Monday, December 26, 2011

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

P1130289 by pauzikassim
Saat gua terima buku ni... kelihatan gambar Zainal Abidin waktu muda...

1) Pertama sekali gua ingin mengucapkan tahniah kepada penulis Lucius yang berjaya mengumpul maklumat tanpa bantuan FAM dan seterusnya mengarang buku bertajuk " Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia"... Tidak lupa juga Dubook Press yang berjaya mengkurier buku tersebut dengan jayanya ke meja gua...

2) Buku tersebut amat menarik untuk dibaca dan dihafal berkenaan fakta-fakta bola sepak Malaysia sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia bermula 1974 yang lalu sehingga 2014 yang akan datang... tapi Malaysia tak masuk masuk gak Piala Dunia... (Lucius ni pun satu buat lah sket cerita dongeng yang Malaysia akan masuk jugak Piala Dunia... baru laku)...

3) Buku ini juga sesuai untuk dijadikan rujukan di dalam sukatan KBSM darjah tiga sebagai persediaan memasuki kelas lompat dan juga untuk menyedarkan Budak2 Ultra Malaya yang baru-baru ni tak jemu-jemu terpekik terlolong menyokong Skuad Harimau Malaya yang masa depannya masih kabur... Gua bukan ape... gua jeles semua awek-awek Ultra Malaya sokong gila-gila kat KFCM keeper Malaysia tu...  gua pun ape kurangnya pernah satu ketika dulu bermain keeper masa sekolah dulu... tapi tak de pun awek tergila-gila terpekik terlolong kat gua kah kah kah... kalo tak caya rujuk ni gambar aku jadi keeper

4) Akhir kata... semoga Lucius akan terus menulis berkenaan sukan bola sepak tanah air kita... kalo dulu golongan nasionalis malaya memperjuangkan kemerdekaan melalui penulisan sehingga lah kita berjaya merdeka... mana tau satu hari nanti dengan penulisan dari Lucius atau rakan-rakan seangkatannya akan menyebabkan Sultan Bola melepaskan jawatan Presiden FAM dan seterusnya diserahkan kepada Zainal Abidin Hassan yang kini sibuk berbalas pantun dengan Abon di Maharaja Lawak Mega sedangkan khidmat dan pengalaman daripada beliau amat kita perlukan...

KFCM by pauzikassim
Macam mana gua tak jeles... sekali dia punye 'save' sampai tiga bai kah kah kah... memang cemerlang...

Nota: Sila dapatkan buku di atas dengan kadar segera kerana cetakan sekarang adalah cetakan indie dan masih belum ke mainstream... dikhuatiri kalo korang lambat dapatkan yang indie version... Dewan Bahasa Dan Petaka akan cuba mendapatkan hak mencetak dan mengedar seterusnya terbitan tersebut akan jadi mainstream...  

No comments:

Post a Comment