Friday, January 27, 2012

"Punk Rock Disebalik Fesyen & Muzik Bising" -Punk Satu Pemberontakan-


P1130603 by pauzikassim
Buku yang menarik dibaca untuk berkongsi zaman kegemilangan Punk...

aku sangat menghargai usaha murni Nizang dalam usaha mengumpulkan 10 orang otai2 punk yang latar belakang terhadap ajaran atau fahaman punk sangat lah kuat... dengan himpunan kisah-kisah pengalaman mereka secara tak langsung mengimbas kembali zaman aku muda-muda... ya satu zaman di mana darah muda yang kuat memberontak telah mengalir ke dalam jiwa aku di mana scene punk telah merasuk ke jiwa aku dan masyarakat sekitar Klang dan Plaza Metro...

Setiap penulis cuba merungkai maksud punk berdasarkan fahaman masing-masing... memang sukar untuk mencari maksud punk kerana tiada ajaran khusus atau formal mengenai fahaman tersebut...Jika kita menyelongkar fahaman tersebut melalui Wikipedia... pasti perkara yang dibincangkan adalah Ramones...DIY... Political... Kapitalis....Muzik... Masih terlalu umum dan fahaman tersebut hanya golongan minoriti sahaja yang memperjuangkannya dan masih sukar mendapat tempat di Malaysia... Malah lebih malang lagi golongan Punk ni dilayan sangat negatif di Malaysia akibat hebahan negatif oleh media massa pro kerajaan yang cuba menakut-nakutkan rakyat supaya bergantung dengan kerajaan (kaki bodek)... 

Bagi aku pula... aku mengerti bahawa punk itu adalah satu pemberontakan... berdasarkan pengalaman yang aku lalui apa yang telah aku dapat rasakan bahawa seorang yang sentiasa memberontak memperjuangkan sesuatu yang dirasa adalah hak dia adalah seorang yang Punk... Tidak perlu dengan rambut mohawk atau kasut but dia sudah dikatakan punk... dikhuatiri pakaian tersebut hanya ingin menutupi dirinya yang sebenar iaitu seorang yang ikut-ikutan...

Punk yang memberontak terhadap kapitalis atau erti kata lain memaksimumkan untung tanpa hirau hak orang lain atau menggunakan hak orang lain untuk mendapatkan keuntungan... Punk juga memberontak terhadap mereka yang sentiasa menindas golongan orang lemah untuk terus mengukuhkan kuasa mereka... Ya mereka semua yang berada di tampuk pemerintahan sekarang ini perlu diberontakkan dan digulingkan bagi digantikan satu kerajaan yang harmoni...


Video yang diambil kita aku mula2 mengenali muzik... Kisah aku, Kurt Cobain Dan Muzik

Aku masih teringat dimana ketika aku tingkatan 3 tahun 1999 aku telah berpisah dengan sahabat karib aku yang banyak mengajar ilmu gitar akibat perbezaan fahaman... Dia yang telah memilih fahaman Skinhead dan meninggalkan muzik2 Grunge bagi mengikuti golongan2 Skinhead... Manakala aku telah dididik oleh abang sahabat aku untuk memperjuangkan fahaman Punk... Masa tu abang dia menyuruh aku mengikuti geng2 Punk Anarchy yang lebih memperjuangkan ideologis melalui muzik disebabkan aku ade sedikit ilmu gitar manakala adik aku telah direkrut untuk berjuang bersama Punk Chaos...

Maka... bermulalah sesi kutuk-mengutuk dan caci mencaci di antara kawan aku Skinhead dan aku yang Punk akibat masing-masing merasakan fahaman mereka lah yang terbaik... Dan aku masih ingat tempat lepak atau tidur sudah pastinya Plaza Metro atau jejantas yang menghubungkan bangunan Mydin dan Centrepoint... masa ni aku nak ber dressup ala2 punk pure memang tak mampu lah... mana ade duit... sekolah pun belanje pakai duit mak... berbekalkan t-shirt Rancid itu pun kawan aku bagi... aku pun pakai lah dan lepak pada hujung minggu sekitar Klang sambil melayan muzik2 Punk Rock tidak lain tidak bukan RANCID second generation selepas Ramones... masa ni lagu lain aku tak boleh terima... lagu dia je dok ulang2...

