Saturday, December 31, 2011

Tamat Sudah Kerja-Kerja Di Utara...

P1130450 by pauzikassim
Gambar dikala siang hari... logo belum pasang lagi...

1) Selasa dan Rabu ari tu aku telah menghadiri pemeriksaan terakhir sebelum orang lain boleh duduk kat bangunan tu... tapi tak sempat nak check... orang dah berduyun-duyun pindah menyebabkan keadaan agak huru hara...

2) Ini adalah projek ketiga dan terakhir aku di utara yang akhirnya berjaya juga disiapkan... fuh!! lega hati aku... tak payah aku nak terbang jauh2 ke Utara lagi lepas ni.. terima kasih kepada mereka semua yang menyiapkan bangunan tersebut untuk kemudahan penduduk Kangar buat IC depa lepas ni...

3) Walaupun banyak masalah yang ditempuhi seperti bertekak dengan pegawai syarikat pemberian bekalan elektrik  pasal mati-mati tak nak pasang trasformer... diikuti dengan sindir-menyindir dengan pegawai yang pasang kabel telefon sebab manhole pasang ikut suka hati... namun berjaya jugak disiapkan dan dengan ini gua memaklumkan gua sudah habis kerja di Utara walaupun ada desas-desus bertiup kencang yang aku akan terlibat dalam projek pasang rel keretapi pulak lepas ni kat Padang Besar...

Betul ke u terlibat dalam projek pembinaan landasan rel selepas ini di Utara?


Saya tidak pasti bagaimana anda semua tahu akan cerita ni?? saya tidak ingin mengulas lanjut berkenaan isu tersebut... apa yang saya boleh maklumkan buat masa ni tiada arahan rasmi dan tuan-tuan hanya boleh lah anggap berita ni hanya gossip2 hangat yang sengaja dibuat2 oleh pihak tertentu...


Tapi bagaimana pula masa depan u jika u menafikan penglibatan u terhadap isu di Utara tersebut?


Ia... saya mengerti dengan tamatnya projek di Utara saya hanya mampu memanaskan kerusi simpanan selepas ini... hal ini akan dibincangkan oleh agen saya bersama pihak pengurusan dalam masa terdekat memandangkan kontrak saya masih berbaki sehingga 2013 dan musim perpindahan juga sudah dibuka pada bulan hadapan... kita tunggu sahaja apa kata putus dari agen saya...

Begitulah gua merapu pada wartawan kah kah kah... entah mana diorang dengar khabar angin tu...

P1130428 by pauzikassim
Ini gambar waktu malam... pening jugak lah nak design facade bangunan ni... amacam ade taste tak gua...

P1130445 by pauzikassim
gua macam biasa... keje ciput je tarik kabel dengan pasang lampu... tapi dia punye riuh sembang kencang seolah-olah dia lah yang tanam piling... dia lah yang pilih cat... dia lah segala-galanya senang citer yang bagi idea rupa bangunan tu kah kah kah...

P1130413 by pauzikassim
gua sekarang dah tak tarik kabel... gua bawak steamroll kasi gelek itu jalan sekarang...

P1130375 by pauzikassim
Kelihatan gua kene buli...

Setelah penat bekerja siang hari... tiba malam tu gua makan kat Kuala Perlis... tempat makanan seafood yang gua bole kata sangat sedap sebab segala-galanya fresh... goreng sotong tu tak melengkung lah...
P1130418 by pauzikassim


IMG_0980 by pauzikassim

Ini kamar gua tido di Hotel Seri Malaysia Kangar... betul2 lokasi depan bangunan gua...

P1130432 by pauzikassim

P1130431 by pauzikassim

Sebelum berangkat pulang ke KL... gua sempat lah merasa laksa kak su dan teh Three Layer... memang sedap bai... korang kalo sampai kangar ni gi lah cari kedai Kak Su ni... tapi laksa Kak Siti iaitu mak gua lagi power sebenarnya hahaha...

P1130452 by pauzikassim

P1130453 by pauzikassim

Ini lah buah tangan yang sempat aku cari kat Kangar tu untuk budak umah aku...

IMG_0981 by pauzikassim
berguna buah tangan ni sebenarnya...

No comments:

Post a Comment