Saturday, September 10, 2011

Dinner Di Uptown Damansara The Legend

1) Jam telah menunjukkan pukul 12 tengah malam dan aku baru sedar yang aku tertido selepas maghrib tadi... Perut lapar dan aku perlu mencari makanan untuk isi perut aku... Lantas aku ke bilik air mandi dan bersiap...

2) Roomate yang lain sudah keluar... tinggal seorang lagi yang masih setia dengan FB nya... Sempat beliau bertanya kepada aku nak pegi date ke? aku pun menjawab "Ko ingat aku nak date dengan pontianak ke malam malam buta ni?" Sambil mempelawa dia untuk turut serta makan tapi malang dia sudah makan...

3) Terus aku keseorangan memandu.... Kali ini aku bersendirian dalam perjalanan bertemankan lagu Cradle Of Filth sambil mengenang dosa-dosa yang lalu dan memikirkan hala tuju hidup aku adakah menuju ke syurga akhirat... Hm... Tepuk Dada Tanyalah Iman...

4) 10 minit memandu sampai lah aku ke destinasi iaitu Uptown Damansara The Legend... Banyak pilihan makanan dari negeri Kelantan/Siam, China membawa ke British... Dan banyak kenangan aku sepanjang aku lepak bermula tahun 2000 sehingga ke hari ini... Port aku macam biasa Steven Corner...

IMG_0804 by pauzikassim
Kedai lengang je sebab aku dinner dah dekat pukul 1...

5) Aku pun order chicken chop dan air laici... sedang menanti makanan aku... datang sekumpulan remaja melayu   yang terdiri dua perempuan dan dua lelaki... Yang lelaki langsung aku tak endahkan... tapi mata aku sempat mengekori dua perempuan 'cara' tersebut yang melintasi depan aku berpakaian seksi ala-ala Selena Gomez dan Vanessa Hudgens... dan duduk di sebelah meja aku... Baru kenang dosa tadi dah tambah dosa baru hm....

6) Sampai je makanan aku... terus aku melantak... sepanjang makan aku hanya mendengar mereka berborak sahaja... Dengan selambe awek tu berkata kepada kawannya yang dia masih steady... tak mabuk... walaupun minum banyak... sambil tangan memegang rokok.... Aku dah dapat tangkap ni mesti baru balik mana mana club... Hm... aku berharap dia dapat jawab depan malaikat nanti yang dia steady... tak mabuk masuk minum air setan kat dunia... Walaupun aku bermain tali setan... menyokong kelab setan merah... mendengar muzik band setan tapi aku tak sanggup minum air setan tu... Pujuk lah goda lah macam mana pun aku sanggup minum air coke yang lagi mahal berbanding air setan tu...

7) Apa yang mengagumkan aku terhadap awek ni... Dia masih lagi mengekalkan ciri-ciri melayunya saat ketika dia order Nasi Goreng Ikan Masin dan meminta sambal belacan lebih sedikit... Berbanding aku yang muka melayu... tapi makan makanan British... Hati dan jiwa masih British lagi hm... Segan aku... takkan lah nak makan chicken chop mintak sambal belacan gak...

8) Abes makan dan minum cepat-cepat bayar dan gerak balik... esok banyak bende nak buat... Begitulah kehidupan orang bujang yang makan minumnya tak menentu kah kah kah....

IMG_0807 by pauzikassim
Uptown ni memang legend... Sehingga zaman kegemilangannya telah diabadikan melalui lagu Streets Of Uptown dari ACAB dan Generasi Bundle dari Republic Of Brickfields

No comments:

Post a Comment