Monday, January 24, 2011

Aku Main Bola Padang

Pada 21 Januari yang lalu aku telah dipanggil oleh company aku untuk mewakili pasukan bola sepak bagi menjayakan perlawanan persahabatan antara perunding dengan Client... perlawanan tersebut antara Megajati Vs FINAS bertempat di Padang Bola DBKL pukul 8 malam... Bila aku dengar je nama FINAS bertambah beria-ia aku nak main mewakili company aku... mana tak nye mesti ade artis turun tu kata kawan aku yang pancing aku supaya main bola malam tu... Tapi malang... hidup aku ini mudah dikencing oleh rakan taulan maupun kontraktor... Tiada satu artis pun yang turun... hanya technician2 FINAS yang selalu main bola je ade turun... 

Seperti biasa masalah disiplin kedatangan aku tak pernah berubah-ubah walaupun dah pasang azam baru untuk hadir tepat waktunya bagi sebarang appointment... Kelewatan aku tiba di padang pada pukul 8:15 membuatkan pengurus pasukan aku buat muka belok dia atau muka ketat...

Posisi yang diorang paksa aku main adalah posisi yang agak ngeri tu... iaitu bermain sebagai penyerang... ambik ko!!! Dengan sedikit ilmu yang ada itu pun hanya berbekal menonton perlawanan Manchester United sahaja maka aku pun cuba lah praktikan apa yang Park Ji Sung atau Berbatov selalu buat bila jadi striker...

Ini gaya sepak yang selalu aku buat masa training...

Ini gaya aku menyindir Ref sebab asik tangkap aku masa Off Side dan tak nak bagi penalti masa aku jatuh kat kotak penalti sebab asik kene tindas je dengan defend diorang...

Ini Awek Korea... Dia tak de kene mengena dengan aku...

Disebabkan gaya-gaya di atas dan tenungan Awek Korea maka pasukan aku telah tewas sebanyak 3-0 dan seperti biasa tiada jaringan disumbangkan oleh aku... sebab tu result dia 3-0 haha...

Belakang aku adalah pengurus yang buat muka belok sebab masalah disiplin aku...

Terkial-kial nak pakai but sponsor...

Sponsor by Syarikat yang nak lari bayar cukai kerajaan...Siap mintak resit...


Nama: Mohamad Pauzi Bin Mohamed Kassim
Umur: 27 Tahun
Tinggi: 172 Cm
Berat: 58 Kg
Posisi: Wing kanan... kadang-kadang striker...
Kelab Terdahulu: Kg. Delek Kanan FC
Kaki Hidup: Kaki Kanan je... Kiri pengkau sket
Finishing: 3/20
Tactical: 2/20
Speed: 8/20
Appearance: 18/20 (Bawah sket dari Beckham) atas sket dari Anderson...

Ini Anderson




Friday, January 21, 2011

Apa Itu Diversity Factor?

Diversity Factor adalah Bahasa Inggeris dan apabila diterjemahkan dalam bahasa melayu adalah Faktor Kepelbagaian dan jika anda tidak faham juga maksudnya anda adalah Fak Yu hahaha....

Tapi menurut kefahaman aku yang waras dan akil baligh adalah  Diversity Factor ni bole lah dimaksudkan dengan peratusan kepenggunaan bekalan elektrik untuk mendapat kehendak maksima bekalan elektrik berbanding Jumlah Beban Tersambung (Total Connected Load)...

 Maximum Demand = D.F x TCL

Kenapa perlu ada Diversity Factor?

Dalam merekabentuk atau menentukan saiz kabel, transformer, genset atau circuit breaker... diversity factor ini yang akan menentukan keperluan bekalan elektrik dan segala rekabentuk peralatan elektrik hendakalah berdasarkan beban maksimum bagi mengelakkan rekabentuk tersebut membazir... sebagai contoh salah satu projek aku di Hospital Kelantan di mana Client aku telah meminta saiz genset direkabentuk berdasarkan TCL  Essential kerana katanya hospital adalah kritikal... akibatnya saiz genset yang sampai di tapak teramatlah besar dan mampu membekal bekalan elektrik ke sekitar bandar di situ... siapa salah?? orang yang sain drawing jugak yang salah... itu lah manusia suka lepas tanggunggjawab bila ada masalah...

