Thursday, May 12, 2011

Lintasan Bidor Pakej 2 Dan Keprofesionalan Egnr

Petang tadi aku telah dijemput oleh client untuk menghadiri Mesyuarat Tapak Projek Lampu Jalan dan Traffic Light pakej 2 Lintasan Bidor di Ipoh... masalah projek ini adalah selepas siap nye aku design n monitor pakej 1 yang siap dengan sempurna... tiba-tiba untuk pakej 2... si client aku ni dengan selamba nye stop kan servis aku dan client aku nak monitor sendiri pakej 2 iaitu sambungan pakej 1...

Yang peliknye... design dia pakai aku punye... tapi supervise dengan monitoring diorang nak buat sendiri untuk pakej 2... mana ade orang buat keje separuh separuh... bagi aku sape yang dah mulakan sesuatu tugasan ( dah macam AF plak aku ni ada tugasan menyanyi) sori merapu jap... sape sape yang mulakan tugasan tu pastikan lah dia siapkan dengan jayanya... ini tidak bole plak dia nak sambung supervise...

mungkin dia tengok pakej satu aku buat macam senang je... yelah... bukan susah pun projek jalan ni... gondol kan tanah pakai steamroll tu... lepas tu taruk batu hok kecik kecik... lepas tu taruk minyak hitam tu... lepas tu cat putih... siap dah jalan... lepas tu nak kasi hidup jalan tu... tarik kabel panjang panjang... pasang tiang lampu... pasang traffic light... letak feeder pillar... panggil orang TNB... ajak minum... hulurkan rokok sebatang dua batang lepas tu nanti dia bagi lah supply elektrik... dah siap and menyala lampu isyarat tu... Kacang je lah buat jalan ni... korang pun bole makan kacang sambil tengok bangla cat jalan...

Apa kaitannya dengan aku datang mesyuarat tadi? kaitannya pasal progress pakej 2 slow sangat... so client mintak nasihat dari team aku macam mana nak atasi... tu lah tuan... bagi aku supervise awal2 siap dah kot... tak pun kalo lambat... korang bole lah meng'kambing hitam'kan egnr macam aku... maklum lah... kalo lambat siap atau bermasalah... mulalah nak cari kambing hitam untuk dikorbankan hahahaha....

Isu mengkambing hitamkan egnr ni dah mula panas baru baru ni sehingga kalo ade egnr yang bermasalah terhadap performance nye nama nye akan naik ke M.O.F dan kebarangkalian nak dapat next projek tu tak dapat lah... Cara macam ni aku setuju dan tak kisah sangat pun sebab bagi aku sape rajin dan perform dia dapat projek... jadi egnr tak perlu bodek bodek nak projek... tak perlu tayang video2 seks... yang penting kalo ko perform, glamour, bergaya, berketrampilan, baju gosok sampai ada line pasti korang bole dapat projek...

Yang menjadi isu sekarang ni dan menjadi perbualan hangat di antara egnr-egnr kat mana mana projek aku pergi adalah... M.O.F cuba melaksanakan perlantikan egnr melalui open tender... Diorang dah tak nak lantik direct direct dah... surat-surat niat dah tak main dah... mak ai!!! aku ingat kontraktor je kene masuk tender nak projek... tapi egnr pun nak kene masuk tender jugak beb kalo nak projek... Ini bermakna sape bagi harga murah untuk design and supervise projek tu, dia akan dapat job tu... Mana bole bang!!!... Usaha ni akan menyebabkan keprofesionalan egnr tergugat beb... Kenapa??

Egnr adalah satu keje profesional di mana pendekatan atau kaedah melaksanakan projek tu berdasarkan kepandaian dan kehebatannya... sebab tu diorang yang profesional ade title Ir yang mengiktiraf  keprofesionalannya... Lepas tu pulak pelanggan perlu melantik profesional Egnr untuk melaksanakan sesuatu projek... Ingat MELANTIK... perkataan MELANTIK tu... bermakna client kene cari profesional egnr tu dan cara paling senang nak cari Prof Egnr pasti kita akan cari yang nama2 besar atau glamour kerana lagi glamour atau besar sesuatu nama Prof Egnr tu maka bertambah hebat lah dia tu kan... So bila dah glamour atau hebat.. maka mahal lah bayaran dia... tapi kita ni hidup berpesatuan atau berlembaga... So rate atau fees ni dah ditetapkan oleh BEM/IEM yang mengawal kualiti harga Prof Egnr... Satu ketika dulu aku pernah dihina oleh bos aku disebabkan kebodohan atau ketidak profesionalan iaitu pasang ceiling speaker kat soffit beam..."Pauzi... u ni dah macam i kutip egnr tepi jalan saje... tak profesional langsung... macam ni u buat keje?? main pasang je tak tengok keadaan site!!!" tapi tak pe... sebab aku belum profesional lagi... so tak kisah lah kan haha... itu belum lagi ungkit cerita feeder pillar dalam bilik MSB hahah...

Kita ambik satu keje profesional lain iaitu Doktor sebagai perbandingan dengan Egnr... cuba korang bayangkan kalo Doktor perlu masuk tender untuk merawat seseorang pesakit kaya yang jantungnya tengah kronik... Alamatnya... mati dulu lah orang kaya tu sebelum doktor yang menawarkan servis paling murah dijumpai oleh pesakit tu hahaha... Biasanya orang kaya akan mendapatkan rawatan dari Doktor Pakar yang glamour atau hebat kerana boleh diharap dan boleh dipercayai... Tengok!!!... maknanye kita akan cari doktor tu... bukannya doktor datang pada pesakit tawarkan harga atau servis... "Encik sakit? klinik saya tawar kan harga murah je... kalo klinik sebelah cas encik RM 40... saya bole bagi diskaun RM 30"... tak pernah beb korang dengar doktor cakap macam tu kat ko kan...

Ambik lagi contoh lain iaitu lawyer... pernah korang dengar dalam mana2 iklan kat TV atau kat internet yang lawyer ni menawarkan khidmat mereka... "Tuan tuan dan puan puan... ada masalah undang undang? tak tahu nak selseaikan di mahkamah? jangan malu jangan segan... hubungi saya Lawyer XXX... kami memberi harga yang berpatutan dan bole dirunding"... ade tak korang jumpe iklan macam ni...tak de kan... so bila korang ade kes dan perlu dibawa ke muka pengadilan... maka korang perlu MELANTIK atau mencari lawyer kan... Tengok kes Anwar... kan dia kene tuduh meliwat Saifool Bolos... jadi Anwar ni MELANTIK lah Karpal sigh untuk handle kes dia...

Kesimpulannya... jangan lah mengkambing hitam kan egnr macam aku kah kah kah... mana tak nye... kalo projek D&B tu client dok ugut2 aku kalo tak tolong dia tukar brand yang lebih murah dari kontrak dia tak nak bayar gaji... kalo tak nak approve kan surat akuan kerja siap walaupun kat tapak tu tak siap lagi, dah kene ugut tak nak bayar gaji aku huhu...

Kalo jadi lah MOF laksanakan kaedah cari egnr untuk design and supervise secara open tender... maka BEM/IEM perlu ambik tindakan segera... Kalo tak... aku lari dari MalaiSia... gi keje kat Siam... tak pun lari gi Indon lepak dengan Ariel Peter Pan main gitar...

Luahan Ahli Tido IEM
Pauzi

 

No comments:

Post a Comment