Monday, February 18, 2013

Paramore Live In KL 2013

1) Tahukah anda... pada 17 Februari yang lalu bertempat di Stadium Negara... abang berkesempatan untuk berjumpa dengan Hayley William buat kali kedua... kali pertama abang jumpa dia masa kat Stadium Bukit Jalil Paramore 2010... Entah ingat lagi ke tak awek ni kat abang haha...

2) Semenjak peninggalan adik beradik Farro... kumpulan Paramore ini tetap terus memperjuangkan muzik mereka... dan telah menghasilkan dua buah single yang terbaru iaitu Monster yang jadi soundtrack Transformer kontena bole tukar tukar jadi robot dan yang betul betul baru yang dok ulang ulang kat Hitz FM adalah lagu Now... Abang sempat sembang dengan diorang katanye album nak kuar bulan April.. Tunggu je lah... Kalo kene April Fool tu nasib badan lah jadi rakyat Malaysia kene main main... Najib panggil PSY suruh yee sang pun PSY Kapir makan babi buat bodoh je kah kah kah...

3) Secara amnya abang tengok bilangan yang datang tak seramai di Bukit Jalil dulu... mungkin diorang dah tak heran kot sebab dulu dah tengok... lagipun tiket lebih mahal berbanding sebelum tu... apa-apa hal pun mari kita layan foto dan video yang sempat abang rakamkan... 


Abang dulu pernah panggil krew youtube datang rumah abang untuk rakamkan demo misery business... tujuan nya abang nak jadi pengganti Josh Farro... Damn!!! sampai sekarang tak panggil2...

P1160054 by pauzikassim
Paling rendah tak silap abang harga nya RM 120 kot... abang beli yang kedua mahal... celaka gila mat salleh ni cas mahal-mahal... diorang tau nak kaut keuntungan je dengan negara tak membangun bangun ni...


P1160055 by pauzikassim
First time abang sampai ke Stadium Negara... siap ade air cond tu dalam stadium... selesa gak lah nak tido...



P1160057 by pauzikassim
Ini view abang... agak jauh lah... tapi tak sejauh abang tengok dulu masa kat Bukit Jalil... Yang kat Bukit Jalil tu tengok skrin je lah...



P1160059 by pauzikassim




P1160060 by pauzikassim
Abang kalo part AV system ni memang suka betul tengok...



P1160061 by pauzikassim



Lagu pembukaan adalah Now... dalam usaha untuk memromosikan...



lagu twilight ni mesti kene ade...


P1160066 by pauzikassim
Minah ni memang hyper active kat atas stage... dah sama macam Ella je gedik dia ni... Berpusing... terbaring kat stage... berkawad semua dia buat...

P1160068 by pauzikassim

yang ni lagu kat album Brand New Eyes... Careful 

Minah ni banyak cakap pulak...

Morning...


The Only Exception

Lagu penutup memang abang dah iaitu Misery Business... sama macam konsert yang sebelum ni... tapi minah tu nama Lucy... gila lah!!! dapat naik stage peluk Hayley Williams tu... damn!!! dah lah Hayley tengoh hot berpeluh... Damn again!!! kalo abang naik stage mesti nak peluk gitaris dia kah kah kah...


P1160079 by pauzikassim
Konsert dah habis...



P1160082 by pauzikassim
Baju mahal gila...sehelai RM 90 tu...



P1160085 by pauzikassim


P1160084 by pauzikassim
Mesti tak lepas kan peluan bergambar dengan poster besar...

Sementara itu... pada 16 Februari sehari sebelum konsert abang telah berjaya menghadiri siri ceramah Ustaz Azhar Idrus... mana mungkin abang lepaskan peluang ni... ceramah ni diadakan di Masjid Al-Mukaramah, Sri Damansara yang bersebelahan dengan rumah abang... jalan kaki 10 minit dah sampai... jadi tiada alasan untuk tidak pergi ceramah dia...

Gila... memang ramai... abang yang tok imam kenal pun tak dapat saf depan... kene duduk luar tengok ikut skrin... nasib baik cuaca tak hujan... tapi berangin diselangi dengan bunyi mercun cina... abang rasa lagi ramai orang datang ceramah UAI berbanding konsert paramore... Bagus-bagus!!! Fenomena UAI ni memang beri kesan positif... Tapi aku betul2 risau dengan budaya Malaysia ni... semua bende nak bermusim... Dulu masa Mawi tengah up... semua dok sembang pasal Mawi... last last senyap je...

