Friday, October 19, 2012

Engineering Disaster - Banglo Seksyen 7 Shah Alam Runtuh


Pemilik Banglo Runtuh Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang
Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan melihat keadaan rumah banglo yang runtuh di Seksyen 7, Shah Alam, Jumaat. Kejadian petang Khamis mengakibatkan seorang buruh binaan maut manakala lima lagi parah setelah dihempap konkrit banglo yang sedang diubah suai itu. -fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Pemilik banglo di Seksyen 7 di sini yang bumbung konkritnya runtuh ketika kerja-kerja pengubahsuaian, Khamis sehingga mengorbankan seorang pekerja bakal berdepan tindakan undang-undang kerana pengubahsuaian itu tidak mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata pemilik banglo terbabit gagal memohon kelulusan pelan pengubahsuaian mengikut Seksyen 70(1) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974.
"Kes ini kita akan bawa ke mahkamah kerana ada mangsa yang meninggal dunia. Di bawah peruntukan ini, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM250,000.
"MBSA bertindak tegas dalam hal ini kerana pemilik rumah sepatutnya mengemukakan permohonan untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian yang hanya mengambil tempoh 24 jam untuk diluluskan sekiranya permohonan mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di sini Jumaat.
Dalam kejadian itu, seorang buruh binaan warganegara Indonesia, Totok Mochamd Anthony, maut manakala lima lagi parah selepas sebahagian bumbung konkrit banglo mewah milik seorang ahli perniagaan itu runtuh.
Seorang daripada mangsa putus kaki kanannya sementara 10 lagi pekerja berjaya menyelamatkan diri.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang ketika kesemua 16 pekerja binaan terbabit sedang melakukan kerja pengubahsuaian di bahagian dalam dan aras atas banglo dua tingkat itu.
Mengulas lanjut, Mohd Jaafar berkata banglo yang terlibat dalam kejadian runtuh itu merupakan antara 26 unit banglo yang dibina dalam lima reka bentuk berlainan atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan harga jualan RM1.2 juta ketika diiklankan.
Beliau berkata proses kelulusan pelan pembinaan bangunan utama membabitkan dua kali pindaan iaitu pada 11 April 2011 dan 12 Julai 2011, dengan kedua-duanya diluluskan.
"Semua 26 unit banglo ini juga telah memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan yang dikeluarkan oleh jurutera atau arkitek yang bertanggungjawab pada 29 Dis 2011," katanya.
Beliau berkata daripada 26 unit itu, empat banglo sedang dalam pengubahsuaian tetapi hanya dua sahaja yang memperolehi kelulusan pelan pengubahsuaian sementara dua lagi termasuk banglo yang terlibat dalam runtuhan itu tidak mempunyai kelulusan. -BERNAMA

Thursday, October 18, 2012

Mee Ketam Changkat Jering


P1150570 by pauzikassim

1) Gambar kat atas ni adalah gambar mee ketam... tak pernah sepanjang hidup abang makan mee ada ketam dalam tu... Harga RM 6... Memang power... Kedai ni betul-betul lepas exit Tol Changkat Jering... Kalo korang berkesempatan sampai di situ pegi lah makan... Lagi satu penebar roti canai dia adalah perempuan... Gaji dia lagi tinggi dari gaji penggali kubur katanya...

P1150569 by pauzikassim

2) Ini pemandangan abang terhadap tol changkat jering ni... sayup sayup je jiwa ni mengenangkan nasib tol terebut dengan diri ini... rasa kecut perut lah sebab nak mengadap LEMBAGA lepas tu... sebab tu kene makan kenyang-kenyang...

Friday, October 12, 2012

Masih Jauh Perjalanan Ini...

1) Selasa hari itu sempat lah abang menyibuk di salah satu projek hotel 5 Star abang... keje abang macam biasa tarik kabel je... tapi dia punye menyibuk nak tengok contoh bilik riuh... semua dia kata dia yang buat kah kah kah...


P1150554 by pauzikassim
2) Merasa nikmatnya melabuhkan punggung ke katil empuk...

P1150555 by pauzikassim
3) Tapi sebenarnya... masih jauh lagi untuk siapkan hotel ini... hadoiyai... letih gak lah nak melayan projek ni...

P1150551 by pauzikassim
4) Abang cuba untuk dokumentari kan pembinaan hotel ni ke Discovery Channel... Tapi tak tahu lah keluar kat Megastructure atau Engineering Disaster kah kah kah...

P1150568 by pauzikassim
5) Sementara itu, abang ada satu bulan untuk hafal semua kandungan dalam buku ni... Jangan cari pasal dengan orang lembaga... kalo nak mengadap lembaga ni pastikan ilmu buku ni penuh di dada... kalo tak jadi bahan makian je lah...

Sunday, October 7, 2012

Sudah Dua Tahun...

1) Pejam celik pejam celik... sudah dua tahun aku merapu kat dalam blog ni kan... tak sangka pulak aku ada hobi yang berkaitan dengan IT... padahal aku lah dulu paling bangang dalam subjek Borlean C... memang dapat C lah subjek tu...

