Monday, December 31, 2012

Johor Premium Outlet & Selamat Tinggal 2012

1) Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012... Rasa bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan dunia yang masih wujud memandangkan kapir laknat asik buat cerita pasal kiamat je pada tahun 2012...

2) Rasa rugi kalo tak post something hari ni... jadi abang nak sembang pasal buat kali pertamanya abang jejak kaki ke Johor Premium Outlet... Abang berkesempatan melawat semasa urusan kerja di Danga Bay pada 27 Disember ari tu... Menyelam sambil minum katakan...

3) Mari kita layan gambar suasana semasa jalan jalan di sana...

IMG_2208 by pauzikassim
Senarai butik butik yang ada di J.P.O... Semua branded tu bai... Abang dah lah jenis shopping kat bundle je...

IMG_2207 by pauzikassim
Agak selesa shopping kat sini sebenarnya... 

IMG_2205 by pauzikassim
Jarang kedai kegemaran abang iaitu Levi's buat sale kat mana mana shopping complex...

IMG_2199 by pauzikassim
Kegilaan apakah ini???!!! murah tu... tapi malang... tak de saiz aku.. jadi terpaksa aku lupakan untuk membeli sepasang...

IMG_2203 by pauzikassim
Sudahnya.. abang angkat je lah sehelai baju kat Espirit... rugi pulak kalo singgah JPO tak beli sehelai pun...

IMG_2201 by pauzikassim
Kasut perempuan pun ada sale... sampai cecah 50% tu... harga asal RM400... mahal gila kasut perempuan!!! Pasar Kapar sepasang RM20 dah dapat... ish ish ish...

Kesimpulan: Jangan dibawa lah awek atau bini korang ke sini... Abang yang ade 1 nafsu 9 akal ni pun goyang tengok semua baju kat situ... semua ada sale dari C.K bawak ke Armani dan seterusnya... itu belum kira la senza... nyaris nyaris gak abang nak beli... Bayangkan awek atau bini korang yang ada 9 nafsu tapi 1 akal tu pegi JPO... pergh!!! tolong angkat barang je lah nanti haha... itu pun untung kalo angkat barang je... dibuatnye kene pau... ah sudah...

So kalo diorang ajak gi JPO korang buat buat dengar je... lepas tu buat buat terlepas bila lepas bangunan JPO tu... sebab bangunan tu nampak dari tepi highway... tapi kalo orang yang tak biasa dia tak tahu exit yang mana satu akan bawa ke JPO tu... 

Kawan abang dah pakai taktik ni kat awek dia masa abang tumpang kereta diorang hari tu...

Sebelum itu... mari kita ucapkan selamat tinggal tahun 2012... harap azam korng 2012 sudah tercapai...

Publish!!

Saturday, December 29, 2012

Lake Chini, Pahang

1) Tahukah anda... pada weekend lepas abang berkesempatan jalan jalan di tasik chini... tujuan abang ke sana adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan betul betul kat Felda Chini... Jadi bak kata orang menyelam sambil minum... abang pun pegilah jalan jalan ke buat kali pertama di Tasik Chini selepas tamat kenduri tersebut...

2) Gila babi besar Tasik Chini iaitu 12000 ekar!! Babi pun tak de besar macam ni...  abang punye site kat Malaysia Land, Kuala Langat tu baru 170 ekar... Ape ape hal kita layan gambar kat bawah... kot-kot korang yang pencinta alam bole pegi... kejap-kejap... ke abang ni yang ketinggalan baru nak pergi... padahal korang semua dah pegi... batak sungguh abang kalo macam tu...



IMG_1943 by pauzikassim
Sempat bergambar di sempadan rompin... abang ikut jalan bukit putus kuar entah ape felda tau tau sampai muadzam dah...

IMG_2073 by pauzikassim
Korang baca lah sendiri info ape yang ada... katanya ada naga...


IMG_2027 by pauzikassim
senarai tempat yang akan dilawat...

IMG_2026 by pauzikassim
Harga nak naik bot... jadi korang bayar lah... pandai lah Orang Asal tu bawak ko jalan-jalan...