Apa yang aku tergelak masa dengar ceramah beliau adalah semasa sesi soal jawab... Ada yang tanye apa hukum tido bogel... sekali UAI jawab... Hukumnya HARAM kalo tido bogel dalam masjid... kih kih kih tergelak gelak abang...


IMG_3598 by pauzikassim

Nota: Harap satu hari nanti Najib panggil Slipknot pulak datang Malaysia buat show... kalo jadi datang memang abang undi najib lah pilihanraya nanti kah kah kah...

Tuesday, February 12, 2013

Bercuti Di Pulau Pangkor, Perak

1) Sebelum abang sembang panjang... abang nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang berbangsa cina yang merayakannya... dan kepada melayu yang bercuti ke kampung... hati hati memandu... Apsal melayu cina je?? India tak de ke??... gila babi racist betul abang ni...

2) Pada 1, 2 & 3 Feb hari itu abang berkesempatan untuk bercuti di Pulau Pangkor... Percutian yang dirancang kerana abang ada satu jemputan perkahwinan di Lumut pada 3 Feb... Jadi... daripada pergi kenduri kahwin semata je... baik plan bercuti terus je...

3) Hotel yang dipilih untuk menginap sepanjang percutian tersebut adalah Pangkor Bayview Resort... Ok lah rate satu malam RM 180 sebab waktu peak... Condition bilik pun kira ok lah... masih selesa untuk menginap... Malas nak sembang panjang... mari layan gambar suasana di Pulau Pangkor... Tapi bila tengok balik... macam banyak gambar abang je dari gambar suasana di pangkor kah kah kah...

P1150900 by pauzikassim
tiada jambatan untuk ke Pulau Pangkor... jadi perlu naik feri... saat abang menunggu ferri di Jeti Lumut...

P1150902 by pauzikassim
Pemandangan laut dari jeti pangkor... saat abang tiba di jeti pangkor

P1150907 by pauzikassim
Menunggu van untuk dihantar ke Hotel yang menginap... RM15 tambang...  Hotel tersebut terletak di Teluk Nipah...


P1150949 by pauzikassim
Burung ni banyak betul abang jumpa sepanjang berada di pulau ni...

P1150909 by pauzikassim
Saat tiba di bilik... lari terus terjun ke tilam... heaven selepas 3 jam keletihan berada dalam kereta...

IMG_3378 by pauzikassim
Hotel ini juga ada swimming pool... lepas abang berkubang kat pantai... kolam klorin ni pulak yang abang berendam... sebelum masuk bilik...

P1150916 by pauzikassim
Petang tu jugak terus abang pergi ke laut... dah lama tak mandi laut... last rasanye mandi laut masa gi Langkawi setahun yang lalu...


IMG_3376 by pauzikassim
Aduh... celaka betul hidup abang ni... punye ramai awek lalu lalang... menatang ni jugak lah abang terpandang dengan penuh nafsu... bende ni asik menghantui abang je... nak bercuti tenangkan fikiran pun tak boleh...

P1150925 by pauzikassim
Keadaan pantai di Teluk Nipah... Ombak agak kuat lah...

IMG_3377 by pauzikassim
Cuaca agak terik...

P1150920 by pauzikassim
No comment

P1150922 by pauzikassim
and no comment

P1150934 by pauzikassim
terdampar di tepian pantai...

P1150953 by pauzikassim
Ini keesokannya... di mana abang berpeluang untuk snorkelling... sepanjang abang hidup ni... tak pernah ada pengalaman snorkelling...


P1150957 by pauzikassim
Perlu naik bot ke Coral Island untuk snorkelling... RM 80 untuk 4 orang lengkap dengan pakej snorkelling dan pusing pusing pulau... breakfast pun tak sempat... Atas bot pun jadi lah minum air bungkus ikat tepi

P1150956 by pauzikassim


P1150964 by pauzikassim
Amacam abang... dah macam geng Slipknot tak?... kalo Joey jordison nampak gambar ni... mesti dia panggil join... tak kisah lah kalo kene angkat drum dia je pun... janji dapat ikut tour dia...

P1150961 by pauzikassim
Suasana orang snorkelling...

P1150969 by pauzikassim
Selepas snorkelling paginya... tengah hari abang berkesempatan berjalan jalan di Pekan Pangkor... Ini bangunan kedai lama...