2) Jika diamati dari aku kecil... mana mungkin ada hobi mengarang ni... mungkin tulisan tangan aku agak seni dan sukar difahami oleh orang biasa biasa... Kini semua hanya perlu menekan keyboard... lantas tulisan aku lebih jelas dan mudah untuk difahami oleh orang biasa...

3) Post pertama aku adalah pada 3 Oktober 2010... Berkenaan kisah aku menimba ilmu... dan seterusnya berbagai-bagai cerita aku kongsi... Khas untuk pembaca 17 orang... Kah kah kah... sudah dua tahun masih 17 orang lagi!!! orang dah beratus... Mana taknye... blog aku tak seglamour Hanis Zalikha atau Jejari Runcing yang pernah couple dengan Apex... Tunggu lah korang kalo aku dan Izara sudi declare hubungan yang tersembunyi ni... mungkin beratus gak lah followers hahaha... tapi aku tak perlukan sampai begitu publisiti... aku mahu berdiri dengan sendiri tanpa menumpang populariti Izara...

4) Baik dari segi politik, agama, pengalaman kerja semua aku cuba kongsikan dan memberi pendapat... dan yang membuat aku ghairah ingin berkongsi adalah hiburan iaitu konsert konsert konsert... aku ingin berada di semua konsert di Malaysia ni mahupun Singapore... Kerana itu lah pengubat dan tempat aku menghilangkan tension... memang dari mata mak bapak aku ape gila anak dia dengar muzik angguk kepala... tapi itulah irama muzik yang sentiasa menenangkan aku...

P1130133 by pauzikassim
Konsert Children Of Bodom antara konsert yang paling best... lepak dengan Noh Hujan aku kat singapore tu...

5) Selain itu, aku ada hobi bermain gitar... gitar ni pun satu-satunya tempat untuk aku mengadu dan mengeluh... apabila aku berasa sedih akan ku petikkan buat menenangkan jiwa ini... tapi malangnya... sampai sekarang aku tak pandai-pandai nak sweeping kah kah kah...



Dead Memories... Band Slipknot ni memang kegilaan aku... aku sentiasa berharap satu hari nanti diorang datang Malaysia buat show... kalo kat Malaysia tak approve... kat Singapore pun jadi lah.. aku sanggup pergi...

Akhir kata... semoga aku gagah lagi mengarang...

Nota: Macam mana kita nak kategorikan setiap post kita ek?? macam kalo pasal kerja... satu group... kalo pasal konsert... satu group... kalo pasal keje satu group... Tolong ajar... abang bangang lagi berblog ni walaupun dah dua tahun...



Thursday, October 4, 2012

Rumah Legend

579762_531983316817951_1093922663_n by pauzikassim
Rumah abang tingkat 3... Lokasi Aman Puri, Kepong

1) Gambar di atas adalah gambar umah sewa legend abang... Kitorang secara rasmi telah meninggalkan rumah sewa tu pada weekend yang lalu kerana owner nak jual... Memang menyedihkan kerana kami semua akan berpecah...

2) Apa boleh buat... setiap pertemuan ada perpisahan... hampir tiga tahun abang menetap... banyak lah kenangan... paham-paham lah umah bujang semua jantan ni... tapi semua abang telah abadikan dalam memori ini... rasa nak menangishh pun ade saat mengarang ni...

3) Masing-masing telah ada haluan... sorang dapat keje kelantan... sorang dah berkahwin duduk rawang... seorang lagi dah jadi bos setup company I.D sendiri... manakala abang masih terus menanam impian untuk menjadi Ketua Menteri Pembangunan Wanita...

Korang jangan risau dengan diri abang ni... pandai lah abang bawak diri... susah susah abang tido kat ofis je jaga stor kabel sekali...



Friday, September 28, 2012

Aku Dan Levi's

Levi's... Jenama yang tak perlu diperkatakan lagi... Korang kalo tak tahu ape itu Levi's... boleh lah gi Google dulu... Kaitan Levi's dalam hidup aku adalah pada seluar jeans nya... Aku ni jenis setia pada satu brand... Jadi kalo nak pakai seluar Jeans tu mesti aku pastikan ianya berjenama Levi's... Donald Trumph telah memakai seluar jeans Levi's sejak dia berumur 5 tahun lagi...

Kegilaan atau minatnya aku terhadap seluar jeans Levi's ni boleh lah diumpamakan dengan perempuan yang sangat meminati pizza keju atau cheese cake blueberry kat secret recipe tu... Pernah satu ketika aku belanja seorang gadis makan piza keju... lantas aku bertanya "Sedap ke piza cheese tu?" dan dia berkata "Mestilah sedap... nikmat dunia tu!!"... Hm... dia ni tak tahu sebenarnya ape itu nikmat dunia... ikut hati aku nak je aku ajar dia apa itu nikmat dunia sebenarnya kah kah kah...

Dari segi model aku hanya memakai Levi's jenis 505 je... cutting seluar ngam2 fit dan sedikit ketat pada bahagian cawatnya lengkap ada zip jenis tarik... berbanding sahabat sahabat aku yang lain mereka sangat menggemari model 501... model yang bagi aku sangat menyusahkan sebab zip nye jenis butang... menyusahkan diri sendiri dan orang lain kalo nak bukak zip tu dengan segera saat kecemasan atau...