Diversity Factor ini juga penting kerana kita perlu mengisytiharkan bekalan elektrik maksimum ke pada pihak pembekal elektrik macam TNB jika di Malaysia atau pun S.E.C (Saudi Electrical Company) jika di Arab Saudi...  Jika di Malaysia, bagi Kompleks Kerajaan memadai lah dengan mengisytihar Maximum demand dari pukul 6 Pagi sehingga 8 Malam dan Hotel perlu diistiharkan dua masa iaitu 6 Pagi - 6 Petang dan 6 Petang - 6 Pagi esoknya berbeza di Arab saudi atau negara-negara yang ada 4 musim di mana anda perlu mengishtihar M.D pada musim sejuk dan panas kerana suhu di sana agak melampau... Hal ini kerana pihak pembekal dapat membekal bekalan se optimum tanpa pembaziran...

Apa akan jadi jika Maximum Demand yang kita declare ke pihak pembekal terlalu tinggi atau rendah berbanding penggunaan sebenar?

Jika terlalu tinggi sehingga penggunaan bekalan elektrik tidak melibihi 75% dalam jangka masa 5 tahun... Pemilik bangunan tersebut akan didenda oleh pihak pembekal dengan amaun yang agak banyak lah aku pernah tengok...

Jika terlalu rendah pula... ini adalah salah satu mala petaka paling besar dalam hidup anda kerana mungkin anda perlu ganti transformer atau genset baru yang lebih besar sebab premis tersebut akan sentiasa trip atau putus bekalan nya...

Di bawah adalah jadual atau garis panduan bagi Diversity Factor yang aku guna selama ini... Jadual ini hanya berkesan untuk final circuit sahaja... jika ke peringkat SSB dan MSB anda perlu berbincang dengan pihak pembekal elektrik untuk menentukan Group Diversity Factor... Berdasarkan pengalaman aku TNB membenarkan hanya 0.7 sahaja bagi Group Diversity Factor kerana mereka tak pernah percaya dengan orang macam aku kerana asik mintak bekalan elektrik besar-besar sehingga bole menyebabkan pembaziran...

Anda juga perlu tahu D.F adalah subjektif bagi seseorang engnr dan berubah-ubah mengikut sesuatu keadaan... Jadi anda perlu ingat bahawa sebenarnya anda lah yang menentukan DF tu dan jika rekabentuk sistem elektrikal anda terlebih atau terkurang keperluannya, anda lah orang yang bertanggungjawab dan anda kene redha dengan pilihan anda kerana hidup ini penuh dengan kebarangkalian... Hari ini anda OK esok mana tau KO...

Gud Luck Dude... see u guys next time hope u guys enjoy our last song... "Psychosocial"... sambil aku ambik gitar dan mula strum... 


Bangunan

Sekolah

Kesihatan



Masjid

Dewan

Asrama

Dewan Makan / Kantin

Pejabat

Makmal

Kuarters
Essential
Non-Essential
Sekolah
Eksekutif
Komputer
Sains

Lampu/Kipas


0.8

0.8

0.9

0.9

0.8

0.8

0.8

0.8

0.8

0.8

0.8

0.8

13 A S/S/O


0.1

0.4

0.4

0.4

0.4

0.1

0.4

0.4

0.4

0.6

0.6

0.5

AC Motor Pump


1

1

1

1



1

-

1

1

1

1

1

1

Outdoor Lighting


1

1

1

1

-

-

-

-

1

1

1

-

Water Heater


-

-

-

-

-

-

1

1

-

-

-

1

Cooker Unit


1

1

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Isolator


1

1

1

1

1

1

1

1

1

-

-

-













Thursday, January 20, 2011

Terjawab Sudah Teka Teki Menganai RE dan Kebutaan Teknologi (IT) Aku...

Akhirnya terjawab sudah teka teki mengenai keputusan temuduga bagi jawatan Resident Engineer yang dirujuk sebagai RE di Kompleks kerajaan Precint 4 Putrajaya pada 17 Januari yang lalu...

Tahniah kepada staff dari Perunding Hashim & Neah yang telah berjaya memancung aku time corner bagi merebut jawatan tu... Itu lah rezeki orang kata...

Sedikit riak muka kecewa Bos Besar aku terpapar ketika memberitahu aku tadi mengenai jawatan RE tersebut bukan milik staff dia walaupun Bos Besar aku telah menulis surat sokongan dan merayu cuba meyakinkan pelanggan dia iaitu PJH tentang kewibawaan dan kehebatan aku..pauzi." You ni... wat malu I saja Pauzi "... Kata Bos aku sambil berseloroh...