IMG_1972 by pauzikassim
Sempat bergambar di jeti sebelum naik bot...

IMG_2054 by pauzikassim
Sini banyak ikan... bagi roti dulu... main main dengan ikan...

IMG_2023 by pauzikassim 

IMG_2006 by pauzikassim
Kih kih kih... main air...

IMG_1992 by pauzikassim

IMG_2001 by pauzikassim


IMG_1987 by pauzikassim

IMG_1985 by pauzikassim

IMG_1980 by pauzikassim

IMG_2018 by pauzikassim

IMG_2010 by pauzikassim
Teratai layu di tasik madu...


IMG_2011 by pauzikassim
Saat abang nak sampai jeti Orang Asal...

IMG_2060 by pauzikassim
Petronas sponsor tu...

IMG_2056 by pauzikassim
Suasana kawasan Orang Asal...


IMG_2062 by pauzikassim
Orang Asal juga menuntut hak mereka... orang macam ni yang layak tuntut...

mamak umno penang by pauzikassim
Orang macam ni layak tuntut hak melayu tak?? eeeee....eeee......


IMG_2063 by pauzikassim
Orang Asal juga sudah pandai menulis walaupun ejaan salah sedikit...

IMG_2069 by pauzikassim
Anak Orang Asal sedang bermain main


IMG_2068 by pauzikassim
Ini adalah ayam yang masih hidup... dah lama abang tak nampak ayam hidup...


IMG_2067 by pauzikassim
Wow!!! ada lampu... maknanye ada bekalan elektrik... jadi mana kabelnye??? kene carik ni...

IMG_2066 by pauzikassim
tu dia kabel... kecik je ni... untuk supply ke tandas... mana bekalannya?? tak kan TNB kot!!!

IMG_2065 by pauzikassim
Dalam rumah ni ada genset seketul... kecik je... mungkin digunakan pada waktu malam sahaja... Hm... tunggu proposal abang nak pakai solar... kot-kot bole add on dengan genset je... sebab harga diesel tak tentu hala... boleh cecah RM23 se liter kat kawasan pedalaman... dengan solar pasti free sebab tenaga solar siapa nak charge... mungkin kos untuk beli solar tu je mahal sket... So Orang Asal... tak paham paham lagi... ayuh turun 12 Jan tuntut hak kamu... Pergh abang provok ni... riot riot riot o! o! o!...

IMG_2064 by pauzikassim
Orang Asal juga ada ilmu kejuruteraan... Cuba mencipta water pressure dengan graviti flow...

IMG_2070 by pauzikassim
Tempat mereka berlatih sumpit...

IMG_2072 by pauzikassim
Ini pula sampan untuk tangkap ikan...

IMG_2077 by pauzikassim
Abang sempat bergurau senda dengan kuda....


IMG_2082 by pauzikassim
Penulis sempat memberi pose sebelum meninggalkan Tasik Chini...


IMG_2085 by pauzikassim
Kah kah kah... orang macam abang je bole pegang kabel ni... kih kih kih...

Kesimpulan: Abang rasa tak de ape yang menarik kat Tasik Chini... semak dengan hutan je... mungkin pada pencinta alam akan menghargai berbanding abang yang pencinta wanita kah kah kah... Baik abang jogging kat Tasik Shah Alam tu... pemandangan nya lagi indah kan...

Ok publish!!! bak kata Lisa Suri 

Wednesday, December 19, 2012

Public Address System Design

IMG_1885 by pauzikassim

1) Tahukah anda... abang berkesempatan pergi training design PA System hari selasa baru-baru ni... satu hari gak lah habis layankan... Walaupun abang dah terer bende bende ni... kalo tak mana mungkin akustik abang dapat A masa study dulu... tapi seronok gak hadir majlis ilmu ni... bagus sebenarnya berlagak bodoh... perangai pun dah berubah... duduk paling depan... kalo tak dulu dulu abang lah paling saf belakang di majlis majlis ilmu... menyesal tak sudah hingga saat ni...

