Tuesday, November 2, 2010

Janda Baik

Lokasi: Janda Baik, Pahang
Tarikh: 23 - 24 Oktober 2010.

Topek: Ji.... janda baik...
Aku: Hah mana? dah ade anak ke belum? ni mesti janda 'cara' ni...
Topek: Bodoh!!! aku plan nak gi janda baik lah... aku selaku ketua dah plan nak gi bercuti kat janda baik...
Aku: o... (tersipu-sipu aku menutup kemaluan ku)

Itu lah nama yang diberikan oleh orang tua terdahulu...kerana nama tu kita secara spontan akan membayangkan keadaan di situ... kerana aku pernah teringat satu masa dahulu aku bersembang dengan rakan yang baru dikenali bertanyakan asal-usulnya...

Aku: Aku asal klang... ko asal mana
Dia: Aku BB...
Aku: Hah! ade rumah ke kat Bukit Bintang tu? aku tengok rumah urut banyaklah kat situ...
Dia: Eh bukan lah... aku asal Batang Berjuntai...
Aku: O... (Terus terbayangkan keadaan kawasan kat situ pakai seluar ke tak)

Kawasan ni memang banyak rumah urut... 

Maka selepas pihak atasan yang terdiri dari Taufik sebagai Arkitek bagi projek ini dan dibantu oleh pakar penasihat kewangan konvesional Petir... maka tarikh pada 23 Oktober 2010 telah dipilah sebagai tarikh untuk percutian kami.... itu pun selepas rundingan dengan beberapa ahli melalui Facebook...

Ini lah Topek selaku Arkitek bagi mengorat Janda Baik tu

Maher Zain a.k.a Petir...

peserta-peserta yang berjaya ditipu bagi mengikuti program percutian dua orang di atas adalah:

1) Zarina awek apit 
2) Noni pencinta alam sekitar
3) Jaar Ketua Kampung
4) Isse berwarganegara Cameroon
5) Pauzi kassim ehem... ehem... learnardo di caprio eh silap2 tak nak lah... aku nak jadi Legolas lah...

Aku pun tak tahu apa pakatan dua orang tu maka dengan selambanye mereka telah menge'pau' setiap ahli dengan Bon Wang Jaminan sebanyak RM50 atas desakan penasihat kewangan konvesional tu... Menurut Ketua percutian ni akan dipenuhi dengan akitviti macam raftinglah... jungle trekking lh... snorkeling lah... BBQ lah dan berbagi-bagai lah... Namun, seperti biasa ahli ahli di atas telah dikencing kerana aktiviti yang ada hanyalah BBQ dan mandi manda sahaja... Boooo!!!! haha

Seperti yang dijadualkan... Ketua telah memaklumkan bahawa perjalanan bermula pada pukul 10 pagi... Namun rentetan masalah peribadi aku kerana terlupa nak ambik anak orang pada pukul 2 pagi... maka aku telah tiba di rumah Petir tepat pukul 12... Hal ini menyebabkan rakan-rakan aku membuat muka belok kerana tidak mampu dah nak memarahi aku huhu.... Aku dengan bersifat orang melayu terus mengatakan " Sori Pek, aku ade hal peibadi tadi... dari ke dengkil membawa ke pulau indah nak solve problem Pek".. kata aku kepada Ketua..." ah ko!!... kitorang dah tahu masalah ko ni..." marah Ketua kepada aku... mujur aku tak de sain kontrak dengan dia, kalo tak mesti dia nak charge LAD kat aku huhu...

Maka bermulalah perjalanan kami semua yang diberi nama "The Fellowship Of The Ring"... nak cari cincin gi masukkan kat jari Janda Baik...

Aku yang pegang busur panah tu..

Sepanjang perjalanan dari shah alam ke Janda Baik... Hm... banyak gak lah masalah nye... Sign board punye lah besar bole plak aku masuk highway ke Klang... Sekali lagi Ketua aku buat muka belok bila terpaksa tunggu hampir setengah jam kat Petronas Gombak...

