Sunday, July 8, 2012

Kenapa Perlu Bayar Bil Api?

1) Dikisahkan sebuah negara yang dikatakan aman damai  dimana rakyatnya yang berada di kelas bawahan terus terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi termasuk bil api yang akan meningkat ditambah pula dengan 1% lagi untuk dibayar kepada Solar Generation... Manakala golongan pertengahan yang mendapat kerja yang baik setelah layak masuk ke menara gading second intake dan menggulung ijazah third class hasil bantuan pinjaman kerajaan yang masih belum berbayar lagi hingga hari ini telah mula berani menyuarakan pendapat melalui alam maya dan berbicara di kedai kopi penuh ilmiah dan fakta... Dan golongan atasan yang berjawatan tinggi atau peniaga dimana pendapatanya agak mewah lebih senang untuk berdiam diri bagi mengelakkan periuk nasi nya dikacau...

2) Negara yang dimana jika ingin berniaga mestilah mempunyai kaitan dengan golongan atasan supaya mendapat tawaran secara rundingan terus dengan untung yang gila-gila untuk dikongsi sesama kroni... Tidak terlepas perniagaan penjanaan bekalan elektrik juga boleh dikronikan dan dibuka kepada golongan kapitalis bagi mengaut keuntungan... Maka LKN (Lembaga Kuasa Negara) yang milik sepenuhnya kerajaan agar kebajikan rakyat terjamin telah diswastakan untuk diberi peluang kepada kapitalis melabur dalam bisnes penjanaan bekalan elektrik seterusnya menukar nama kepada KNB (Kuasa Nasional Berhad)

3) Maka terhasil lah satu sistem bekalan elektrik (Gambarajah A) dimana rakyatnya tiada pilihan melainkan bayar sahaja kepada pembekal tunggal yang diberi kepercayaan oleh kerajaan kepada KNB yang tidak perlu bersaing dengan mengenakan kadar yang bukan kompetitif iaitu mw 0.20/kwh.  
Generation by pauzikassim
Gambarajah A
Berdasarkan Hukum Economic Dispatch... Maka G1 akan menjana full capacity iaitu 150MWatt @ 150,000KWatt manakala selebihnya G2 akan menjana bagi memenuhi kehendak bekalan iaitu 200 MWatt.

Kos Penjanaan G1 : (150,000 KW) x (mw 0.12/KWh) = mw 18,000/h.
Kos Penjanaan G2 : (50,000 KW) x (mw 0.15/KWh) = mw 7,500/h.
Jumlah Kos Penjanaan G1 & G2 = mw 18,000/h + mw 7,500/h = mw 25,500/h.

Pendapatan yang diterima oleh KNB setelah memberi bil api kepada rakyat = (200,000 KW) x (mw 0.20 KWh) = mw 40,000/h.

Selepas itu, KNB akan mengira keuntungan atau kerugian dengan membuat perbezaan Pendapatan dan Penjanaan iaitu

Untung atau Rugi = mw 40,000/h - mw 25,500/h = mw 14,500/h.

Ini bermakna KNB telah untung sebanyak mw 14500 untuk setiap jam... ko kira lah sendiri berapa keuntungan dalam sebulan KNB dapat.

4) Setelah kerajaan berjaya menswastakan bekalan elektrik dengan jayanya... dan KNB khayal dengan keuntungan yang diperolehi sehingga lupa diri... Tambahan pula, Perdana Menteri nya sentiasa mengalu alu kan kapitalis luar negara untuk melabur dalam negaranya dengan membuka kilang kilang hotel hotel estet estet kerana rakyatnya pada masa itu tidak pandai mengeksploitasikan sumber hasil negara nya sendiri...

5) Nak dijadikan cerita pada tahun tersebut telah berlaku satu mala petaka... Mala petaka yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran pekerja-pekerja KNB... Mungkin pekerja nya pada masa itu terbawa-bawa lagi perangai kerajaan iaitu tunggu dan lihat... Bila ada mat rempit mati langgar lubang kat jalan raya baru lah terkial-kial nak tampal lubang tu cepat-cepat... Dah tanah runtuh pun masih kata "Kita sedang mengawasi pergerakan tanah"... Bumbung stadium runtuh hm... no comment.

6) Akibat pembukaan kilang-kilang yang mendadak telah menyebabkan permintaan bekalan elektrik meningkat... Mungkin pekerja-pekerja KNB pada masa itu tidak pandai membuat Security Analysis atau pun mungkin pekerjanya pada masa itu third class degree sehingga tak tahu nak analisis transmission line atau Power Flow maka telah berlaku Black Out hampir seluruh negara sehingga menyebabkan kerugian teruk pada kilang aiskrim kerana peti ais tidak berfingsi, kilang elektronik sebab tak dapat siapkan televisyen dan juga kilang karipap sebab tak dapat membekal kepada peniaga-peniaga...

