Saturday, December 31, 2011

Tamat Sudah Kerja-Kerja Di Utara...

P1130450 by pauzikassim
Gambar dikala siang hari... logo belum pasang lagi...

1) Selasa dan Rabu ari tu aku telah menghadiri pemeriksaan terakhir sebelum orang lain boleh duduk kat bangunan tu... tapi tak sempat nak check... orang dah berduyun-duyun pindah menyebabkan keadaan agak huru hara...

2) Ini adalah projek ketiga dan terakhir aku di utara yang akhirnya berjaya juga disiapkan... fuh!! lega hati aku... tak payah aku nak terbang jauh2 ke Utara lagi lepas ni.. terima kasih kepada mereka semua yang menyiapkan bangunan tersebut untuk kemudahan penduduk Kangar buat IC depa lepas ni...

3) Walaupun banyak masalah yang ditempuhi seperti bertekak dengan pegawai syarikat pemberian bekalan elektrik  pasal mati-mati tak nak pasang trasformer... diikuti dengan sindir-menyindir dengan pegawai yang pasang kabel telefon sebab manhole pasang ikut suka hati... namun berjaya jugak disiapkan dan dengan ini gua memaklumkan gua sudah habis kerja di Utara walaupun ada desas-desus bertiup kencang yang aku akan terlibat dalam projek pasang rel keretapi pulak lepas ni kat Padang Besar...

Betul ke u terlibat dalam projek pembinaan landasan rel selepas ini di Utara?


Saya tidak pasti bagaimana anda semua tahu akan cerita ni?? saya tidak ingin mengulas lanjut berkenaan isu tersebut... apa yang saya boleh maklumkan buat masa ni tiada arahan rasmi dan tuan-tuan hanya boleh lah anggap berita ni hanya gossip2 hangat yang sengaja dibuat2 oleh pihak tertentu...


Tapi bagaimana pula masa depan u jika u menafikan penglibatan u terhadap isu di Utara tersebut?


Ia... saya mengerti dengan tamatnya projek di Utara saya hanya mampu memanaskan kerusi simpanan selepas ini... hal ini akan dibincangkan oleh agen saya bersama pihak pengurusan dalam masa terdekat memandangkan kontrak saya masih berbaki sehingga 2013 dan musim perpindahan juga sudah dibuka pada bulan hadapan... kita tunggu sahaja apa kata putus dari agen saya...

Begitulah gua merapu pada wartawan kah kah kah... entah mana diorang dengar khabar angin tu...

P1130428 by pauzikassim
Ini gambar waktu malam... pening jugak lah nak design facade bangunan ni... amacam ade taste tak gua...

P1130445 by pauzikassim
gua macam biasa... keje ciput je tarik kabel dengan pasang lampu... tapi dia punye riuh sembang kencang seolah-olah dia lah yang tanam piling... dia lah yang pilih cat... dia lah segala-galanya senang citer yang bagi idea rupa bangunan tu kah kah kah...

P1130413 by pauzikassim
gua sekarang dah tak tarik kabel... gua bawak steamroll kasi gelek itu jalan sekarang...

P1130375 by pauzikassim
Kelihatan gua kene buli...

Setelah penat bekerja siang hari... tiba malam tu gua makan kat Kuala Perlis... tempat makanan seafood yang gua bole kata sangat sedap sebab segala-galanya fresh... goreng sotong tu tak melengkung lah...
P1130418 by pauzikassim


IMG_0980 by pauzikassim

Ini kamar gua tido di Hotel Seri Malaysia Kangar... betul2 lokasi depan bangunan gua...

P1130432 by pauzikassim

P1130431 by pauzikassim

Sebelum berangkat pulang ke KL... gua sempat lah merasa laksa kak su dan teh Three Layer... memang sedap bai... korang kalo sampai kangar ni gi lah cari kedai Kak Su ni... tapi laksa Kak Siti iaitu mak gua lagi power sebenarnya hahaha...