P1120803 by pauzikassim
Antara koleksi terbaru...

P1120804 by pauzikassim

IMG_0798 by pauzikassim
One day teringin gak nak pakai jenis rabak ni... mesti mak aku ingat ini seluar untuk gi keje tarik kabel...


P1120808 by pauzikassim

P1120807 by pauzikassim

P1120806 by pauzikassim

P1120805 by pauzikassim
Koleksi berabad ni...

Takuya Kimura1 by pauzikassim
Muka aku tak de iras Jepun pun...

takuya-kimura-levi-5012 by pauzikassim

kurt-cobain1 by pauzikassim


Kurt Cobain-9 by pauzikassim
Aku terasa macam nak pecah almari umah dia je rembat seluar jeans ni bawak balik Malaysia... Tak ternilai seluar dia ni dengan wang ringgit...

IMG_0796 by pauzikassim
Ini kat butik Guess... Masih belum menambat hati lagi...

Sunday, September 23, 2012

Kenduri Kahwin Kerabat... Sekolah Kelantan, Solar Panel & Tol Changkat Jering

1) Hampir dua minggu lebih abang tak update ape-ape post... kesibukan yang ketara sangat sampai abang jatuh sakit... demam yang berlarutan... Doktor kata abang tekanan rendah sebab jarang bersenam... Mana taknye baru abes raya... dah dua bulan abang tak main futsal... Doktor nasihatkan abang untuk main futsal tiga kali seminggu...

2) Alhamdullilah... kesihatan pun dah pulih... main futsal pun dah fit... seperti biasa menjadi pemain harapan di sayap kanan...

3) Apa yang bole abang citer untuk dua minggu yang lalu... rasa macam banyak je... tapi abang ringkaskan seperti gambar di bawah...

Pada 8/9/2012 abang telah ke Hotel The Zon, JB untuk memeriahkan kenduri kahwin kawan abang... pengantin lelaki dan perempuan adalah sahabat sekelas abang dulu masa belajar di Skudai... Apa yang best majlis ni kerana kerabat sultan johor dari bapak nye bawak ke TMJ dan anak perempuan yang agak hot turut memeriahkan majlis tu...





1347381392389 by pauzikassim
Protokol... kene pakai baju melayu...


1347381093572 by pauzikassim
Gaya Usain Bolt & Nut...

1347381143144 by pauzikassim
Abang nak buat show... Nyanyi lagu Once macam ari tu... tapi Sultan tak bagi...


1347381195407 by pauzikassim
TMJ usha maut kat abang...

1347380951941 by pauzikassim
Ex roomate abang masa duduk KSDS

1347381019738 by pauzikassim
Kawan abang cuba memasang butang baju melayu abang...


1347381205604 by pauzikassim
Start dah masing-masing buat perangai...

1347381052944 by pauzikassim

1347381132177 by pauzikassim

1347381119531 by pauzikassim


1347380935241 by pauzikassim
Makan sup power...


IMG_1281 by pauzikassim
Abang selaku AJK Pelaksana bahagian pengangkutan kereta antik... bawa rombongan pengantin lelaki...


IMG_1289 by pauzikassim


1347381464807 by pauzikassim
Abes kenduri... abang singgah tempat bersejarah... tempat banyak kenangan ni... tak larat kalo nak mengarang sejarah tempat ni...


1347380992839 by pauzikassim
Dalam bangunan ni ada kilat sabung menyabung...


1347381364537 by pauzikassim
Saat berhari raya di rumah roomate abang...

1347381007940 by pauzikassim
makan pizza waktu raya memang terasa macam beraya di U.K...

1347381325892 by pauzikassim


P1150417 by pauzikassim
Yang ni pula abang berada di Kuala Perlis untuk tengok projek solar berkapasiti (5+1 MWatt)... Cukup untuk menyalurkan bekalan ke 600 buah rumah teres dua tingkat...

P1150428 by pauzikassim
Projek yang menyusahkan rakyat... abang menyampah betul solar ni... keje punye pasal terpaksalah support konon-konon green technology... abang lagi suka Nuclear Power Plant... We want NUKE... We want NUKE...


P1150478 by pauzikassim
Yang ni pula satu-satunya sumbangan abang terhadap negeri kelantan... akhirnya berjaya jugak siapkan sekolah kat Panji ni... Bole awok-awok gi sekolah pah ni... Dekat 6 tahun baru siap... tambah 4 tahun lagi sama macam buat KLCC...


P1150492 by pauzikassim
Yang ni pula abang tengah siapkan design Tol Changkat Jering... Selalu jem waktu raya katanya... kita lihat lah hasilnya nanti...


P1140105 by pauzikassim
Pecah kepala gak pikir masalah tol ni... first time abang design betul2 depan client pakai AutoCAD masa presentation... itu jam gak dia suruh kira depan orang ramai... berpeluh-peluh abang perah otak... 

Itu sahaja...

Sekian terima kasih...