1) Pada 17/12/2011 aku telah menghadiri satu konsert teragung sebagai penutup tahun 2011 iaitu konsert Fenomena Search 30... Konsert yang memang tak patut ditinggalkan kerana dikhuatiri satu hari nanti dah tak dapat jumpa Search lagi.. Maklumlah usia semua ahli Search ni dah menjangkau pangkat Datuk yang ade cucu...
2) Sape penduduk Malaysia ni yang tak kenal akan Search... kalo tak kenal pun mungkin itu penduduk asli lah kot... Band no 1 Rock di tanah air ni... tiada tandingan... bole seduduk lah dengan Gun's & Roses tu... Cuma gua muzik rock ni bole layan lah sebab gua suka solo gitar Kid tu... Gua punye fahaman muzik ni lebih kepada arah barat berentak kan metal punk atau grunge kesan dari pengaruh rakan sebaya masa gua zaman sekolah...
3) Bertempat di Mines Exhibiton Centre... tempat yang sangat selesa untuk tengok konsert sebab tertutup dan ade aircond... aku ni mana suka sangat berjemur panas-panas ni... jalan site pun aku tengok dari dalam kete je...
Gua dapat tiket ni sebab gua pau budak ofis gua yang cuti kahwin kah kah kah...
Ini adalah penaja konsert search
Pukul 5 lagi gua dah sampai... selepas mengharungi security tiga peringkat... akhirnya gua berjaya gak seludup kamera masuk... gua sampai awal sebab tak sabar nak tengok opening Koffin Kanser...
Johan salah satu pengacara dan sempat berbuat jenaka yang gua rasa nak pecah perut gak lah layan...
Masa ni Johan meniru lagak Mus May...
Band Pesawat jugak salah satu Band opening... gua nak tunjuk lu gambar Bittersweet... tapi kamera gua bangang gambar tu hilang...
Ini dia Koffin Kanser yang gua tunggu-tunggu...
Dengan suara hardcore dia memang layan beb... gua pun tak tahu macam mana dia head banging dengan rambut dreadlock tu... pernah menimbulkan kontreversi melalui album Positif kerana simbol positif pada kulit album seolah-olah lambang salib...
Pembukaan denga irama ala-ala gothic dan diikuti dengan warming up rolling plus double paddle dari Yazid... memang bergegar lah jantung gua masa tu...
Masa ni semua tengah layan stone melalui lagu Isabella... Amy berbaju lambang United Kingdom...
Rockers memang kene ade fesyen... tengok lah gaya amy... gua nak berfesyen2 ni tak reti sangat... budak-budak fahaman grunge macam gua lebih mementingkan muzik dan menolak populariti sama seperti yang mendiang Kurt Cobain ajar...
M.Nasir pun turut diundang berduet dengan Amy...
Mata gua lebih tertumpu pada Kid sahaja iaitu gitaris Search... setiap not yang terhasil gua dengar dengan mendalam sambil menghayati petikan tali itu... memang layan bai... stone jugak lah gua masa tu...
Korang layan solo leleh ni plak... dah macam Slash... dengan gaya otai Kid main sambil hisap rokok... pasti menjadi ikutan remaja...
Gua asik perhatikan brader ni je... setiap lagu dia hafal gua tengok...
Banyak-banyak lagu Search... Ini lagu paling gua minat... Pawana... dengar effect yang Kid guna memang meremang bulu roma aku... teringin nak main lagu ni...
Gua masih segar lepas konsert dah habis... betapa kuat stamina gua berdiri selama 2 Jam Setengah... Search main 29 lagu bai... non stop tu... memang puas lah... berbaloi baloi pergi...
Set drum yang digunakan oleh Yazid... gua tak pandai main dram... (mampus ko lah tak pandai main drum... ade aku kisah)
Ini crew yang terlibat dalam mengawal sound effect dengan stage lighting... memang gempak lah diorang buat... untuk kawal bunyi kat kawasan tertutup lebih mudah sedikit berbanding kawasan terbuka... akustik dia senang untuk kita 'treat' berbanding open space kesan 'airborne'...
Set lighting yang digunakan... gua datang konsert sebnarnya nak buat research je pun... gua mana tau muzik-muzik barat bising2 ni... gua buat research sistem lighting and sound sebab gua nk kene design kat projek gua je...
Sound stage yang digunakan... gua rasa nak minta keje kat krew diorang lah lepas ni...
Ini rockers sejati... pergi konsert rock kene dress-up macam ni baru betul
Abes konsert gua makan pizza kat dalam tu... favourite gua ni... pepperoni...
Oleh kerana gua tak berpelung tangkap gambar dengan Serach... dengan poster diorang pun jadilah...
Sampai di sini sahaja gua punye review berkenaan konsert Search... Memang indah malam tadi gua tido... Sekarang ni gua nak bersiap nak bergegas ke Seremban untuk menghadiri Bengkel 2 hari 2 malam bersama budak-budak Permata Pintar yang teramat pintar lah sangat-sangat...
bye...
Rockers Yang Tak Menjadi
Pauzi Kassim Rancid
x jumpa pun poji....
ReplyDeleteramai orang... memang susah nak jumpa...
ReplyDeletelagi pun aku ade kat v.i.p
ptuiiiiiiiiiiiii
ReplyDeleteko pegi ke?
ReplyDelete