Thursday, February 9, 2012

Kenduri Kahwin Nadia

1) Pada 5 Feb bertempat di Muar Johor... aku telah menghadiri satu majlis perkahwinan kawan perempuan aku... Tahniah diucapkan kepada Nadia dan pasangannya...

2) Kaitan Nadia dengan aku adalah kawan-kawan semasa belajar di UTM dulu dah pernah duduk satu group dalam subjek Power Elektronik siap dapat A lagi tu haha... Seperti biasa... budak perempuan selalunya bijak... sehubungan itu aku sangat bertuah berada dalam group beliau dan segala assignment yang diberikan oleh lecturer telah disiapkan dengan jayanya oleh beliau tanpa pemerhatian atau bantuan aku... Bukan aku tak nak tolong... takut bila aku tolong nanti elok-elok betul calculation dia... sebab aku yang buat-buat pandai terus salah pulak nanti....

405872_10150588541763076_546128075_9001704_1178069411_n by pauzikassim
Aku sempat pose sebelum pengantin perempuan jumpa pengantin lelaki... aku memang terkenal dengan perangai Wedding Crasher nye...

429060_10150588542383076_546128075_9001711_476441599_n by pauzikassim
Ini saat pengantin bertemu... sekali lagi gua berjaya interframe...

404917_10150588543043076_546128075_9001719_592132161_n by pauzikassim
Gua pernah masuk kelab kompang zaman muda muda dulu...

430638_10150588543128076_1356987149_n by pauzikassim
Gua sempat memberi tunjuk ajar dan beberapa lagu black metal telah gua ajarkan kepada mereka untuk mereka improvekan persembahan...

424932_10150588544358076_546128075_9001732_1550182005_n by pauzikassim
Ini kawan-kawan gua yang sama-sama belajar dulu... lihat muka gua penuh serius seolah-olah sedang ambik gambar kad pengenalan...


429397_10150588547493076_546128075_9001769_1994680009_n by pauzikassim
Kehidupan gua memang tidak boleh lari dari paparrazi... lihat sahaja gambar di atas... sempat mereka curi2 tangkap gambar aku dari belakang... 

401490_10150588547773076_546128075_9001773_1170437652_n by pauzikassim
Nasib baik paparazzi curi2 tangkap gambar kat tempat2 yang baik... dibuatnya kat The Beach diorang ambik gambar abes kecoh satu malaya gambar aku tersebar...

406460_10150588547618076_546128075_9001772_1527190813_n by pauzikassim
Aku sempat meninggalkan kiss kepada salah satu peminat bagi menunaikan permintaannya...

No comments:

Post a Comment