P1130452 by pauzikassim

P1130453 by pauzikassim

Ini lah buah tangan yang sempat aku cari kat Kangar tu untuk budak umah aku...

IMG_0981 by pauzikassim
berguna buah tangan ni sebenarnya...

Monday, December 26, 2011

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

P1130289 by pauzikassim
Saat gua terima buku ni... kelihatan gambar Zainal Abidin waktu muda...

1) Pertama sekali gua ingin mengucapkan tahniah kepada penulis Lucius yang berjaya mengumpul maklumat tanpa bantuan FAM dan seterusnya mengarang buku bertajuk " Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia"... Tidak lupa juga Dubook Press yang berjaya mengkurier buku tersebut dengan jayanya ke meja gua...

2) Buku tersebut amat menarik untuk dibaca dan dihafal berkenaan fakta-fakta bola sepak Malaysia sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia bermula 1974 yang lalu sehingga 2014 yang akan datang... tapi Malaysia tak masuk masuk gak Piala Dunia... (Lucius ni pun satu buat lah sket cerita dongeng yang Malaysia akan masuk jugak Piala Dunia... baru laku)...

3) Buku ini juga sesuai untuk dijadikan rujukan di dalam sukatan KBSM darjah tiga sebagai persediaan memasuki kelas lompat dan juga untuk menyedarkan Budak2 Ultra Malaya yang baru-baru ni tak jemu-jemu terpekik terlolong menyokong Skuad Harimau Malaya yang masa depannya masih kabur... Gua bukan ape... gua jeles semua awek-awek Ultra Malaya sokong gila-gila kat KFCM keeper Malaysia tu...  gua pun ape kurangnya pernah satu ketika dulu bermain keeper masa sekolah dulu... tapi tak de pun awek tergila-gila terpekik terlolong kat gua kah kah kah... kalo tak caya rujuk ni gambar aku jadi keeper

4) Akhir kata... semoga Lucius akan terus menulis berkenaan sukan bola sepak tanah air kita... kalo dulu golongan nasionalis malaya memperjuangkan kemerdekaan melalui penulisan sehingga lah kita berjaya merdeka... mana tau satu hari nanti dengan penulisan dari Lucius atau rakan-rakan seangkatannya akan menyebabkan Sultan Bola melepaskan jawatan Presiden FAM dan seterusnya diserahkan kepada Zainal Abidin Hassan yang kini sibuk berbalas pantun dengan Abon di Maharaja Lawak Mega sedangkan khidmat dan pengalaman daripada beliau amat kita perlukan...

KFCM by pauzikassim
Macam mana gua tak jeles... sekali dia punye 'save' sampai tiga bai kah kah kah... memang cemerlang...

Nota: Sila dapatkan buku di atas dengan kadar segera kerana cetakan sekarang adalah cetakan indie dan masih belum ke mainstream... dikhuatiri kalo korang lambat dapatkan yang indie version... Dewan Bahasa Dan Petaka akan cuba mendapatkan hak mencetak dan mengedar seterusnya terbitan tersebut akan jadi mainstream...  

Tuesday, December 20, 2011

Bengkel Di The Royale Bintang Seremban

1) Ahad yang lalu bersamaan 18/12/2011 aku telah bertapa 3 Malam 2 Hari bagi menjayakan bengkel projek... Abes satu team projek ade...

2) Bengkel bertempat di Hotel Royale Seremban yang menurut pandangan aku agak membazir gak sebab buat jauh2 dari KL... alasan buat jauh2 supaya peserta bengkel tak lari balik umah... ek eleh...

3) Semua kepala otak masing-masing di Brainstorm dan aku seperti biasa asik kene hentam je... tapi nasib baik bos gua sporting dan bagi semangat pada gua... punye lah moral down gua sampai makan tengah hari buffet kat hotel tu langsung tak berselera bai... Nasib baik bos gua pujuk gua... gua nyaris-nyaris mengarang surat letak jawatan... tambahan pulak tahun baru dah dekat dan ini waktu ideal untuk transfer ke kelab-kelab lain yang ada menawarkan income menarik kah kah kah...