Tapi apakan daya kerana Interviewer tu tak nampak konfiden aku ketika mereka bertubi-tubi menyoal aku pasal rekabentuk Sistem ELV... Ada ke diorang bole tanya aku Video Projection System pakai sistem apa?? lepas tu bole plak dia tanya aku pasal teknologi Projection system yang baru apa dia?? termengah-mengah jugak lah aku nak jawab... Aku ni dah lah bukan high tech punye orang tambahan pulak aku adalah buta IT....

Dengan selamba aku lawan balik penemuduga tu kerana berasa bengang dengan berkata " Tak pe Encik... Saya Engineer... Sebagai Engineer apabila dapat drawing pasti dia bole menganalisis... So Encik tak perlu tanya pasal Teknologi semasa kerana kita tak kan terkejar dengan teknologi... Hari ini encik kata Video projection pakai cable VGA... Lepas tu Astro dah pakai HDMI... mana tau minggu depan plak Astro pakai teknologi lagi cangih plak macam Piring Astro yang besar tu tukar pakai  piring saiz pendrive cucuk je kat LCD TV.... 

Semua soalan dia adalah mengenai ELV semata kerana orang suka tengok bende berteknologi macam Video Conferrece, CCTV, Internet, LCD TV dan segala bende high tech lah berbanding bende bende peralatan elektrik kuno macam Transformer, ACB, MCCB yang sememangnya kegemaran aku...

Memang aku setuju kerana mana-mana projek masa aku handover mesti Client aku suka sangat nak tengok sistem CCTV lah... Nak check sound sistem dewan lah... berbanding tanya pasal apa itu genset atau transformer...

Oleh yang demikian kembali semula aku menjaga projek aku yang berlambak dan sedikit terganggu perjalanan career aku kerana nak tunggu jadi RE next year baru ada huhu.... Walau bagaimana pun kegagalan aku ni telah menggembirakan Bos Kecik pulak kerana dia tak perlu risau nak cari pengganti aku bagi mengganti kerja-kerja dia hehe...

Moral nya.... sesuatu yang berlaku ada hikmah, nikmat dan dugaanya... Tiba-tiba aku berasa air mata mula menitik di pipi aku ketika sedang taip post ni... patut lah masin je aku rasa dari tadi...


Labtop 'Apple' aku yang high tech ni hanya aku guna untuk baca tab Guitar Pro dan buat kerja sahaja...
Iphone orang bagi ni plak semata untuk buat set appointment reminder aku sahaja berbanding orang lain yang begitu banyak application nye... 

Yang ini aku fully utilize sebab aku bukan orang yang kejar teknologi...

Monday, January 17, 2011

Apa Itu RE?

dah beberapa hari aku tak boleh tido malam... mana tak nye bos aku telah menawar aku satu jawatan yang agak penting iaitu RE sebagai salah satu keperluan atau ujian bagi program perintis company aku yang di beri nama " Successor Program" setelah aku menolak sekeras-kerasnya untuk stay di Makkah.... apa kah itu program?? Secara amnya bos aku nak train engnr dia untuk berjaya sebagai engnr dan menawarkan jawatan Associated Director pada sesiapa yang berjaya... Banyak step yang perlu dibuat macam kene sambung master... lepas tu kene dapatkan Ir... lepas tu kene bertapa kat site lah... jadi pelatih pada budak praktikal dan T.A lah dan macam-macam...Itu lah dia program tu... dia kata tak mau masa depan engnr dia terumbang ambing tanpa jaminan jangka masa panjang... So aku sebagai salah seorang yang dipilih kene lah akur dengan arahan dia...

Jadi sebagai langkah pertama dia telah mengarahkan aku untuk pergi interview RE bagi memastikan rekabentuk aku itu praktikal di tapak. Jadi projek yang dipilh adalah Kompleks Kerajaan di Presint 4 dan ianya bergantung dengan keputusan temuduga dengan client aku iaitu PJH dan bos aku juga adalah salah satu penel penemuduga pada pagi ini tarikh post ini kuar haha... Untuk makluman korang job kat putrajaya semua material jenis high spec dari skop Arkitek , C n S dan Mn E. So diorang memerlukan orang di tapak juga adalah jenis high spec iaitu yang berpengalaman, berkarisma, segak, tampan, rambut perang ala-ala dress-up vokalis Panic at The disco, akil baligh, jauh dari sifat keinginan nafsu duniawi, integriti senang citer lengkap lah kalo buat calon menantu...