P1150968 by pauzikassim
ini pula keadaan kedai baru...

P1150947 by pauzikassim
Malam hari di Teluk Nipah juga ada jual jual...

P1160003 by pauzikassim
Kedai makan yang ada... semua seafood... tapi rate seafood dia sama macam KL lah... 

P1150944 by pauzikassim
Jagung bakar ni waktu dia masak meletup letup...

P1150936 by pauzikassim



P1160008 by pauzikassim
Cenderahati juga ada dijual...

P1160013 by pauzikassim
Ini breakfast abang pada pagi terakhir... Aduh!!!Abang lupa pulak nama melayu kuih ni... nama english dia Banana Pancake... laku gila kuih ni... mat salleh pun beratur beli... Perlu check out segera sebab nak hadir ke majlis perkahwinan...

P1160010 by pauzikassim
No comment

P1150988 by pauzikassim
Terkejut abang jumpa biawak ni kat jeti... mencarut carut terkejut jumpa menatang ni...

P1150985 by pauzikassim

P1150973 by pauzikassim


P1160016 by pauzikassim
Saje tengok tengok drawing kapal... asik tengok drawing bangunan je...

Nota: Mati kutu abang bercuti dengan famili... semua awek lalu lalang tak berkesempatan nak tegur atau ngorat... kene berkelakuan baik depan ibu bapa... Abang kalo depan parents... semut lalu pun abang bagi gula gula suruh makan... siap tambah lagi kalo semut tu nak...

Saturday, February 9, 2013

Sek Men Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang

1) Tahukah anda... Hari Khamis hari tu abang telah melawat sekolah yang telah siap sepenuhnya... Ini pemeriksaan terakhir abang untuk komen ape2 yang tak patut sebelum cikgu cikgu dan anak murid menggunakan sekolah ni... abang pernah post pasal sekolah ni masa awal awal pembinaan...SMK Bukit Tinggi Klang... masa tahun 2011.. 2013 baru siap...

2) Ini saja lah yang abang mampu sumbangkan kepada masyarakat setempat bagi menyalurkan bakti kepada orang orang kampung abang... secara amnya pula... ini lah jasa yang cuba abang balas balik terhadap Kerajaan yang memberi abang biasiswa menggunakan cukai cukai rakyat ketika menuntut ilmu dulu... Sebab tulah abang suka makan Mcdonalds... Orang suruh boikot... abang buat bodoh je... Abang tahu dengan cara tu... abang mampu membantu Kerajaan melalui Government Tax 6% yang dikenakan ke atas setiap pembelian abang... Nak harap potongan cukai pendapatan... Hm... berapa sen je pun... Gaji pun baru naik ke tahap minimum RM 900...

3) Tiada apa apa peristiwa yang menarik pun semasa pembinaan atau pun apa apa sistem yang canggih... Alah sekolah... korang semua pernah sekolah... jadi dah tahu lah apa yang ada dalam sekolah tu...  


P1160028 by pauzikassim
Ini bangunan kantin...

P1160026 by pauzikassim
Ini pulak bangunan pentadbiran dan kelas yang ada 24 buah kelas

P1160042 by pauzikassim
Yang ni pulak Bangunan Makmal


P1160041 by pauzikassim


P1160049 by pauzikassim
Pintu depan Bangunan Pentadbiran

P1160048 by pauzikassim
Siap ada kot takraw tu... abang dulu main takraw atas jalan tar je... kalo lipat gulung salah salah landing mahu calar balar badan (Sembang kencang jap)...

P1160047 by pauzikassim
Padang pun ade... Geram pulak tengok padang ni... dah lama tak main bola padang ni...


P1160053 by pauzikassim
Ini pulak Tempat Menunggu Bas... selesa betul siap ada bumbung... abang dulu sekolah menengah jalan kaki je pergi kelas...


P1160052 by pauzikassim
Yang ni pulak abang... bakal jadi guru pendidikan jasmani kat sekolah ni... kah kah kah...

Jadi kepada adik adik yang menuntut di sekolah ini... tuntutlah ilmu rajin rajin... berkaryalah sekreatif yang boleh... bersukan lah sepuas puasnya... kerana bila dewasa nanti... banyak tanggungjawab yg perlu dipikul macam abang ni... kadang kadang rasa tak terpikul lah...