IMG_0966 by pauzikassim
Ini hotel gua bertapa...

P1130353 by pauzikassim
Kamar beradu gua... kali ni gua tido berteman...

P1130352 by pauzikassim

P1130355 by pauzikassim
gua memang malas nak mengemas sebab gua tahu ade yang mengemas nanti...

IMG_0967 by pauzikassim
buah tangan yang aku bawak balik untuk budak umah aku...

Sunday, December 18, 2011

Konsert Fenomena Search 30

1) Pada 17/12/2011 aku telah menghadiri satu konsert teragung sebagai penutup tahun 2011 iaitu konsert Fenomena Search 30... Konsert yang memang tak patut ditinggalkan kerana dikhuatiri satu hari nanti dah tak dapat jumpa Search lagi.. Maklumlah usia semua ahli Search ni dah menjangkau pangkat Datuk yang ade cucu...

2) Sape penduduk Malaysia ni yang tak kenal akan Search... kalo tak kenal pun mungkin itu penduduk asli lah kot... Band no 1 Rock di tanah air ni... tiada tandingan... bole seduduk lah dengan Gun's & Roses tu... Cuma gua muzik rock ni bole layan lah sebab gua suka solo gitar Kid tu... Gua punye fahaman muzik ni lebih kepada arah barat berentak kan metal punk atau grunge kesan dari pengaruh rakan sebaya masa gua zaman sekolah...

3) Bertempat di Mines Exhibiton Centre... tempat yang sangat selesa untuk tengok konsert sebab tertutup dan ade aircond... aku ni mana suka sangat berjemur panas-panas ni... jalan site pun aku tengok dari dalam kete je... 

P1130290 by pauzikassim
Gua dapat tiket ni sebab gua pau budak ofis gua yang cuti kahwin kah kah kah...

P1130350 by pauzikassim
Ini adalah penaja konsert search

P1130297 by pauzikassim
Pukul 5 lagi gua dah sampai... selepas mengharungi security tiga peringkat... akhirnya gua berjaya gak seludup kamera masuk... gua sampai awal sebab  tak sabar nak tengok opening Koffin Kanser...

P1130299 by pauzikassim
Johan salah satu pengacara dan sempat berbuat jenaka yang gua rasa nak pecah perut gak lah layan...

Masa ni Johan meniru lagak Mus May... 

P1130303 by pauzikassim
Band Pesawat jugak salah satu Band opening... gua nak tunjuk lu gambar Bittersweet... tapi kamera gua bangang gambar tu hilang...

P1130306 by pauzikassim
Ini dia Koffin Kanser yang gua tunggu-tunggu...

Dengan suara hardcore dia memang layan beb... gua pun tak tahu macam mana dia head banging dengan rambut dreadlock tu... pernah menimbulkan kontreversi melalui album Positif kerana simbol positif pada kulit album seolah-olah lambang salib...

P1130310 by pauzikassim
Pembukaan denga irama ala-ala gothic dan diikuti dengan warming up rolling plus double paddle dari Yazid... memang bergegar lah jantung gua masa tu...

P1130324 by pauzikassim
Masa ni semua tengah layan stone melalui lagu Isabella... Amy berbaju lambang United Kingdom... 

P1130325 by pauzikassim
Rockers memang kene ade fesyen... tengok lah gaya amy... gua nak berfesyen2 ni tak reti sangat... budak-budak fahaman grunge macam gua lebih mementingkan muzik dan menolak populariti sama seperti yang mendiang Kurt Cobain ajar...

P1130326 by pauzikassim
M.Nasir pun turut diundang berduet dengan Amy... 

Mata gua lebih tertumpu pada Kid sahaja iaitu gitaris Search... setiap not yang terhasil gua dengar dengan mendalam sambil menghayati petikan tali itu... memang layan bai... stone jugak lah gua masa tu...