Alhamdulilah... tepat 5:30 kami semua telah selamat tiba ke destinasi...
Ketua aku memang menyampah kalo tangkap gambar macam ni...


Kereta ni lah aku guna untuk cari makan

Ketua telah membisik sesuatu kepada Jaar berkenaan pakatan dia untuk menyingkirkan siapa yang terkeluar malam ni masa Majlis Puak nanti

Peminat ku sedang menyaksikan persembahan aku

Model Levis kecuali yang tengah tu... Dia kata pakai CK yang lebih mahal dari Handphone dia

Gadis yang menyerikan perjalanan... kira macam Arwin & Eowyn





Ok... selepas selamat sampai, maka kami pun ingat berehat di chalet seperti yang dijanjikan oleh Ketua yang menurutnya ade TV dan Peti Ais untuk main PS2 malam nanti... Namun kecelakaan telah menimpa disebabkan chalet yang ditempah telah dirampas oleh orang yang datang lebih awal... Hal ini menyebabkan Petir telah runsing disebabkan kos untuk dia mark up telah lari disebabkan kami semua berpakat ingin mencari chalet yang baru dan harga sewa pun telah diketahui oleh ahli2 yang lain haha.... Lantas Ketua telah menunding  jari ke arah aku di seabkan kelewatan aku...

Maka kami pun mula pergi ke satu hotel yang baru sahaja siap dibina setelah ditinjau oleh aku dan Petir untuk cadangan dan kelulusan Ketua...
Namun cadangan untuk menginap di hotel ini telah ditolak disebabkan Noni yang bersifat cintakan alam sekitar lebih gemar tidur di dalam keadaan digigit nyamuk... katanya baru lah feel cuti... ni kalo tido dalam hotel yang sangat selesa tak mencabar lah... Hal ini telah menyebabkan Petir dan Ise berasa kecewa kerana hotel tersebut dilengkapi dengan TV untuk bermain PS2 dan juga ESPN untuk bola British Premier League...
Aku juga turut berasa kecewa kerana hotel tu dilengkapi dengan swimming pool sebab aku suka mandi swimming pool sambil berboxer...

Sehubungan itu, cadangan tersebut telah ditolak... Maka kami semua pun turun lah semula kebawah mencari chalet2 yang ada nyamuk....




Ini lah hotel yang dikatakan sangat selesa tu oleh Noni... Kedudukan di atas Bukit menyebabkan nyamuk susah nak sampai...















Inilah warga Cameroon yang aku katakan...

Ini pula abang dia yang satu ketika dulu bermain di Barcelona dan kini sudah berhijrah ke Inter Milan... Next season akan dipinjamkan ke skuad Selangor bagi memperkukuhkan jentera serangan


Pakar Kewangan Konvesional ni juga adalah Penari Tiang untuk makcik makcik pada waktu malamnya


                                          Ina: akak chalet ni ade kosong tak?
                                        Akak Chalet: Ade lagi...
                                        Ina: Banyak nyamuk tak?
                                      Akak Chalet: tak de lah dik... kita dah bagi ubat nyamuk...
                                      Ina: Hm.. kalo macam tu tak pelah kak...

Setelah berhempas pulas mencari chalet yang ade nyamuk... maka kami semua telah setuju untuk menginap di satu chalet yang bagi aku agak lah selesa... tapi malang bagi si Petir kerana niat untuk bermain PS2 telah hancur disebabkan tiada TV dibekalkan....

Di ruang lobi sedang menunggu Petir tawar menawar bagi kadar harga bilik


Periuk yang aku bawa bukan lah periuk biasa... tapi periuk untuk mengurung Ketua jika dia menjelma...


Inilah bilik yang didiami yang penuh dengan nyamuk... namun satu lembaga yang ingin bertukar menjadi orang minyak Ron 97 sedang bermake-up di depan cermin...



1 comment:

  1. aah la...ade persamaan muka la pemain bola tu dgn ise...

    ReplyDelete