2) Kesimpulan... tujuan hadir adalah untuk refresh balik teori teori abang... selain tu, abang dah kene mula kumpul CPD huhu...

Nota: Jahanam hari tu tak dapat pegi meeting... member balik muka ketat je menyesal replace abang...

Thursday, December 13, 2012

Citer Serammmm....

1) Tahukah anda... abang nak citer seram ni... tapi tak tahulah korang seram ke tak bila baca ni... citer ni abang dapat selepas mendengar kisah kisah mereka yang berada di site abang ni... tak tahu nak percaya ke tak... Bak kata Dr Fadilah dalam Al-Quran ada Jin dan Syaitan je... Mak bapak kita je yang takutkan kita dengan hantu...bila maghrib dah dekat suruh kita masuk umah sebab ada hantu berbanding takut kn pada Allah S.W.T...

2) Antara citer yang abang dengar... terdapatnya sebatang pokok yang telah mati... pekerja cuba memotong pokok tersebut... namun mesin pemotong tersebut mati dengan tiba-tiba... menurut pekerja di situ, pokok tersebut mempunyai 'tuan'... dan mereka pernah ternampak 'sesuatu' terbang dari pokok tersebut ke pokok lagi satu dalam hutan pada waktu maghrib... Nasib baik pokok tu tak kaco lalu lintas... makanya terpacaklah pokok yang tinggi tu...

3) Apa yang peliknya... 'tuan' pokok tersebut ingin kan durian... maka pekerja-pekerja tersebut mengadakan jamuan makan durian pada waktu rabu malam baru-baru ni... mereka jugak turut jemput abang... katanye lepas bacaan yassin oleh ustaz ada majlis makan-makan durian... lain macam je... tapi abang tak dapat join sebab malam tu tengok Twilight... tiket wayang rabu malam RM 6 je tu...

P1120830 by pauzikassim

P1140702 by pauzikassim
Ini lah pokok yang abang kata kan... siapa lah yang ilmu tinggi mampu tebang pokok tu?? mungkin kene bagi durian musang king kot?

4) Ada citer lagi... ada pekerja pernah melihat lembaga berkain putih berlegar-legar di ruang dewan makan yang masih dalam pembinaan... kejadian tersebut pada waktu malam... seram jugak lah abang nak jalan kat dewan makan walaupun waktu siang... tapi macam biasa... depan orang ramai mesti abang kene berlagak berani... berlagak jantan... berlagak Fahrin Ahmad dapat Tasha...

P1150704 by pauzikassim
Ini adalah dewan yang abang katakan tu... kat dalam tu lah lembaga berkain putih berlegar-legar di ruang makan... 

565617_10151180915273171_489627809_n by pauzikassim
Ini abang... sedang mendengar kisah 'lembaga kain putih' yang berlegar-legar di ruang dewan makan tersebut seperti yang didakwa... abang bagi cadangan kene panggil Uncle Seekers ni...

5) Ada citer lain pulak... Seorang pensyarah pernah menegur seorang wanita dengan bayi kecil di tandas di blok pentadbiran... wanita tersebut baru lepas mandi pada waktu maghrib... lantas pensyarah tersebut menegur wanita tersebut... tanpa berkata kata apa apa... wanita tersebut bergerak terus ke arah site meninggalkan pensyarah yang dalam keadaan terpinga-pinga... Keesokannya pensyarah tersebut bertanyakan pada kami semua semasa dalam meeting... lantas semua berkata tiada wanita dengan anak kecil  di site tersebut... Arghhhh... Sudahhhhh....

6) Ade citer lagi... pensyarah tersebut pernah menahan sebuah teksi pada waktu tengah malam... dan beliau bertanya pada pemandu tersebut apa yang dia buat kat sini... pemandu tersebut memberitahu kepada pensyarah tersebut yang dia baru sahaja lepas hantar seorang wanita kat atas tu (merujuk kepada site tadi sebelum ia dibina)... Pemandu tersebut memaklumkan meriah sungguh majlis perkahwinan tersebut... walhal pensyarah tersebut maklum bahawa kat atas tu hanyalah hutan... 