Korang layan solo leleh ni plak... dah macam Slash... dengan gaya otai Kid main sambil hisap rokok... pasti menjadi ikutan remaja...

P1130318 by pauzikassim
Gua asik perhatikan brader ni je... setiap lagu dia hafal gua tengok...

Banyak-banyak lagu Search... Ini lagu paling gua minat... Pawana... dengar effect yang Kid guna memang meremang bulu roma aku... teringin nak main lagu ni...

P1130336 by pauzikassim
Gua masih segar lepas konsert dah habis... betapa kuat stamina gua berdiri selama 2 Jam Setengah... Search main 29 lagu bai... non stop tu... memang puas lah... berbaloi baloi pergi...

P1130345 by pauzikassim
Set drum yang digunakan oleh Yazid... gua tak pandai main dram... (mampus ko lah tak pandai main drum... ade aku kisah)

P1130338 by pauzikassim
Ini crew yang terlibat dalam mengawal sound effect dengan stage lighting... memang gempak lah diorang buat... untuk kawal bunyi kat kawasan tertutup lebih mudah sedikit berbanding kawasan terbuka... akustik dia senang untuk kita 'treat' berbanding open space kesan 'airborne'...

P1130344 by pauzikassim
Set lighting yang digunakan... gua datang konsert sebnarnya nak buat research je pun... gua mana tau muzik-muzik barat bising2 ni... gua buat research sistem lighting and sound sebab gua nk kene design kat projek gua je...

P1130343 by pauzikassim

P1130347 by pauzikassim
Sound stage yang digunakan... gua rasa nak minta keje kat krew diorang lah lepas ni...

P1130348 by pauzikassim
Ini rockers sejati... pergi konsert rock kene dress-up macam ni baru betul

P1130349 by pauzikassim
Abes konsert gua makan pizza kat dalam tu... favourite gua  ni... pepperoni...

P1130351 by pauzikassim
Oleh kerana gua tak berpelung tangkap gambar dengan Serach... dengan poster diorang pun jadilah...

Sampai di sini sahaja gua punye review berkenaan konsert Search... Memang indah malam tadi gua tido... Sekarang ni gua nak bersiap nak bergegas ke Seremban untuk menghadiri Bengkel 2 hari 2 malam bersama budak-budak Permata Pintar yang teramat pintar lah sangat-sangat...

bye...
Rockers Yang Tak Menjadi
Pauzi Kassim Rancid

Friday, December 16, 2011

Patutkah Aku Belajar Semula??

1) Baru-baru ni aku telah menghadiri satu mesyuarat projek yang berprofail tinggi... macam biasa masuk lewat setengah jam atau saat-saat hero diperlukan baru lah muncul muka aku dalam bilik meeting tu sambil tersengih-sengih kerang busuk... Majlis hanya mampu memandang aku dan menggelengkan kepala sahaja sambil mengeluh "Bila lah anak muda ni nak berubah"...

2) Baru je letak punggung... aku terus dihujani dengan persoalan-persoalan berkenaan keperluan elektrikal... berpeluh-peluh jugak lah nak defend design tu sana sini sampai last-last client bengang terus arrange satu bengkel design pulak... Aduyai... hari tu aku tersadai 5 hari kat PD semata-mata nak layan projek ni... Ni 3 hari pulak dia buat bengkel lagi...