Tapi mana lah aku ade pengalaman jadi RE iaitu Resident Engineer... Aku maki RE adalah selalu kat projek projek aku ni haha ... Tapi tak pe sebagai salah seorang sucessor program aku akan sahut cabaran tu... Aku akan citer kat korang apa tanggungjawab RE secara terperinci jika inetrbiu aku berjaya... Secara amnya RE ni boleh lah korang samakan dengan Pengawas masa sekolah menengah yang selalu dibenci oleh budak-budak nakal... Aku juga akan cite kat korang mengenai citer Resident Evil (RE jugak) dari yang first sampai yang hok nak kuar nanti iaitu Trailer Resident Evil : Afterlife... heroin dia 'cara' tu beb.... Nanti kuar kat wayang kita gi tengok...


Inilah heroin yang aku cakap ni si Milla ni... Dia pun RE gak sebenarnya... Aku harap adalah RE macam dia kat Malaysia ni

Yang Mila in the house ni bukan RE... Tapi masih single lagi... kalo korang nak berkenalan bagitau je lah... nanti aku ajak dia lepak sama




'Resident Evil: Afterlife' Trailer HD

Saturday, January 15, 2011

Perlu Kah Aku Pasang Azam Baru Setiap Tahun Baru?

Woooo..... sudah lima belas hari aku meninggalkan tahun 2010... orang lain dah ada azam baru tapi aku masih terkial-kial nak cari azam baru... aku teringat dulu aku ada kawan nama Azam... masa tu aku merempit bersama dia naik motor 125Z aku kat Jalan Kg Raja Uda (K.R.U) menghala Port Klang... dapat lah main satu kilo lepas tu lepak Tanjung Harapan sampai pukul 4 pagi berlatih wikang sambil menghirup bau hanyir air laut... Lepas tu aku tak tahu apa jadi dengan Azam lepas dia pindah dari Klang... Aku tak tahu yang dia dah pasang azam baru ke walaupun nama dia Azam atau mungkin tak perlu sebab nama dia dah azam... Adakah nama mempengaruhi diri kita kerana aku pernah berkawan dengan orang nama Taufik (Lelaki) dan Hidayah (Perempuan) tapi aku masih berasa belum dapat hidayah atau taufik (petunjuk)....


Ini lah motor yang aku pinjam dari somebody untuk aku gi kelas masa UTM dan merempit kat Tanjung Harapan... 
Ini body asal moto yang aku pinjam tu...


Rossi: Tak pelah ji... lu pakai jelah moto gua tu... kalo lu tak nak pakai bagi je lah kat Pak Kassim... Gua sekarang dah main kategori GP 500cc... 
Poji: Ek eleh lu... gua sekarang tak layan lah Mat Rempit... Gua naik kereta yang ada bumbung... Tapi tak pe... Gua dah tanye Pak Kassim dia nak moto tu... dia nak beli ikan kat Econsave senang sket...

Apa-apa pun aku berharap orang di atas telah memasang azam baru masing-masing... Kembali kepada luahan perasaan aku pasal azam tahun baru aku ni... Punya lah aku bermuhasabah diri setiap malam sebelum tidur, tiba-tiba aku terdapat satu ilham... kenapa perlu aku pasang azam baru sedangkan aku tahu aku tak akan dapat tunaikan!! So, tak payah lah berazam... Lalu aku bermuhasabah lagi... tiba-tiba aku dapat rasa kan diri aku ni masih banyak bende-bende negatif yang perlu dihapuskan sebelum aku memperolehi kebaikan untuk diri sendiri dan juga alam sejagat... Hm... lantas aku mendapat ilham bahawa azam tahun ni adalah membuang segala bagai negatif yang ada pada diri ku terlebih dahulu... 

Teringat pulak aku kisah sahabat Nabi iaitu Saidina Omar yang mempunyai iman yang tinggi... tetapi masa tu meminum arak masih belum jatuh hukum haram... Lalu pada suatu hari Saidina Omar menjadi Imam solat... tiba-tiba dia tersasul membaca surah al-kafirun yang membawa maksud menyamakan tuhan kafir dan Islam kerana beliau dalam keadaan mabuk selepas minum arak... Lantas bagi melindungi Iman orang Islam maka turunlah ayat Al-Quran yang mengharamkan arak... Dengan serta-merta Saidina Omar dan orang islam masa tu membuang segala arak yang ada di rumah dengan serta-merta... Cuba korang lihat... dengan Iman yang tinggi... segala suruhan dapat dilaksanakan dengan ikhlas tanpa memberi alasan macam-macam... Ini tak, bila tanya dalam senarai azam korang yang merokok... pasti aku tahu memang korang tak kan ada azam nak berhenti merokok kan... maka datanglah seribu satu alasan tak nak berhenti merokok kan...

