Friday, January 21, 2011

Apa Itu Diversity Factor?

Diversity Factor adalah Bahasa Inggeris dan apabila diterjemahkan dalam bahasa melayu adalah Faktor Kepelbagaian dan jika anda tidak faham juga maksudnya anda adalah Fak Yu hahaha....

Tapi menurut kefahaman aku yang waras dan akil baligh adalah  Diversity Factor ni bole lah dimaksudkan dengan peratusan kepenggunaan bekalan elektrik untuk mendapat kehendak maksima bekalan elektrik berbanding Jumlah Beban Tersambung (Total Connected Load)...

 Maximum Demand = D.F x TCL

Kenapa perlu ada Diversity Factor?

Dalam merekabentuk atau menentukan saiz kabel, transformer, genset atau circuit breaker... diversity factor ini yang akan menentukan keperluan bekalan elektrik dan segala rekabentuk peralatan elektrik hendakalah berdasarkan beban maksimum bagi mengelakkan rekabentuk tersebut membazir... sebagai contoh salah satu projek aku di Hospital Kelantan di mana Client aku telah meminta saiz genset direkabentuk berdasarkan TCL  Essential kerana katanya hospital adalah kritikal... akibatnya saiz genset yang sampai di tapak teramatlah besar dan mampu membekal bekalan elektrik ke sekitar bandar di situ... siapa salah?? orang yang sain drawing jugak yang salah... itu lah manusia suka lepas tanggunggjawab bila ada masalah...

Diversity Factor ini juga penting kerana kita perlu mengisytiharkan bekalan elektrik maksimum ke pada pihak pembekal elektrik macam TNB jika di Malaysia atau pun S.E.C (Saudi Electrical Company) jika di Arab Saudi...  Jika di Malaysia, bagi Kompleks Kerajaan memadai lah dengan mengisytihar Maximum demand dari pukul 6 Pagi sehingga 8 Malam dan Hotel perlu diistiharkan dua masa iaitu 6 Pagi - 6 Petang dan 6 Petang - 6 Pagi esoknya berbeza di Arab saudi atau negara-negara yang ada 4 musim di mana anda perlu mengishtihar M.D pada musim sejuk dan panas kerana suhu di sana agak melampau... Hal ini kerana pihak pembekal dapat membekal bekalan se optimum tanpa pembaziran...

Apa akan jadi jika Maximum Demand yang kita declare ke pihak pembekal terlalu tinggi atau rendah berbanding penggunaan sebenar?

Jika terlalu tinggi sehingga penggunaan bekalan elektrik tidak melibihi 75% dalam jangka masa 5 tahun... Pemilik bangunan tersebut akan didenda oleh pihak pembekal dengan amaun yang agak banyak lah aku pernah tengok...

Jika terlalu rendah pula... ini adalah salah satu mala petaka paling besar dalam hidup anda kerana mungkin anda perlu ganti transformer atau genset baru yang lebih besar sebab premis tersebut akan sentiasa trip atau putus bekalan nya...

Di bawah adalah jadual atau garis panduan bagi Diversity Factor yang aku guna selama ini... Jadual ini hanya berkesan untuk final circuit sahaja... jika ke peringkat SSB dan MSB anda perlu berbincang dengan pihak pembekal elektrik untuk menentukan Group Diversity Factor... Berdasarkan pengalaman aku TNB membenarkan hanya 0.7 sahaja bagi Group Diversity Factor kerana mereka tak pernah percaya dengan orang macam aku kerana asik mintak bekalan elektrik besar-besar sehingga bole menyebabkan pembaziran...

Anda juga perlu tahu D.F adalah subjektif bagi seseorang engnr dan berubah-ubah mengikut sesuatu keadaan... Jadi anda perlu ingat bahawa sebenarnya anda lah yang menentukan DF tu dan jika rekabentuk sistem elektrikal anda terlebih atau terkurang keperluannya, anda lah orang yang bertanggungjawab dan anda kene redha dengan pilihan anda kerana hidup ini penuh dengan kebarangkalian... Hari ini anda OK esok mana tau KO...

Gud Luck Dude... see u guys next time hope u guys enjoy our last song... "Psychosocial"... sambil aku ambik gitar dan mula strum... 


Bangunan

Sekolah

Kesihatan



Masjid

Dewan

Asrama

Dewan Makan / Kantin

Pejabat

Makmal

Kuarters
Essential
Non-Essential
Sekolah
Eksekutif
Komputer
Sains

Lampu/Kipas


0.8

0.8

0.9

0.9

0.8

0.8

0.8

0.8

0.8

0.8

0.8

0.8

13 A S/S/O


0.1

0.4

0.4

0.4

0.4

0.1

0.4

0.4

0.4

0.6

0.6

0.5

AC Motor Pump


1

1

1

1



1

-

1

1

1

1

1

1

Outdoor Lighting


1

1

1

1

-

-

-

-

1

1

1

-

Water Heater


-

-

-

-

-

-

1

1

-

-

-

1

Cooker Unit


1

1

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Isolator


1

1

1

1

1

1

1

1

1

-

-

-













5 comments:

  1. FYI..bukan diversity yang ni aku nak.aku nak yang average.yang kene kira minimun dan maximun.contoh 5 buah semi D nak 2 buah shop lot dan 2 buah double storey

    ReplyDelete
  2. itu basic... ko engineer kan... ko kene lah terbit kan rumus untuk sesuai kan dengan masalah dan keadaan ko...

    sebab ko jugak akan dipertanggungjawab kan...

    ReplyDelete
  3. Salam. boleh x explen dgn lebih detail tentang maximum demand.mcm mna nk elak kena penalti. Maxmum demand skrg sebanyak 1,174 kwh, yg di declared sebanyak 3,245 kwh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maximum demand dalam unit kW... bukannya dalam unit kwH...
      tapi kita cuba selesaikan dengan menganggap operation 8h...
      Sekarang: 1174kwh/8h = 146.75 kw
      Declared 3245kwh/8h = 405.62 kw

      146.75/405.62 x 100% = 36%... minimum TNB bagi adalah 70%...
      jika bawah daripada 70%... TNB akan bagi penalty setiap kW yang berkurang dari declared iaitu 405.62 - 146.75 = 258.87kW x RM45 = RM 11,649.15...

      Delete
  4. jauh sangat beza ni... kene declare new demand dgn TNB... ape2 hal email kat pauzi_84@yahoo.com

    ReplyDelete