Wednesday, August 8, 2012

The Dark Knight Rises & Serai




1) Rata-rata kawan abang semuanya dah tengok movie ni... abang je terlewat untuk tengok citer Batman ni... Isnin hari tu abang berpeluang untuk tengok citer ni di GSC Summit... Mana mungkin untuk abang tak tengok citer superhero kegemaran abang... Pernah sekali masa abang darjah satu... abang cakap kat kawan abang yang cita-cita abang nak jadi Batman... Sebab Batman tak perlukan power macam Superman atau Spiderman untuk kalahkan penjahat...

2) Batman kali ni ada penjenayah baru yang menyerang Gotham City... Kalo sebelum ni penjahatnya adalah Joker dan Two Face... Kali ni penjahatnya bole tahan kejam lah iaitu Bane yang bersuara robot... Kejam sangat-sangat... menci menci menci tau... Kalo Joker dulu letupkan hospital... Si Bane ni letupkan padang American Football tu...

3) Kali ni Batman tak keseorangan lawan Bane tu... Dia ditemani oleh Catwoman... Mereka berdua cuba menyelamatkan Gotham City daripada letupan nuklear yang dicipta oleh Batman bagi tujuan menjana tenaga elektrik... Bole pulak si Bane ni cari Doktor Fizik untuk ubah reaktor nuclear tu menjadi bom...

4) Dalam masa yang sama Bane cuba menggunakan propaganda kerajaan korupsi harus ditentang menyebabkan orang kaya telah dirompak dan diadili di mahkamah yang tiada saksi... Hukuman yang dijatuhkan hanya hukuman mati atau buang daerah...

5) Cuma abang paling tak gemar kenderaan Batman... baik kereta mahupun motor... design pelik pelik belaka... Dan yang ni first time abang tengok Batman keluar di siang hari... Selalu kelawar takut cahaya... Langgar hukum pulak Batman kali ni...

Sementara itu... abang sempat berbuka puasa di SERAI sebelum tengok Batman... Huh... jangan dicuba makan di kedai ni... nasi kerabu RM22 sepinggan tu... Dah tiga hari abang buka kat masjid...


Serai by pauzikassim

No comments:

Post a Comment