7) Akibat berita tersentak ini, membuatkan Perdana Menteri gelisah dan pening. Tapi tidak mengapa, kerana PM pada masa itu bukan calang-calang orangnya... otak nya bergeliga yang mempunyai wawasan lantas memikirkan pelan mengatasi masalah ini. Mungkin ilmu kedoktorannya sedikit sebanyak dapat merawat masalah ini... Masalah yang tidak pernah terpikir oleh pekerja KNB tetapi telah diselesaikan oleh seorang Doktor Perubatan.

8) Lantas dihubunginya kawan kawan yang rapat yang kaya raya untuk melabur dalam perniagaan penjanaan elektrik... Perbualan ini telah diulang semula...

PM: Hello Lato'... How are u... Bisnes simen ada bagus ke?
Cukong: Hello Tan Sli... I'm fine I'm Fine... wargh itu hali I ada dengar blackout.. manyak lugi wo... semua kene bayar itu kilang aisklim sebab itu aisklim cair... Haiyaaa... I pun tak dapat makan itu aisklim wo...
PM: Haiya... itu olang cilaka lah... tido saja... itu pasal black out ma...  Thats why I call u... I mau offer satu bisnes ni... U mau ka?
Cukong: Itu bisnes kalo ada untung I mau lah...
PM: Ini mesti untung punye... I secure u punye bisnes ma... I mau u back up power supply to KNB.
Cukong: Huyoo... Itu million punye investment lah Tan Sli... itu KNB mau ke?
PM: Itu KNB I handle... U punye part bagi proposal sistem sahaja ma...
Cukong: Ok2... I'll come to you...

Cukong dengan segera mendapatkan pekerja-pekerja yang mungkin First Class Degree dan pandai analisis power flow... lalu dibentangkan Coal Power Plant kepada PM dengan syarat KNB mesti bayar capital cost supaya perlaburannya terjamin. Maka setelah dibincang, dengan kuasa diktator, PM telah mengarahkan KNB untuk membuat perjanjian IPP Purchase Agreement selama 20 tahun. Maka terhasil lah IPP seperti gambarah B.

IPP by pauzikassim
Gambarajah B

Akibat bekalan elektrik meningkat dari 200MWatt kepada 600MWatt. IPP seperti YTPU dan JEMAH telah dipanggil untuk membantu KNB dalam menampung bekalan elektrik pada masa itu. Ambik ko... Mak Jemah pun berniaga penjanaan bekalan elektrik.

Berdasarkan Hukum Economic Dispatch, G1 akan jana 150,000KW, G2:100,000KW, G3: 200,000KW G4: 150,000KW.

Kos Penjanaan G1: (150,000KW) x (mw 0.12/KWh) = mw 18,000/h.
Kos Penjanaan G2: (100,000KW) x (mw 0.15/KWh) = mw 15,000/h.
Kos Penjanaan YTPU: (200,000KW) x (mw 0.15/KWh) + (200,000KW x mw0.04/KWh) =                mw 38,000/h.
Kos Penjanaan Jemah: (150,000KW) x (mw 0.16/KWh) + (200,000KW x mw 0.04/KWh) =
mw 32,000/h.

Jumlah Penjanaan : 18,000 + 15,000 + 38,000 + 32,000 = mw 103,000/h.
Jumlah Pendapatan: (600,000KW x mw 0.20/KWh) = mw 120,000/h.
Jumlah Keuntungan: 120,000 - 103,000 = mw 17,000/h.

Ini bermakna KNB telah untung sebanyak mw 17,000 dalam sejam.

"Nasib baik masih untung"... Kata pekerja-pekerja KNB walaupun dipaksa membeli bekalan elektrik dari Mak Jemah dan YTPU.

Tapi pekerja KNB lupa beban maksimum hanya pada siang hari... bila waktu malam menjelma dimana kilang kilang estet estet dan orang jual karipap tidak beroperasi... maka permintaan bekalan elektrik telah turun dari 600MWatt kepada 200MWatt.

Berdasarkan Hukum Economic Dispatch: G1 : 150,000 KW dan G2: 50,000KW manakala YTPU dan JEMAH tidak beroperasi tetapi KNB perlu membayar capital cost seperti yang terkandung di dalam IPP-PA.

Kos Penjanaan G1 : (150,000 KW) x (mw 0.12/KWh) = mw 18,000/h.
Kos Penjanaan G2 : (50,000 KW) x (mw 0.15/KWh) = mw 7,500/h.
Capital Cost YTPU : (200,000KW) x (mw 0.04/KWh) = mw 8,000/h.
Capital Cost JEMAH : (200,000KW) x (mw 0.04/KWh) = mw 8,000/h.

Jumlah Kos Penjanaan : 18,000 + 7,500 + 8,000 + 8,000 = mw 41,500/h.
Jumlah Pendapatan : (200,000KW) x (mw 0.20/KWh) = mw 40,000/h.

Jumlah Untung = mw 40,000/h - 41,500 = - mw 1500/h.

Ape!!! dapat negatif!!! cilakak gua sudah rugi woo...

Ini bermakna KNB kerugian sebanyak mw 1500 untuk setiap jam.

Inilah perniagaan di negara ini.

No comments:

Post a Comment