Selepas abang berpeluang berbakti kepada orang kampung abang dan Kerajaan... Itu pun abang terpaksa jadi gila kuasa dengan selamba menawarkan diri kepada bos nak jaga projek sekolah ni... Kali ni tiba pula peluang untuk abang membuat amal dengan menyiapkan surau baru di Kajang... apa lagi... atas dasar agama Islam... sekali lagi abang menawarkan diri... tak kan sesekali abang lepas kan peluang ni... mana taknye... abang tak mampu nak pergi Gaza macam Afdlin atau Heliza... apatah lagi mengangkat senjata tembak Zionist tu...

securedownload by pauzikassim
Ini surau lama yang akan dirobohkan...
securedownload (1) by pauzikassim
Yang ni Surau yang dicadangkan untuk di bina.... Semoga berjaya...

Thursday, February 7, 2013

Kene Maki...

1) Tahukah anda... pagi pagi lagi hari ni abang dah kene maki dengan client... sepanjang abang kerja tak pernah kene maki seteruk ni dengan seorang perempuan... Terasa hilang kejantanan lah sekejap tu... Mahu tak bengangnya... dokumen yang dia nak dekat sebulan abang tak bagi... hampir lima minit jugak lah dia sembur hambur ke abang ni... nasib baik dalam telefon... bole lah abang trsengih-sengih sambil layan FB kat phone jap...

2) Dia punye maki sampai abang terus tabur janji nak bagi dokumen tu pada 9 Februari ni... ambik ko!!! kepala bana ape abang janji nak bagi hari sabtu... orang dah beraya cina... sekali lagi abang kene maki dengan dia main tabur je janji... akhir perbualan dia menyatakan kekecewaan teramat sangat dengan apa yang abang dah buat... Damn!!! pasrah je lah... hak mereka untuk maki hambur kita jika kita yang salah...

3) Kenapa abang buat bodoh dengan dokumen tu sampai sebulan?? itu lah persoalannya... abang ada tabiat memilih kerja... Ok lah... mari sini abang ajak sembang jap... abang ada hampir sepuluh projek di tangan abang... ini bermakna abang ada hampir 10 klien untuk abang puas hati kan mereka... jadi macam mana abang nak layan mereka sama rata??

4) Jawabnya tidak pernah sama rata...ade terlebih ade terkurang... abang bukan seorang yang sempurna... abang hanya lah lelaki biasa sahaja... average joe...  kalo projek yang berjalan lancar... abang memang memberi komitmen sepenuhnya... abang cepat2 order kabel delivery kat site on time... tambah tambah kalo ade awek cun... pagi mintak dokumen petang dah siap abang hantar... kah kah kah... tapi kalo projek itu bermasalah... tiada tanda2 nak siap awal... makanya abang pun buat bodoh je lah dengan projek tu... itu lah yang terjadi kepada dia sampai abang kene maki teruk2 sebab tak bagi dokumen yang dia nak tu... mana taknye... projek dia pun progress macam celaka je...

5) Kalau disingkap kembali... ini lah yang abang amalkan semasa belajar dulu... secara purata abang ada 5 subjek setiap semester... jadi untuk 10 semester abang ada 50 subjek... pointer abang bukan 4 Flat menuju sempurna... sebab abang hanyalah pelajar biasa yang menunggang 125 Z pakai duit mak... abang bukan seorang yang bijak sana... tapi sepanjang mengharungi 50 subjek tu... ada subjek yang abang suka gila gila dan ada subjek yang abang benci gila gila... subjek lain pula abang suka biasa biasa saja... kalo tak suka macam mana nak habiskan 50 subjek tu...

6) Jadi untuk subjek yang gila-gila abang suka macam Matematik Kejuruteraan yang ada kamiran ganda tiga tu... memang abang fokus habis habisan... semua latihan tutorial abang buat... target abang nak dapat fullmark setiap Ujian 1 dan Ujian 2... hasil minat gila gila dan usaha serta tawadu' dan beramal soleh... abang berjaya dapat fullmark untuk ujian tersebut... Cina perempuan makan babi pun pinjam buku jawapan abang yang tulisan macam cakar babi tu untuk dijadikan rujukan... Final result tu dapat lah A hasil usaha dan tawakkal...