3) Tapi apa yang menyedihkan aku adalah dakwaan Tuan Pengerusi aku yang berlatarbelakangkan lecturer Arkitek dengan selambe memperli aku bahawa syllabus M&E di peringkat IPTA perlu diubah... Seolah-olah bagi beliau M&E engineer ni banyak bagi masalah kat Arkitek... Lepas je dengar kenyataan tu aku jadi tersedu-sedan dan terus berlari-lari anak ke bilik air sambil menjerit Menci Tau Menci Tau hahaha itu kalo aku  perempuan lah... tapi aku adalah lelaki yang kejantanannya tidak perlu diragui... aku steady dengan kenyataan tu sebab yang cakap tu adalah orang lain bidang yang sah-sah tak kan paham kerja aku... (Penulis mempunyai sifat open minded)


4) Cuma dalam hati aku masih ada taman dan sampai sekarang masih sedih hahaha... Nak bercuti hujung tahun tak de geng untuk lepaskan sedih ni... aku rasa kene ajak gadis bercuti ni... so aku rasa sape2 dapat jadi orang pertama teka gambar di bawah dengan betul aku akan bawak dia bercuti dengan aku... pertandingan hanya terbuka untuk wanita sahaja kah kah kah....


2011-11-26 13.30.45 (1) by pauzikassim
1) Dimanakah gua berada masa ni?? Bole jawab tak?

P1110701 by pauzikassim
2) Posing macam ni pun rasa macam nak makan penampar pun ade?? cuba teka kat mana?

DSCN2227 by pauzikassim
3) posing macam ni lagi mahal... ala-ala artis macam kat majalah Mangga... tinggal tiga je yang kosong lagi kah kah kah... yang ni lu orang bole teka gak ke?? ...

Monday, December 12, 2011

Kenduri Noni Dan Rock The World Adrenaline

1) Pada Sabtu yang lalu 10/12/2011... aku berkesempatan menghadiri majlis persandingan kawan aku masa belajar UTM  dulu di ALPHA, Bangi... Tapi malang... sekeping haram gambar aku tak dapat nak upload untuk tatapan pembaca rasmi aku sebanyak 14 orang ni... Mana taknye... kawan aku ni memang rajin bawak kamera tapi malas nak tag kat FB... Itu lah tabiatnya.... Mungkin dia bengang dengan aku sebab tiada bayaran royalti yang patut aku bayar kepada beliau... Tunggu blog aku glamour macam PapaGomo atau IniBelogSaya... baru aku bayar hak royalti...

2) Oleh kerana tiada cerita pasal kahwin kawan aku sebab tak de gambar... maka kita bercerita pasal konsert.... Konsert yang aku pergi selepas majlis dia... Kosert Rock The World yang diadakan di Stadium Merdeka... Merdeka lah sangat... padahal habis sekor-sekor anak muda dijajah oleh lagu-lagu barat...

3) Walaupun aku telah berjanji tahun lepas tak nak pegi Konert Rock The World Buatan Malaysia ni.... Tapi disebabkan aku dijemput secara percuma setelah aku dikira sebagai artis walaupun hanya lepak selama sejam setengah dengan artis-artis lain masa pegi Singapore ari tu jadi mana mungkin aku bole menolak pelawaan mereka... Tambahan pula... tempat macam ni lah aku dapat lupakan seketika masalah VO... VOP.. APK PHK dan bagai-bagai lagi untuk hiburkan hati aku yang lara...

IMG_0948 by pauzikassim
Pas untuk masuk kali ni menggunakan Sim Card... Memang unik... Memang Jason Lo betul-betul nak jual sim card Tune Talk dia..

IMG_0947 by pauzikassim
Larangan standard yang kita jumpa bila masuk ke stadium... Tapi jangan risau... kalo tengok konsert selamat tak de baling2 botol... berbanding tengok bola malaysia yang entah ke mana tapi penontonnya suka sangat baling botol ke padang... dasar kampung duduk hulu tengok stadium sambil bawak lembu feedlot...

IMG_0949 by pauzikassim
Ini Salam Musik Band... Memperjuangkan lagu Reggae tapi ade bunyi-bunyi rock sket... otai jugak band ni... tapi yang menarik perhatian aku adalah keyboardist dia... dia punye layan reggae aku tengok macam baru lepas dapat GANJAran... dengan gua2 sekali layan...