Apa bende negatif yang perlu aku buang supaya aku boleh jadi baik untuk diri sendiri, bangsa, agama dan alam sejagat ini??

Dari Segi Agama
1) Memastikan yang aku tidak meninggalkan solat lima waktu tanpa sebab yang darurat...
2) Memastikan yang aku tidak akan meninggalkan walaupun sehari puasa di bulan Ramadhan...

Dari Segi Kekeluargaan
1) Memastikan aku tak kan melawan atau meninggi suara dengan Ibu bapa aku...

Dari Segi Kerja
1) Memastikan aku tak kan lewat menghadiri sebarang mesyuarat atau temujanji....
2) Memastikan aku tidak menangguhkan sebarang kerja yang telah dipertanggungjawabkan...
3) Memastikan tiada diskriminasi terhadap pelanggan aku...
4) Memastikan aku tidak bermain Facebook kerana aku ada tabiat membaca semua status orang sehingga memakan masa dua jam nak habis baca semua post yang terkini... kali aku hanya komen ape yang ade orang tag kat aku sahaja...

Dari Segi Hubungan Sahabat Dan Masyarakat
1) Memastikan tiada sahabat aku sakit hati dengan aku... Hahaha... aku perlukan sokongan yang ni...
2) Memastikan tiada gadis-gadis tidak sakit hati dengan aku dengan memastikan mereka sentiasa gembira dengan aku.... Mungkin aku akan merelakan jari-jari aku ni digigit oleh mereka walaupun sakit teramat sangat...

Hm... aku rasa banyak gak lah bende negatif yang masih ada pada aku... Jadi mulai saat ni maka aku akan memulakan dengan membuang segala yang negatif dulu... lepas menjadi... Baru lah aku rasa next two or five years nanti nak pasang azam yang positif macam nak naik pangkat ke? nak rumah besar ke? dan segala macam lah azam typical orang selalu cakap...




Monday, January 10, 2011

Al Jamiah Al Khairiah Hospital Makkah

Aduyai… job hospital Makkah aku dah mula balik… lepas je bos aku balik dari Makkah… terus dia panggil aku dengan partner aku ke dalam bilik dia… seperti biasa satu makian dan cacian telah hinggap ke gegendang aku dan partner aku…

Mana tak nye… masa bos aku gi Makkah nak present drawing, menangis pak arab tu nak baca drawing aku… rupa-rupanya patner aku telah print drawing saiz A3… mengamuk lah pak arab tu sampai dia ungkit kat kontrak kene print scale 1:200… Aku sampai skarang pun tak tau nak scale dwg tu sebenarnya… Tabiat buruk aku adalah melempar dwg ke draftman aku sambil memberi arahan tanpa mempelajari ilmu AutoCAD diorang…

So, disebabkan azam tahun baru… aku telah mengikhlaskan diri aku apa-apa jalan atau kerja yang lebih mendekati keagamaan perlu dilaksanakan bersungguh-sungguh… sebagai contoh job Hospital Makkah ni… Aku perlu berkerja keras untuk mendapatkan job ni kerana kedudukan nya adalah di Makkah… So ini je lah satu-satunya peluang aku untuk ke Makkah bagi menunaikan Umrah atau Haji tanpa perlu kumpul duit macam nenek aku yang dah tua baru dapat pergi Makkah atau kumpul duit untuk pergi bercuti ke tempat tempat lain macam Milan lah… Bali lah… tanpa mengutamakan destinasi ke Makkah terlebih dahulu bagi yang muda dan berkemampuan… (Rujuk Rukun Islam Ke Lima).

Banyak penemuan baru yang telah aku jumpa dalam lukisan Pak Arab ni… aku akan ceritakan bagaimana konsep, rujukan dan standard atau spec yang akan digunakan selepas kerja design aku siap sepenuhnya… Ini bukan job JKR yang pakai spec LS 1 yang guna British Standard tu… ataupun dealing dengan TNB yang sangat mudah bagi power supply tapi amat berkira dengan Correction Power Factor dan Maximum Demand berbanding Saudi Elec Co (S.E.C) yang tiada standard…

Cuma aku masih tak dapat mempertimbangkan arahan bos aku untuk stay sana terus jadi Resident Engineer kat Makkah tu sekurang-kurang nya tiga tahun huhu… Sory bos… saya ni jenis Homesick… Home Sweet Home tak pun Home Soy… 





Cross Section view dari arkitek aku... aku tengah pening mana nak letak transformer aku...