7) Begitulah beberapa citer seram yang abang berjaya kumpul... dan baru baru ni ada kes pekerja kene rasuk... sekali lagi mereka menyalahkan sesama sendiri kerana tidak membuat sebarang 'ritual' semasa menerokai kawasan hutan tersebut... terserah pada anda untuk mempercayainya... dan baru-baru ni diorang ajak abang tido asrama yang baru siap tu... tapi abang malas lah nak tido asrama tu... bukan ape... abang dah 10 tahun tido kat asrama... bosan lah...


UNCLE by pauzikassim
Sebut pasal Uncle Seekers tadi... kat mana dia ek skrg? last abang tau dia kene tangkap pasal positif dadah katanye... ada sape2 tahu kabar dia??

Nota: amacam citer abang... ada macam Mastika tak?? hehe...

Thursday, November 29, 2012

UPSR

  by pauzikassim

1) Firstly, aku ingin mengucapkan tahniah kepada adik kecik aku ni atas keputusan yang cemerlang dalam UPSR nya baru-baru ni... Bila melihat keputusannya mengimbas kembali ketika aku darjah enam dahulu kala... Kalo aku dulu hanya menunggu keputusan secara berseorangan sahaja di sekolah... dan guru kelas aku hanya memanggil anak murid yang dapat 4 A dan 3A 1B sahaja... Jadi aku adalah anak murid yang 3A tu... Tapi adik aku ditemani oleh emak aku... Manakala subjek dia ada 5 berbanding aku 4... dan subjek B dia adalah Sains berbanding aku English...

2) Sempat lah aku bagi motivasi pada dia sebelum exam betul2 sebab percubaanya hanya 3A 2B dan B adalah subjek yang agak penting iaitu sains dan matematik... amat membimbangkan... sesuatu perlu dilakukan... dah lah aku tengok dia ni asik mengadap TV je... harapkan tuisyen di sekolah je lah pada waktu malam... Alhamdulillah keputusan 4A itu walaupun sains dapat B... agak kecewa jugak aku ni... mungkin kurangnya penumpuan dalam subjek tersebut...

3) aku telah menerangkan kepentingan setiap subjek kenapa dia perlu score... bermula pada Penulisan dan Pemahaman Bahasa Malaysia... Ini adalah bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa melayu... itu adalah salah satu cara nak buktikan kita ni melayu... walaupun semasa perbualan kita menggunakan bahasa melayu yang tak melayu sangat (melayu pasar campur perkataan english)... Jadi please please please buktikan yang kita ni melayu melalui penguasaan Bahasa Malaysia... Nak harap pakai baju kurung atau baju melayu hmmmm... Kakak kakak ko sanggup salin baju kurung tu sebelum masuk tengok wayang... manakala lelakinya pakai baju melayu pada hari Jumaat... itu pun sebab baju kerja semua dah kat dobi...

4) Bahasa Inggeris... walaupun keluarga aku tidak bertutur dalam bahasa inggeris... tetapi bahasa inggeris ni perlu dikuasai... bukan sebab bahasa kedua... tapi bahasa yang sama penting dengan bahasa malaysia kerana satu dunia bertutur dalam bahasa inggeris... kita tidak ada masa untuk menterjemah setiap ilmu orang barat yang ditulis dalam bahasa inggeris kepada bahasa melayu... cuma aku tak sangka pulak adik aku ni pengerusi kelab bahasa inggeris... aku masa darjah enam satu jawatan apa tak pernah pegang... asik main bola je... mungkin dengan jawatan tersebut sedikit sebanyak membantu dia dalam menguasai bahasa inggeris...

5) Matematik dan Sains... Inilah subjek yang membawa kita kepada kemajuan tamadun... subjek yang mendekatkan kita dengan teknologi... subjek yang satu masa dahulu pernah membawa tamadun Islam ke puncak kegemilangan di mana Barat ketika itu berada pada zaman gelap dibawah penguasaan Paderi-Paderi yang menentang sains... Tapi kini apa jadi?? Orang Islam telah dipisahkan ilmu agama dan ilmu sains kesan daripada gerakan sekular...

