Sunday, June 24, 2012

Muslimeen United @ KL Alternative Bookfest 2012

1) Pada 23 Jun atau semalam... gua telah berkesempatan untuk memeriahkan majlis buku di Central Market... Ya... salah satu hobi gua adalah membaca... walaupun gua masih belum memikirkan masa depan gua... tapi gua tetap menjadikan membaca itu satu amalan...

2) Tapi itu lah gua... pesta buku besar-besaran kat PWTC hari tu tak nak pegi... mungkin sebab gua rasa itu kategori mainstream... so gua layan pameran buku yang alternatif je hehe... penulis nya semua mengarang dengan penuh kreatif...

3) Tujuan gua pergi pesta buku ni sebab gua nak dapat kan buku bola keluaran Dubook Press ni... kalo hari tu gua beli Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia... kali ni gua dapatkan buku yang bertajuk Muslimeen United hasil Nama Nami... Tapi gua frust sebab tunggu penulis nak sign buku tak datang-datang pulak...

KL Alternative Bookfest 2012 by pauzikassim
Buku yang gua dapatkan di gerai Dubook...

KL Alternative Bookfest 2012 by pauzikassim
selain itu banyak lagi gerai-gerai buku... siap ade yang bagi buku percuma tu untuk tujuan amal... 

KL Alternative Bookfest 2012 by pauzikassim
Dalam masa yang sama... Faizal Hussein juga turut melancarkan buku mengenai kisah hidup dirinya... Jadi gua berkesempatan untuk menyaksikan perlancaran buku nya...

KL Alternative Bookfest 2012 by pauzikassim
Sesi soal jawab....

KL Alternative Bookfest 2012 by pauzikassim
Korang kenal lagi tak mamat ni... yang kata Hai... Dah kawin ke belum auw auw auw... 

KL Alternative Bookfest 2012 by pauzikassim
Budak Kelantan juga turut hadir memeriahkan majlis... AMEREKA!!! Saing dengan budak sejid...

Dan saat gua tengah mengarang blog ni... gua baru sahaja habis membaca buku Muslimeen United ni... Buku yang mengisahkan 20 pemain dan jurulatih bola sepak yang beragama Islam yang bermain bola sepak di peringkat antarabangsa di liga-liga terkemukan macam BPL, Serie A, Bundesliga... alah liga yang selalu kuar kat ASTRO Sport... 

Banyak kisah pemain bola yang beragama Islam ini bole dijadikan contoh atau teladan... Sebagai contoh Frederic Kanoute yang telah mewakafkan wangnya sebanyak 700,000 pound sterling bagi mendirikan masjid di Seville untuk umat Islam di situ... Kalo kat Malaysia derma masjid dah dapat title Dato' si Kanoute ni macam Shah Rukh Khan...

Tidak ketinggalan juga Mesut Ozil yang kini tengah bermain Euro mewakili German... dimana beliau akan membaca al-Quran sejam sebelum perlawanan bermula siap lengkap ambil wudhu' dulu... Ada juga pemain bola Islam di Eropah ini yang tidak memakai jersi yang mendapat sponsor dari syarikat perjudian macam 888.com demi memastikan rezeki yang dia dapat itu halal... Kalah rakyat kita yang mengaku Islam tapi sanggup pakai baju sponsor dari arak macam Calrsberg... Ops!! silap...gua terlupa... dah tukar sponsor kan... tapi dari syarikat yang makan riba' kan... gua pun lupa ape nama bank tu hehe...

Kepada rakan-rakan yang lain yang meminati info mengenai bolesepak... boleh lah dapatkan dari Abang Dubook kita ini...

KL Alternative Bookfest 2012 by pauzikassim
Poster yang sempat gua pau...

No comments:

Post a Comment