IMG_0962 by pauzikassim
Penulis sempat bergambar dengan penyanyi dari Salam Musik band iaitu Eyza... budak belakang gua ni apa yang dia usha??
IMG_0961 by pauzikassim
Yang ni Loque and the gang... serpihan dari Butterfingers... Dulu main lagu omputih... tapi kali ni katanya dah merdeka... main lagu melayu... penulis rasa pelik adakah dengan memperjuangkan bahasa melayu sahaja kita sudah dikira merdeka?? Penulis berasa kecewa apabila Kerajaan sanggup menukar polisi belajar Sains dan Matematik dari English kepada Melayu balik... gua berpendapat ilmu sains dan matematik ni perlu di ajar dalam B.I sebab term2 dia ade yang tak sesuai dimelayukan... lagi pun sains dan matematik adalah asas kepada ilmu kejuruteraan dan perubatan... Gua ingat lagi masa belajar kat UTM... semua term engineering habis dimelayukan dan agak kelakar bunyi nye... mengambil contoh SETTING dalam bahasa melayu akan jadi PENGESETAN... akibatnya satu kelas gua jadi SETAN...

IMG_0952 by pauzikassim
Ini salah satu keluaran UTM... band Modread... sama-sama masuk Battle Of The Band dulu kat UTM... tapi band gua tak glamour sebab muka masing-masing tak de komerSIAL value... Vokalis dia yang lepak dengan gua masa berguru ilmu metal kat Singapore ari tu... Dia ade gitar macam Laiho... memperjuangkan muzik J-Rock... maka sudah pasti menjadi kegilaan gadis-gadis... gua rasa lepas ni nak main K-Pop lah... mesti ramai gadis tangkap syok punye... Ini asik layan lagu metal je... mana lah ade gadis nak lekat... sakit gegendang telinga nak layan kata gadis tu...

Video ni sempat gua rakam... Ballad For Layla... yang ni memang layan... gua betul-betul head banging... aku rasa dia ade banyak kotak suara lah sebab bole create macam macam jenis suara... mungkin nak jadi macam vokalis Cradle Of Filth...

IMG_0950 by pauzikassim
Pergilah mana-mana konsert... pasti gua akan tengok bende ni... sangat penting dalam ilmu Acoustic Engineering... dan untuk makluman korang ilmu akustik juga adalah salah satu cabang dalam ilmu kejuruteraan elektrik... gua dulu masa kat UTM ambik subjek Acoustic tu siap score dapat A tu... kononnya cita-cita nak jadi ahli speaker yang gempak...

IMG_0951 by pauzikassim
Gua sempat bagi pose kah kah kah...

2011-12-10 17.52.19 by pauzikassim
Walaupun dah makan banyak masa kenduri kahwin... tapi aku masih lapar lagi...

2011-12-10 19.09.36 by pauzikassim
aku kalo isu-isu NIRVANA ni mesti terus dapatkan... Nirvana dalam mempromosikan album Nevermind 20 Years yang berjaya melonjakkan nama mereka mengatasi album Michael Jackson pada 1991... Kalo korang ade album Nevermind tu pasti korang ingat akan gambar baby bogel berenang yang menjadi penghias kulit album tersebut... dan Baby tu sekarang dah besar pun dah umur 20 tahun gak... siap diminta bergambar semula...tapi kali ni dia pakai seluar... masa baby je dia berani bogel kah kah kah...

IMG_0956 by pauzikassim
antara pameran yang diadakan...

IMG_0955 by pauzikassim
Aku sempat bagi pose kat kete airbrush ni... kelihatan gadis dibelakang itu seolah-olah Jejari Runcing lah...

IMG_0963 by pauzikassim
yang ni keadaan pada waktu malam... masa ni Bittersweet tengah perform...

Abes sudah review aku pasal Rock The World... dan malam tu gua nak bagitau Kelab Setan Merah gua menang besar 4-1 dua bijik dari Nani dan dua bijik dari Rooney... Chicarito?? Next season jual mahal2 kat Real Madrid kah kah kah...