Sunday, October 7, 2012

Sudah Dua Tahun...

1) Pejam celik pejam celik... sudah dua tahun aku merapu kat dalam blog ni kan... tak sangka pulak aku ada hobi yang berkaitan dengan IT... padahal aku lah dulu paling bangang dalam subjek Borlean C... memang dapat C lah subjek tu...

2) Jika diamati dari aku kecil... mana mungkin ada hobi mengarang ni... mungkin tulisan tangan aku agak seni dan sukar difahami oleh orang biasa biasa... Kini semua hanya perlu menekan keyboard... lantas tulisan aku lebih jelas dan mudah untuk difahami oleh orang biasa...

3) Post pertama aku adalah pada 3 Oktober 2010... Berkenaan kisah aku menimba ilmu... dan seterusnya berbagai-bagai cerita aku kongsi... Khas untuk pembaca 17 orang... Kah kah kah... sudah dua tahun masih 17 orang lagi!!! orang dah beratus... Mana taknye... blog aku tak seglamour Hanis Zalikha atau Jejari Runcing yang pernah couple dengan Apex... Tunggu lah korang kalo aku dan Izara sudi declare hubungan yang tersembunyi ni... mungkin beratus gak lah followers hahaha... tapi aku tak perlukan sampai begitu publisiti... aku mahu berdiri dengan sendiri tanpa menumpang populariti Izara...

4) Baik dari segi politik, agama, pengalaman kerja semua aku cuba kongsikan dan memberi pendapat... dan yang membuat aku ghairah ingin berkongsi adalah hiburan iaitu konsert konsert konsert... aku ingin berada di semua konsert di Malaysia ni mahupun Singapore... Kerana itu lah pengubat dan tempat aku menghilangkan tension... memang dari mata mak bapak aku ape gila anak dia dengar muzik angguk kepala... tapi itulah irama muzik yang sentiasa menenangkan aku...

P1130133 by pauzikassim
Konsert Children Of Bodom antara konsert yang paling best... lepak dengan Noh Hujan aku kat singapore tu...

5) Selain itu, aku ada hobi bermain gitar... gitar ni pun satu-satunya tempat untuk aku mengadu dan mengeluh... apabila aku berasa sedih akan ku petikkan buat menenangkan jiwa ini... tapi malangnya... sampai sekarang aku tak pandai-pandai nak sweeping kah kah kah...



Dead Memories... Band Slipknot ni memang kegilaan aku... aku sentiasa berharap satu hari nanti diorang datang Malaysia buat show... kalo kat Malaysia tak approve... kat Singapore pun jadi lah.. aku sanggup pergi...

Akhir kata... semoga aku gagah lagi mengarang...

Nota: Macam mana kita nak kategorikan setiap post kita ek?? macam kalo pasal kerja... satu group... kalo pasal konsert... satu group... kalo pasal keje satu group... Tolong ajar... abang bangang lagi berblog ni walaupun dah dua tahun...



2 comments:

  1. orang bijak pandai dulu ada bitau menulis,melukis,menyanyi..menjoget.. cantk kalu pakai buat lawan stress..depresi..masturbate pn boleh pakai jugak nk lawan stress..selamat mencuba

    ReplyDelete