6) Dengan itu... Orang Islam terus mundur dan jauh dengan teknologi sehingga pada saat ini Barat pula yang mengusai kemajuan teknologi... Dan yang malang sekali orang Islam tidak mampu untuk memboikot barangan Israel terutama sekali INTEL kerana kita tidak menguasai teknologi computer tersebut (abang pun lemah gak subjek programming... Micro P abang cukup cukup makan je dapat D)... Malah ada yang percaya... mengusai ilmu agama adalah amat penting bagi menjamin untuk masuk syurga... Seolah-olah menjadi ustaz atau guru agama akan menjamin ke syurga berbanding kerja-kerja lain macam arkitek, akauntan, lawyer, doktor atau engineer sehingga ada yang mengumpamakan menjadi engineer ibarat " kerja yang membina jambatan ke neraka"... hm... kecut perut dengar orang cakap macam tu...

7) Sekali lagi kita telah salah faham dengan ajaran Islam yang mementingkan keseimbangan iaitu mengusai ilmu agama (akhirat) dan ilmu sains teknologi (dunia) bagi menjadi mukmin yang cemerlang gemilang terbilang... sembang kencang nampak abang ni... kalo tak buat jambatan tu... susah ahli kariah nak seberang sungai untuk ke masjid terapung...

Ini satu hal lagi... Dia kata dia nak menguasai Gitar, Keyboard dan drum secara serentak... pening gak nak main semua... gitar tu bole lah aku ajar sket2 ape ilmu yang ada... tapi drum dengan keyboard susah tu bai... tak pernah pernah aku main menatang tu... lantas aku berkata... "ok... main gitar dulu sampai tingkatan dua... jari dah panjang sket baru berlatih main keyboard sampai tingkatan empat... lepas tu tangan dah kuat baru bole main drum sebab kene ketuk kuat kuat"... dia pun angguk tanda setuju... dalam hati aku... hmmm dasar perempuan... percaya aje cakap lelaki...

Saturday, November 3, 2012

Engineering Disaster: Harian Metro - Sepakat Bantai Jurutera JKR


Sepakat bantai jurutera JKR

PIHAK kerajaan dan pembangkang sepakat terhadap beberapa isu membabitkan keadaan jalan raya di seluruh negara yang disifatkan sebagai mendukacitakan dan masih di tahap yang kurang memuaskan.
Malah, Dewan Rakyat semalam turut dihangatkan dengan kenyataan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang mendakwa sebahagian besar jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai ‘buta’ kerana membiarkan keadaan jalan raya semakin teruk.

“Mana pergi jurutera JKR? Mereka seolah-olah buta, tidak nampak masalah dihadapi rakyat. Mereka dibayar gaji beribu-ribu dan berkelulusan tinggi, tetapi tidak boleh buat kerja atau memikirkan penyelesaian terhadap masalah jalan raya.

“Kalau begitu, tutup saja agensi (JKR) itu, ganti agensi lain yang dapat buat kerja lebih baik dan mampu menyelesaikan masalah ini,” katanya. Bung Mokhtar melahirkan rasa kecewa pengguna mengenai masalah kerosakan jalan raya ketika sesi soal jawab yang turut disertai Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan serta pembangkang.

Selain itu, isu syarikat konsesi yang membina dan menyelenggara jalan raya di seluruh negara turut dibangkitkan Bung Mokhtar berikutan sebahagian besar daripadanya dilihat gagal memainkan peranan dipertanggungjawabkan kerana keadaan jalan masih rosak dan berlubang.

“Bayaran kerajaan kepada syarikat konsesi ini begitu lumayan. Mereka kaut keuntungan ratusan juta ringgit, tetapi perkhidmatan teruk,” katanya.


Justeru, beliau mencadangkan konsesi yang diberikan kepada mana-mana syarikat termasuk empat syarikat di Sabah dibatalkan serta-merta kerana didakwa menganiaya rakyat.

