Thursday, September 15, 2011

Meeting Permata Pintar, UKM

1) Dah lama tak citer pasal projek progress... asik citer pasal makan makan makan je... badan tak naik naik gak... awek pun menyampah dah tengok badan aku yang kurus kering... bagi makan banyak macam mana pun... langsung tak berubah badan tu...

2) Meeting pertama aku selepas raya iaitu projek Permata, Bangi... aku bertolak dari rumah pukul 8.30 supaya tak lewat sampai tempat meeting... Macam biasa... memandu berseorangan tanpa teman... hanya bertemankan lagu2 dari album Placebo... pasang kuat2 sambil melalak dan merenung kembali keje2 yang tertangguh sekian lama...

3) Teringat keje banyak pending pasal projek ni terus kecut perut... rasa macam nak patah balik pun ade... Tapi aku steady... aku dah lama perasan muka hensem n steady pasti tak sampai hati orang nak marah hahaha... kalo tak caya cuba korang marah pramugari... korang sampai hati tak...

4) Sampai saje mesyuarat bermula... maka berbagai-bagai isu mula timbul dan aku pun mula lah menangkis sana dan sini cuba mengelakkan diri dari jadi Kambing Hitam atau Pak Sanggup tak pun Cina Buta... Beberapa janji manis seperti menanam tebu di bibir mula aku taburkan....Tapi yang malangnye projek ni... aku dah empat (4) kali kira pad footing C&S ni... Asik berubah je... kejap beso kejap kecik kejap beso kejap kecik... karang aku piling diorang ni baru tau hahaha...

5) Tapi tak pe... aku kalo dengan arkitek or C&S memang kamcing... bole hisap rokok sama...(Penulis bukan hisap rokok... tapi adalah penghisap asap rokok).... aku tak banyak bunyi dengan diorang... tak berkira sangat pun berubah berubah drawing tu... lagipun akitek aku adalah gadis... tak kan lah nak gaduh dengan gadis kan hahaha....

P1120830 by pauzikassim
Ini lah hasil kerakusan manusia... nampak karam sigh waliah... mampus keras nak jawab...

P1120834 by pauzikassim


P1120842 by pauzikassim

P1120841 by pauzikassim
Tengah mengendap....

P1120840 by pauzikassim

P1120836 by pauzikassim
Brother2 otai tengah discuss


P1120844 by pauzikassim
Hari nak hujan... So aku cepat2 tinggalkan site...karang kene panah petir plak... aku ni dah lah asik mungkir janji...

4 comments:

  1. Rindu site. xboleh jadi.. 21hb ni kene turun gak.

    ReplyDelete
  2. 21 meeting besar... ada dua pasukan... nak lawan bola katanya...

    ReplyDelete
  3. Hehe. awak la tali barut! berpihak pada dua2 belah pasukan!

    ReplyDelete
  4. saya tali barut n talam dua muka... etika dgn integriti tolak tepi... salah betul belakang cerita

    sapa bagi saya duit... saya akan ikut cakap dia... hehe...

    ReplyDelete