Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka - Orang Melayu Dengan Cabaran Masa Kini



P1150259 by pauzikassim
Buku ni diterbitkan pada 1984... Lepas ni aku nak pulangkan semula pada rak asal di masjid umah aku... ada sudut membaca kat masjid tu...

1) Tarikh keramat hari ni... Rugi wooo tak post something... Pertama sekali mari kita ucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke 55 untuk negara Malaysia negara tercinta. 

2) Kenapa kita sayangkan negara kita? Kerana kita ingin mempertahankan hasil kekayaan negara ini daripada diambil orang asing macam Portugis atau British supaya generasi seterusnya iaitu anak muda dan anak-anak kecil kita turut sama merasai kekayaan negara ini.

3) Walaupun kita telah berjaya membebaskan diri daripada penjajahan British, namun apa yang kita hadapi sekarang ini adalah kita masih dijajah oleh bangsa kita sendiri. Bangsa kita yang terus menjajah dan mengaut keuntungan hasil negara ini untuk diri mereka sahaja. 

4) Ya sudah 55 tahun mereka memerintah dengan slogan Hidup Melayu seolah-olah bangsa melayu sekarang ini tiada oksigen. Cukup lah dengan kes lembu yang duduk di kondominium dan memandu mercedes. Kasihan kepada pengembala lembu di kampung yang rata-ratanya orang melayu.

5) Sempena bulan merdeka ini aku telah terbaca sebuah buku seperti gambar di atas. Buku itu mengisahkan cabaran-cabaran melayu sehingga D.E.B dicipta bertujuan untuk membantu melayu. Memang kasihan orang melayu pada zaman 80 an... Semua benda perlu diberi bantuan... Nak berniaga, MARA ditubuhkan bagi pinjam wang... Nak masuk universiti kene buat ITM... Nak tangkap ikan LKIM ditubuhkan bagi subsidi kat nelayan... Nak buat filem pun terpaksa ditubuhkan FINAS untuk bantu orang melayu buat filem... Menarik juga baca buku tu...

6) Akhir kata semoga Malaysia maju jaya.... Maju untuk semua bangsa... bukan untuk lembu sahaja yang boleh tunaikan haji...


mamak umno penang by pauzikassim
Hanya orang macam ni sahaja yang berjuang untuk melayu... Hidup Melayu katanya...

No comments:

Post a Comment