“Saya menggesa kerajaan batalkan saja (konsesi), tak perlu timbang dan fikir lagi. Jangan aniaya rakyat, kalau kementerian sendiri aniaya rakyat saya tak tahulah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/02

Kah Kah Kah.... Elok lah tu... Kah kah kah...
Kah Kah Kah... Tanye orang JKR kata Bung pakai duit banyak kah kah kah...
Kah kah kah... Tanye Kontrakotor dia dapt surat sokongan kah kah kah...
Kah Kah Kah... Tengok nama lah JKR Jalan Kerap Rosak... Kah Kah Kah...

ziziedanbung2 by pauzikassim 

Nota: Senyum Kambing Pagi Pagi Ni Ek Awok Awok... Jange marah ke ambo...
Kita ambik yang positif je... Kalo diorang cabar kenapa jalan rosak... sila sahut cabaran tu dengan membuat laporan teknikal against budget yang korang dapat... Kalo menteri tak layan... pergi kumpul ramai-ramai orang JKR buat demo depan bangunan KKR 2 yang tengah buat tu...

Abang dulu dekat Korea jalan semua cantik je... tak de lubang-lubang... tak de potong potong... bila abang balik Malaysia nak cari jalan yang tak berlubang dalam setiap satu kilometer memang tak dapat...

Wednesday, October 31, 2012

Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad

  by pauzikassim
Dekat sebulan jugak lah abang tido dengan muka tersengih-sengih ni... nasib baik tak mengigau dibuatnya...

1) Akhirnya berjaya jugak abang habiskan buku di atas... buku yang mengandungi 62 Bab 982 muka surat termasuk indeks... Harga dipasaran RM 59.90... tapi nasib baik abang ade 'kaki' kat MPH tu... dapat lah harga staff 30% jadilah RM 41.93 secara hukum matematiknya... Nak suruh 'kaki' abang ambik je buku tu then lepas abes baca pulang balik macam tak sampai hati pulak...

2) Memang menariklah membaca buku ni... boleh mengenali apa yang Tun telah lakukan pada Malaysia... Dan semestinya setiap tindakan yang dibuat pasti ada yang menyokong dan juga yang membantah... Boleh dijadikan sebagai motivasi diri lah... Abang buat kerja pasang tiang lampu tiga batang kat simpang AKLEH tu dah pening serabut perut... tapi Tun selamba je urus duit rakyat berjuta-juta ringgit tu...

3) Berbagai-bagai tuduhan juga telah dilemparkan seperti Ultra Melayu... Pengamal kroni... bersuara lantang... tapi biasa lah kalo jadi pemimpin... ada yang nak mengampu tu memujilah dan ada juga yang nak menjatuhkan beliau... Berbagai-bagai musuh Tun hadapi dari dalam UMNO macam Tengku Razaleigh mahupun dari pihak luar macam Lee Kuen Yew... Dan paling best persengketaan antara Tun dengan Tunku... power power... sound direct pakai surat je... main poker katanye... Sampai kene buang dari UMNO lah...

4) Selain itu juga, Tun ada menceritakan projek-projek mega macam kilang Proton lah yang digambarkan kereta lembu, KLCC yang tiang tengah sengetlah, Putrajaya yang merugikan lah... Selain itu, kisah peribadi turut dikongsi macam saat bercinta dan berkahwin... ketika menjadi doktor... dan Tun sering mengaitkan menjadi P.M sama macam menjadi doktor...

5) Akhir kata, abang syorkan korang baca jugak lah... mana tahu satu hari nanti korang pulak jadi P.M... Kalo korang jadi PM jangan lupa nak lantik abang jadi Menteri Pembangunan Wanita tu... Pengalaman keje tarik kabel sama je macam jadi Menteri Wanita tu... nanti abang tambat lah lembu lembu tu dengan kabel kat pokok...

