Thursday, July 14, 2011

Aku Menghadiri Seminar Examination Light LED

Pada selasa yang lalu bersamaan 12 Julai 2011 Kalender Matahari di Hilton Hotel... Aku telah menghadiri satu seminar pelancaran produk... atas arahan bos aku... sebab dia dah janji dengan orang tu nak datang... tapi dia cancel last2 minute... lantas aku menjadi mangsa untuk menghadiri launch product tu bagi gantikan diri dia...

Pada asalnye aku tak tahu pun ape tujuan seminar tu... sekali baca tajuk aku ingat pasal Peperiksaan Lampu LED... ialah aku translate satu satu... aku pun terkejut gak... aik!!! ade exam lampu ke?? kene jawab ujian ke?? kalo fail macam mana?? kene repeat paper ke??

Sampai je aku kat tempat tu... aku tengok name tag peserta semua nya dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)... aku tanye diorang yang datang tu semua adalah doktor dengan nurse... pelik gak ape doktor dengan nurse buat kat sini?? lepas tu baru lah aku paham... Rupanye2 aku salah translate dah... Lampu LED untuk tujuan PEMERIKSAAN pesakit yang digunakan oleh doktor dan nurse... dan bukannya PEPERIKSAAN ...

Hm... sabit pun... Ini mesti gara gara dua buah projek hospital yang tengah construction... tu pasal dia panggil ofis aku untuk datang...

aku tak pentingkan produk tu... yang aku tau aku nak input KW lampu tu dengan penjimatan energy berbanding halogen dan LED... So, banyak lah aku tau kebaikkan LED tu walaupun aku sedikit hati pun tak berkenan dengan teknologi LED...


IMG_0559 by pauzikassim
Asal Mat Saleh present je orang Malaysia akan kagum kan... Mamat ni berasal dari Zurich, German... Berbekalkan ilmu Muet Dua Band aku... aku pun berborak lah dengan dia menggunakan bahasa inglish...

IMG_0564 by pauzikassim
Entah ape mamat ni 'kencing' kan doktor doktor tu...

IMG_0560 by pauzikassim
LED amat sesuai untuk tujuan pemfokusan dan boleh mencecah 60000 lux pada ketinggian 0.5cm... bukan dari aras laut... tapi dari aras meja...

IMG_0562 by pauzikassim
Ini magnifying glass c/w LED... 

IMG_0563 by pauzikassim
Ini tujuan dia... boleh besarkan imej sehingga 12 kali ganda...

3 comments:

  1. si kesimpulannya teknologi ni lagi bagus ker dari sebelumnya?

    ReplyDelete
  2. yup... teknologi cahaya guna LED memang bagus dan bakal membunuh teknologi cahaya guna bulb... Contoh lampu jalan pakai bulb adalah 70W... tapi kalo guna LED 30W je...

    bagus dari segi penjimatan tenaga elektrik dan seterusnya dapat membantu TNB dari kene paksa beli tenaga kat IPP (Independent Power Supply) macam YTL atau MALAKOFF... Tambahan, rate api umah kita pun dah naik...

    Tahan lama jangka hayat... boleh cecah 60,000 hour life span compare dengan bulb 30,000 hour life span...

    Nak rase nikmat cahaya LED... bole gi jalan jalan kat I-City, Jalan R&R Gombak atau Jalan Lapangan Terbang Subang...

    ReplyDelete
  3. This was a useful post and I think it's fairly easy to see in the other reviews, so this post is well written and useful. Keep up the good work.Led Examination Light

    ReplyDelete