7) Tapi bila tiba subjek yang abang benci gila gila macam Mikropemprosesan yang kene programming pakai Motorola 68K tu... siap ko!!!... memang abang target lulus je... Punye benci subjek tu... Setiap kali ada kelas MikroP pada pukul 8 Pagi keesokkannya... Malamnya abang akan main game Winning Eleven daripada pukul 12 malam sampai 6 pagi... tujuannya supaya abang mengantuk waktu kelas tu dan abang akan tido lena sebab abang memang bukan jenis tido dalam kelas... ujian jangan cerita... kalo dapat markah tu kira bersyukur lah... Dan seperti yang ditunggu tunggu keputusan akhir abang adalah D.

8) Ini sahaja lah luahan hati abang untuk malam ni...

Nota: Macam mana lah orang yang kahwin sampai tiga bini dapat berlaku adil dan sama rata... tak tercapai akal nak pikir... 

Wednesday, January 30, 2013

Purnama Retak Seribu : Syed Azidi Syed Abdul Aziz a.k.a Kickdefella

IMG_3303 by pauzikassim


IMG_3304 by pauzikassim

1) Baru-baru ni abang baru habiskan membaca sebuah buku berunsur politik... Buku ni abang perolehi secara percuma daripada seorang bekas pegawai Kerajaan yang berjawatan agak tinggi... Terus terang dia kata dengan abang dia Pro Umno... Abes abang kene sekolah dengan dia... anak muda zaman sekarang sudah lupa asal usul melayu dan perjuangan bangsa melayu katanya... senang sangat percaya dakyah-dakyah DSAI...

2) Tujuan abang jumpa sebenarnya nak bincang pasal kerja je... dalam kepala otak abang pikir mana lah load pump ni... nanti pandai lah abang beli kabel saiz ape kalo dah ade load pump tu... tapi tahan je lah dengar ceramah pagi-pagi tu... Padahal dia tak tahu yang abang ni tak kisah sangat siapa yang memimpin.. yang abang tahu dalam kepala otak abang... Gulingkan Kerajaan... itu je... ape2 hal.. gulingkan je dulu kerajaan... lepas tu baru pikir siapa yang nak memerintah... Sosialis ke... Kapitalis ke... Komunis ke... Slipknot ke...

3)  Buku ni menceritakan kepincangan pemerintahan PAS di bawah pimpinan TGNA... Gila betul si Kickdefella ni... abes semua rahsia kat Kelantan tu dia bongkar... Dia korek betul betul habis lah KEBOBROKAN Almenantunya TGNA iaitu Ir Arif fahmi yang menjadi COO dalam PMBK... Banyak lah rahsia kerajaan Kelantan yang kickdefella ni tahu... Katanye... pemerintahan TGNA dgn Almenantunya Arif Fahmi tidak ubah seperti pemerintahan Ahmad Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin yang pilih kasih... Maka betul lah kata orang... nak tegur macam mana menantu sendiri... itukan anak orang... Kah Kah Kah...

4) Lagi yang Kickdefella korek isu komisyen duit kayu balak yang perlu disalurkan ke tabung PASTI... di mana tabung PASTI adalah NGO yang berkait rapat dengan PAS... segala surat surat abes si Kickdefella letak dalam buku tu... kesian pulak aku tengok PAS bila rahsia ni terbongkar ke seluruh Malaysia...

5) Sedikit sebanyak terpengaruh jugak lah abang dengan fakta fakta yang ada dalam buku tu yang memberi impak negatif... Hm... nak buat macam mana... kita hanya ada dua parti yang mengaku Islam dan Melayu iaitu PAS atau UMNO... tapi tak tahu mana satu yang lebih kuat dakwaan dia lah melayu dia lah Islam... abang takut ada yang jual agama je... kat Malaysia ni orang pakai serban senang je nak jual agama... sama macam mat saleh kapir makan babi minum arak jual barang kat malaysia... semua percaya barang mat saleh ni bagus...

Nota: abang rakyat yang marhaen ni serabut lah nak pangkah mengundi nanti...

Sharifah-Zohra-Jabeen1 by pauzikassim
Kah kah kah... Ini minah adalah pejuang melayu sebenarnya... Kah kah kah 
Kah kah kah... dia ni kuat dalam memperjuangkan hak melayu....kah kah kah
 sampai KIMA pun tak mengaku dia adalah salah seorang ahli persatuan tu... Kah Kah Kah...

Wednesday, January 16, 2013

Selamat Datang Tahun 2013

1) Abang rasa masih belum terlambat lagi nak ucapkan selamat tahun baru... Kah kah kah... celaka ape orang dah tengah bulan duit dah nak kering... ko baru nak wish tahun baru...