                                                DSC_6723 by pauzikassim 
      Tun semasa menuntut di Kolej Singapore pernah berjumpa dengan Tunku... P.M ketika itu membincangkan isu Malayan Union... So abang ni jumpa PM kita ni bincang pasal ape?? 


Thursday, October 25, 2012

TED Movie Dan PTPTN


1) Malam tadi abang berkesempatan menonton wayang citer TED... dah lama gak tak tengok wayang... last movie abang tengok citer R.E 5...

2) Kah kah kah... memang kelakar gila citer ni... gelagat si Ted (Teddy Bear) yang diberi nyawa dan menjadi teman kepada mamat ni... Gelagat Si Ted ni yang sentiasa bercakap secara mencarut AMEREKA dan suka meng'stone'kan diri... Memang tak sesuai untuk kanak kanak bawah umur walaupun ada Teddy Bear yang berlakon... Yogi Bear tu kira baik lah perangai daripada si Ted ni...

3) Apa yang membuat kan abang hilang rasa rindu ni adalah melihat wajah Mila Kunis yang cute ni dan Norah Jones... rindu betul dah lama tak dengar lagu Norah Jones...

4) Sementara itu... abang telah menerima surat perlepasa hutang PTPTN... Fuh lega... hutang study dah habis... Ini gara-gara mengenangkan adik-adik yang nak sambung belajar dan mengenangkan hutang yang wajib dibayar sepertimana yang abang sembang kencangkan kat Wajarkah PTPTN Dihapuskan... Cantik lepas ni nama abang dah bersih dari blacklist... bole abang pergi Korea lepas ni kah kah kah....


  by pauzikassim

Nota: Lepas ni bole abang fokus bayar hutang awek awek lama abang... Mulia sungguh pengorbanan mereka... Ted Ted... ape nak jadi dengan ko...

Monday, October 22, 2012

Teknologi Dua Tahun...

P1150617 by pauzikassim

1) Tahukah anda... Jumaat lepas bungkusan Iphone 4S telah selamat sampai ke tangan abang... Macam nak gila abang cari Iphone 4S ni... Pusing satu O.U bawak ke The Curve dan Ikano...

2) Semua kata dah habis stock... sebab nak tunggu Iphone 5 launch... Puii!!! cilake ape aku nak pakai Iphone 5... Aku nak jugak Iphone 4 sentuhan terakhir arwah ni... rare ni...

3) Mujur ada satu kedai Apple Store bagitahu cuba dapat kan secara online... nanti Apple Singapore akan courier kan kepada kita... Akhirnya dalam masa dua hari selamat juga sampai phone tu...

4) Geleng kepala cina kedai tu tengok perangai aku yang nak sangat teknologi dua tahun lepas tu... "U kasi tunggu siket time lah... Itu Iphone 5 mau keluar ma..." kata cina tersebut... "Ini phone rare... I bukan mau itu teknologi mah... I mau dia punya touch" (kata kencang aku dalam hati)...

5) Tak de ape pun yang reti aku guna kat phone ni melainkan lepas lah untuk ber F.B dan LINE... Whatsapp pulak kene bayar USD 0.99... Macam biasa bende berbayar jangan harap abang nak bayar hehe...

4) Ulama moden iaitu Ustaz Zaharuddin juga ada membuat review berkenaan Iphone 4 ni... rujuk review Iphone 4 ni... Ulama juga tidak ketinggalan menggunakan teknologi bagi tujuan berdakwah...

5) Ape jadi Iphone 3GS abang?? sebab mak abang tegur lah "buat-buat lah tukar handphone tu... mak tengok color dia pun dah turun..." terus je abang tukar hehe... Abang niat nak jual... dulu abang beli RM2700... Oleh kerana phone ni abang yang pakai selama dua tahun... jadi abang nak jual dengan harga buka RM3700... bende rare ni tau... tambahan pula abang yang pakai... Towel lepas abang guna kat hotel buat lap peluh tu pun berebut awek housekeeping ambik...

Ini video arwah... korang layan lah ape features yang ada... abang bukan tahu pun... tapi abang tengok keliling macam ramai je yang pakai Samsung kan... betul tak??