P1050439 by pauzikassim
Jejantas yang menghubungkan Mydin dengan Centrepoint telah dirobohkan oleh hasil tangan aku sendiri... semuanya telah menjadi kenangan... Akibat keperluan yang mendesak bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Bandar Di Raja Bandar Klang... Company aku telah terlibat untuk membina satu jambatan bertingkat dan jejantas yang dirobohkan telah digantikan dengan laluan bawah tanah...

Tiba lah saat di mana Malaysia telah digegarkan dengan isu Punk Makan Sampah di JB pada tahun 2003... aku yang masa ini telah melanjutkan pelajaran di UTM Skudai dalam jurusan ijazah kejuruteraan elektrik telah menerima tamparan hebat apabila pulang ke kampung... masa ni hanya ade dua orang sahaja orang kampung aku yang belajar di UTM iaitu aku dengan Ana kawan sepermainan aku dari kecil yang menuntut ijazah kejuruteraan petroleum... Mana taknye... masa balik kampung je lalu depan simpang empat tu abis aku kene bahan "Woi!! budak Punk dari JB dah balik.. nak makan sampah KFC simpang pulak ke?? hahaha" itulah antara tohmahan yang masih segar dari sahabat aku yang memiliki bundle...

Ini lah kesan dari hebahan surat khabar pedana yang memandang negatif terhadap budaya Punk dengan sengaja menghina mereka yang makan sampah KFC di JB sedangkan mereka tak tahu ada satu mesej besar yang cuba disampaikan oleh budak Punk... Iaitu menentang pembaziran yang dilakukan oleh Bisnes Kapitalis yang membuang ayam ayam KFC yang siap goreng tapi kene reject sebab tak ikut standard untuk dijual ke pelanggan... 

Video dari karangan aku pasal Rancid iaitu Apa Itu Rancid? Merdeka Kah Aku?

Ya memang benar pembaziran tersebut kerana aku pernah bekerja di KFC Simpang dan apabila burger2 atau ayam2 yang direject perlu dilupuskan di dalam tong sampah dan mengikut prosedur pekerja tidak dibenarkan bawak balik makanan yang direject walaupun makanan tersebut masih sempurna... Tengok undang2 kapitalis sanggup tidak mahu berkongsi malah lebih rela buang sahaja makanan tersebut... Tapi aku Punk masa tu... aku sanggup mengambil makanan tersebut dan bawa ke kawan2 selepak aku yang masih Punk dan aku juga tetap menghulurkan makanan KFC tersebut kepada sahabat aku yang ada bundle yang pernah mengutuk aku...

Kini sudah tiba zaman aku bekerja dan jiwa atau fahaman Punk aku masih kuat dan anti kapitalis aku masih membuak-buak... Dengan urusan kerja aku yang berkaitan dengan pengurusan-pengurusan kontrak kerajaan... sudah pasti aku tahu selok belok apa yang berlaku di bahagian 'dalaman'... Memang jika mengetahui perkara tersebut sangatlah menyakitkan hati tetapi dengan pengajaran Punk merompak daripada seorang hasil perompak memang menarik... Malah aku masih tersenyum walaupun aku selalu dihimpit dengan etika profesional yang selalu dipertikaikan dengan mata wang...

Akhir kata... memang sukar untuk memperjuangkan fahaman minoriti ini kerana minda masyarakat telah didedahkan terlebih dahulu kesan negatif punk ini... dan aku sehingga ini masih berada di dalam golongan minoriti ini...

Yang Benar
Punk Rock Part Time
Pauzi Kassim Rancid

Nota: dah lama tak buat entry panjang-panjang... ade ke orang baca haha 

6 comments:

  1. aku dah share url blog post ni di FB buku punk rock

    ReplyDelete
  2. tq very much bro...
    memang terkenang-kenang aku zaman ni...
    nak melawat anak kelahiran baru ko pun tak tertengok2 lagi...

    ReplyDelete
  3. punk chaos selalu lepak kat Plaza metro dulu tu kan?

    I used to spend my time at elly's while doing some silly jokes with Zam dirty dogs circa 98-99'

    band2 klang masa tu pernah lepak bersama tu blockage(rip), clunk garbage(aku rasa main grunge kot? rip juga) and some guys from second combat and dashown.

    Tak kiralah masa tu kau punk or anarko atau skinhead atau budak loncat2, bila lapar kita boleh share sekeping roti canai bersama.

    good old days!

    ReplyDelete