2) Mana taknye... abang ambik cuti panjang selama 14 hari bermula 31 Disember 2012 sampailah 14 Jan 2013... abang tak ke mana pun... abang hanya bertapa di rumah sahaja bagi membuat persediaan menghadapi jihad... ye abang sedang berjihad... abang tak mampu angkat senjata di Gaza... abang bukan jenis frontman... abang bukan jenis yg suka jaringkan gol mencipta nama tapi abang jenis penggerak dari belakang... jenis main wing kanan menghantar bola tepat kepada penyerang supaya mereka dapat menjaringkan gol dan mencipta nama (sembang kencang jap)...

3) Seperti biasa... bila sampai tahun baru... maka masing masing akan memasang azam baru... tidak kisah lah buat azam tahun baru ikut kalender Maya ke... Kalender Hijrah ke... kalender Al Masih ke... yang penting bila kita pasang azam... perlu lah dirancang supaya perlaksanaan menjadi mudah dan azam tercapai... Abang jarang pasang azam ikut tahun... abang main lima tahun punya perancangan terus... Tengok lah apa jadi pada abang akan datang... masih punk rock lagi ke?... Heavy Metal ke? Grunge ke? atau ahli politik... listen... listen... listen... let me speak...

4) Bila tahun baru dah sampai... maka umur pun dah meningkat... yang bujang bertemu dengan dara terus mendirikan rumah tangga cepat cepat bagi mendapatkan pahala sembahyang brjemaah... bagi yang loser... maka membujanglah dirinya merenung poster di dinding sebelum tido (poster jantan pulak tu)... Yang sudah ada anak pulak... maka menghitung tahun lah daripada merangkak... berdiri... kayuh basikal... masuk pra sekolah dan seterusnya darjah satu dua tiga empat... Kelihatan masa berlalu dengan pantas...

IMG_2594 by pauzikassim
Lihat...Kapir minum arak makan babi pun pentingkan masa... dia tahu dengan masa yang diberikan... berbagai peluang dan kejayaan dapat dicipta...

5) Ya masa!!!... Memang manusia dalam kerugian jika tidak menggunakan masa sebaik yang mungkin... pejam celik kita dah cukup sebulan dan mendapat gaji... maka menghitung lah hari untuk gaji pada bulan berikutnya... Bagaimana kita menggunakan masa kita?? pada waktu malam selepas keje buat ape? weekend pula kita buat ape? Rasa kecut perut pulak bila bincang masa... dan kita selalu mengeluh berkata... Alamak... tak sempat lah... tak de masa lah... maka... beribu alasan dicipta dan masa terus meninggalkan kita... Terus memotong kita... dan selepas itu, penyesalan sudah tidak ada guna... tidak dapat mengembalikan masa yang dah lepas... tidak dapat dikembalikan kekasih lama yang sudah meninggalkan kita...

Kesimpulan: Mari lah kita gunakan masa yang ada sebaik mungkin... semaksima yang boleh untuk kebaikkan diri kita dan ummah sejagat...

Sementara itu... moto kesayangan abang telah dijual semalam... moto Yamaha 125 Z yang dibeli kan oleh mak abang pada tahun 2003... abang demand dulu... kalo bagi moto Kriss... abang cakap tak nak datang kelas... jadi mak abang pun belikan lah 125Z ni...

Moto ni banyak sangat kenangan... memang sedih lah nak dijual... Moto ni dah jauh bawak abang berjalan... Abes je exam terus ke Kota Tinggi dan Desaru... malam minggu pula.. port lepak Stulang dengan Pantai Lido... Highway PLUS JB ke Klang pun moto ni dah lalu sampai abes minyak lah...

Cuti sem pula... port racing Jalan Kg Raja Uda... bawak ke Tanjung Harapan... ada duit lebih sket pusing area Sogo lepas tu ke Uptown Legend... Oleh yang demikian... kepada sesiapa yang pernah menunggang atau membonceng moto ni... sama sama lah kita ucapkan selamat tinggal... pergilah ke tuan baru mu...

IMG_2798 by pauzikassim
Orang pernah kata kalo abang bawak moto ni sekali imbas macam Farid Kamil Remp It... kah kah kah... ini lah gambar terakhir bersama moto Yamaha 125Z ni...