Monday, November 8, 2010

Aku Main Bowling

Tarikh: 30 Oktober 2010
Lokasi: Brem Mall, Kepong

Hm... main bowling!!! wargh!!! aku paling tidak menggemari sukan main collect mata sorang2 macam bowling... tapi nak wat macam mana... sukan ni je lah yang selesa bagi gadis2 ofis aku untuk bersukan... sukan yang tak berpeluh sebab main dalam air-cond... macam mana lah korang nak kurus kan hehe...

Tujuan sukan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan keluarga Megajati dan ianya juga dalah acara tahunan... Maka aku dengan berat badan pun terima sahajalah cadangan mereka... Seperti biasa, bila diorang tau aku asal orang Selangor dan berwajah budak town, pasti diorang beranggapan aku pandai main bowling kerana di kampung jarang ada bowling walhal aku satu haram pun tak pandai main... lalu mereka meletakkan nama aku untuk tiga kategori iaitu:-

1) Department ( Elektrikal Vs Mekanikal Vs HR)
2) Group ( Pilihan Bos2 )
3) Individu

Maka jahanam lah aku pada hari tu sebab kene main tiga game secara berturut-turut... seperti biasa, bola banyak menuju ke Parit Buntar berbanding strike... Mata tertinggi aku dapat masa kategori individu ialah 126... Untuk Group tau2 group aku No 1 (Johan) haha... memang nasib badan...

Gaya tak semenggah aku

Ini adalah kategori department yang dikepalai oleh bos aku Ir Hasnol

Sedang merancang sambil berborak dengan RE aku yang lama dah tak jumpa

Bersama mak orang 

Haha.. Inilah kemenangan pertama aku dalam sukan bowling 
Aku telah mencacatkan gambar si Kantan ni dengan kehadiran wajah aku secara diam2


Buffet yang disediakan..


Aku dengan Zaidon yang masih berlagak bujang 





2 comments: