Monday, January 3, 2011

Rock The World 10, Final AFF Suzuki & Perhentian Bas

Pada 26 Disember yang lalu... aku telah menghadiri satu konsert tahunan yang memang selalu diadakan pada hujung tahun iaitu Rock The World 10 di Tempat Letak Kereta Stadium Bukit Jalil... Hm... aku tak tahu kenapa lah si Jason Lo ni pilih tarikh 26 Disember sebagai tarikh konsert tersebut... Dia mungkin tak sangka kot yang Malaysia boleh pulak layak masuk final AFF Suzuki tu...

Mengenangkan ini adalah konsert terakhir RTW yang akan aku pergi (Lepas ni tak gi sebab aku dah dewasa haha...)... maka ku gagahkan gak lah langkah nak pergi konsert tersebut... Tepat pukul 4 petang aku tiba di Bukit Jalil... Serabut memang serabut lah... mana tak nye ada tiga acara yang ada kat Bukit Jalil tu sekali serentak

1) RTW yang bermula dari pukul 10 pagi sampai malam
2) Final First Leg AFF antara Malaysia Vs Indonesia... game pukul 8 beb... tapi pukul 8 pagi lagi dah ade orang Indon kat stadium tu... ( Cleaner stadium yang berwarganegara Indon).
3) Perhentian Bas sementara menggantikan Puduraya yang beroperasi dari pukul 8 Pagi sampai tengah malam... dengar kata subcon aku yang buat projek upgrading Puduraya tu memang akan delay sampai bulan 3- 2011...

RTW kali ini hanya mampu menyediakan dua stage je yang ditaja oleh ELEVATE dan Tune Talk berbanding RTW terdahulu aku gi masa kat Stadium Merdeka siap ade tiga stage tu... Secara amnya memang menarik konsert tersebut kerana aku bole menghayati bermacam-macam genre muzik yang sememangnya 100% buatan malaysia... Malaysia Boleh beb...





Inilah perhentian bas sementara yang menambah kan lagi kesesakan... tak pasal-pasal pak cik bawak bas layan lagu hardcore yang bunyi nye datang dari Bukit Jalil

Ini adalah Aru Koffin Cancer... Umur dia sama dengan bapak aku.. tapi rambut masih dreadlock...

They Will Kill Us All

Band hardcore ni main

Rina Fly FM selaku pengacara majlis

Berhenti bagi menghormati waktu asar

Ini lah tempat perlawanan antara Harimau Malaya Dan Garuda...

Tahniah pada skuad Harimau Malaya... kerana anda menang... gua telah membatalkan segala appointment dan mesyuarat gua pada 31-12-2010 yang lalu bagi merayakan bersama skuad Rajagobal... Aummmm!!!!


No comments:

Post a Comment