah...
Walaupun dah makan banyak masa kenduri kahwin... tapi aku masih lapar lagi...
aku kalo isu-isu NIRVANA ni mesti terus dapatkan... Nirvana dalam mempromosikan album Nevermind 20 Years yang berjaya melonjakkan nama mereka mengatasi album Michael Jackson pada 1991... Kalo korang ade album Nevermind tu pasti korang ingat akan gambar baby bogel berenang yang menjadi penghias kulit album tersebut... dan Baby tu sekarang dah besar pun dah umur 20 tahun gak... siap diminta bergambar semula...tapi kali ni dia pakai seluar... masa baby je dia berani bogel kah kah kah...
antara pameran yang diadakan...
Aku sempat bagi pose kat kete airbrush ni... kelihatan gadis dibelakang itu seolah-olah Jejari Runcing lah...
yang ni keadaan pada waktu malam... masa ni Bittersweet tengah perform...
No comments:
Post a Comment