Monday, June 13, 2011

Penantian Satu Penyeksaan

Cilakak... semenjak dua menjak ni asik lagu jiwang je aku layan... hm... mana bole jadi ni... letih bai layan perasaan... sejak bila aku ade perasaan ni??

Video kat atas adalah video yang ke empat aku upload... aktiviti weekend aku yang tak banyak sangat... so aku layan perasaan jap dan seperti biasa... Budak Umah aku lah yang menjadi mangsa untuk layan perasaan aku sekali hahah... terpaksalah diorang yang tukang rakam...

Memang betul kate orang penantian satu penyeksaan... tapi aku jiwa kental bai... lautan api sanggup direnangi... hahah... dengan selamber member aku bertanya " Ko nak tunggu sampai bila? tak kuar2 pun gi makan sama? kate ko ajak dia?"... Aku pun balas balik "Infiniti lah..."... "Ape ko merapu ni poji!!!" mengamuk dia kat aku...

Aku pun terangkan lah dari segi hukum matematik... Ok ko bayangkan semangat aku nak ajak adalah 100%... dan respon dari dia setakat ni 0% disebabkan dia ade komitmen yang lagi penting... jadi apabila dibahagikan komitmen aku dengan dia iaitu 100/ 0 = infiniti... amacam... betul tak equation aku tu...

Ek eleh... gelak plak korang... korang jangan main2 dengan aku kerana aku pernah mendapat markah kedua paling tinggi di kelas dalam subjek Add Math masa sekolah dulu... Kawan aku muka macam cina first rank dia dapat 73/100 aku yang muka melayu dapat kedua dengan markah 48/100... Sikit lagi nak lulus...

Itu belum aku kuarkan rumus Kuda Ajaib 1-2 = 3bijik, 2-3 = 10 bijik... lepas ni mesti 4-6= 125 bijik naik... mesti kene punya hahaha... merapu sudah...

Nota: Video di atas adalah video terakhir aku rakam sambil nyanyi... ini kerana selepas wujudnya video Dan Bila Esok ari tu... aku telah dikecam hebat oleh peminat2 Sofaz... kerana telah merosakkan lagu kumpulan kesayangan mereka... tak cukup dengan itu... budak budak ofis aku telah  memulau aku hampir seminggu... ditambah lagi dengan client aku yang tak mahu approve kan aku punye material approval kerana berasa geram dengan lagu OST Nora Elena yang dah rosak oleh aku...










7 comments:

  1. cilakak... ko gelak yang mana satu??
    part suara aku??
    atau part aku menunggu tu haha...

    ReplyDelete
  2. part infiniti..hehe
    rokes kalu dah layan perasaan..kalah mat bunga

    ReplyDelete
  3. haha... rokes dalam hati je bro... luaran tak de rupa rokes pun langsung... siap orang kate aku ni muka kumpulan nasyid macam si faizal tahir tu...

    Bila mau jamming bro?

    ReplyDelete
  4. hati yang penting bro..setakat rupa macam richie sambora tapi hati bunga haih btw faizal tahir tu sape bro?kehkehkeh

    aku duk teranung..sanggup ke?

    ReplyDelete
  5. best lah ko dapat dengar ceramah ustaz azhar sokmo... masuk syurga lah ko lepas ni...

    terengganu mane? aku ade kawan kat terengganu kat marang... umah dia belakang berhala sotong dekat dengan simpang... lepas tu ade masjid... ade JKR (Je Kek Ark)..

    Faizal tahir yang nyanyi lagu Sampai Syurga Ku Menunggu tu...

    ReplyDelete
  6. sape tu ustaz azhar?
    aku kat kemaman..keje setiu..faizal tahir tu nyanyi nasyd gak ke..kahkahkah
    aku pun ada kawan dekat kawasan kau..jiran kau kot..hehe

    ReplyDelete