Monday, April 23, 2012

Solar System

IMG_1153 by pauzikassim
Konsep kegunaan elektrik dari input solar... (Pulak dah gambar aku tak reti nak rotate)...


1) Semenjak dua menjak ni banyak pulak meeting yang aku attend... semua isu solar... Ini semua gara-gara orang semua nak renewable energy... Aku kata pakai nuklear dah lah... ni semua sibuk nak lobi TNB nak jual solar energy...


2) Ni satu lagi client aku Professor Dato' SERI yang taksub dengan solar request untuk buat simple solar system untuk bebudak ni belajar solar convert jadi electrical energy... Hm... ape yang menarik solar ni... so aku pun terpanggil untuk try design solar kat umah aku sama ada ianya berbaloi atau tak...


3) Sehubungan itu, aku pun try lah kira kos nya...


Purata bil umah aku RM 50 untuk sebulan... So RM50 bahagi 30 hari = RM 1.70 untuk satu hari...


Rate TNB 1kwH = RM0.23 


Jadi penggunaan kwH sehari aku adalah RM1.7 / RM0.23 = 7.39 kwH


Katakan aku guna 8 jam sehari je... so power demand (kW) sehari


7.39 kwH = Power demand (kW) x 8h


Power demand (kW) = 7.39/8
         = 0.92375 kW


Kesimpulan aku perlukan 0.92375 kW @ 923.75 W sehari untuk tempoh 8 jam...


Dalam rekabentuk solar... Komponen yang perlu ada:


a) Battery bank untuk simpan tenaga...
b) Pure Sine wave inverter untuk convert DC supply from Solar to AC Current For 240 V 50 Hz system...
c) Solar Panel
d) Wiring dan accessories berkaitan... 


Untuk design battery size 


923.75 W / 240 V = 3.84 A


Jadi aku perlukan battery capacity 3.84 A x 8 h = 30.72 Ah.
Anggaran harga bagi battery size  30.72 Ah = RM 61 (cincai kira RM 100 lah)


Sine Wave inverter aku assume 1000W = RM 5000


Solar panel pulak...
Since aku nak 923.75 W... So aku kene search kat market ada tak rated yang aku nak tu... atau custom made....


Harga semasa sekarang bagi solar panel adalah 1W = RM 5


jadi untuk 923.75 W x RM 5 = RM 4618.75 ( RM 5000 lah cincai kira)...


Total Cost
Battery = RM 100
Solar Panel = RM 5000
Sine Wave Inverter = RM 5000
Wiring = RM 500


Total = RM100 + RM5000 + RM5000 + RM500 = RM 10,600.00


Jangka hayat solar panel adalah 25 tahun...


So RM10600/25 tahun = RM424


RM 424 / 12 Bulan = RM35


Pakai TNB RM 50 sebulan sekarang ni... Kalo pakai Solar pulak kosnya RM 35 sebulan... So saving RM 50-35 = RM 15 dengan anggapan Inflasi Sifar selama 25 tahun...


Puih!!! Celaka mana suruh pakai Nuklear ni!!! Professor Kangkong mana kata nuklear bagus... ni yang aku bantah ni... diorang tak tahu ke nuklear ni bahaya... tengok Jepun tu..
Sekali bocor Nuclear Power Plant tu menggelabah satu dunia... Tak sayang bumi langsung... 


Kalo jadi pembinaan Nuclear Power Plant kat Malaysia ni memang aku suruh diorang develope kat umah professor yang kata nuklear tu bagus...


Karang ada kesan radiasi tak pasal pasal cucu cicit kita nanti jadi macam X-Men baru tau... mata ade laser lah... tangan kuar kuku besi lah... bole lari tembus dinding lah... bole tarik besi lah pakai magnet...

7 comments:

  1. Sebagai seorang arsitek, saya membantah subject ini berada di dalam silibus pembelajaran. pengiraan ini telah membantutkan perkembangan otak kreatif inovatif sensitif saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ajarkan mcm mna cara pengiraan tak???

      Delete
  2. Semoga satu hari nanti solar panel akan menggantikan concrete tiles atau metal deck untuk semua bumbung bangunan kat Malaysia ni...

    ReplyDelete
  3. sekarang solar panel RM5/watts 1000Wattas pure sine wave Rm800 je wiring Rm200 Je dan batery 100AH Rm650 dan charger controller RM300
    Total 5000 + 800 + 200 + 650 + 300 = RM 6900.

    ReplyDelete
  4. benda da lama walaupun nampak baru tapi mana nak cari supplier bagi setiap negeri? apa ciri2 kedai yang jual solar set?

    ReplyDelete
  5. 7 years experience in solar charge controller filed, professional and strong professors, senior engineers, professional technical staff R&D team. ISO, CE, ROHS & CQC certificates, this is how we keep good quality and competitive price for global valued customers.

    We are Shenzhen Shuori New Technology Co.,Ltd in China and our main products as following:
    ☆Solar Street Light charge Controller for VRLA battery or lithium battery (Support Data Remote Setting, PWM/MPPT Type)
    ☆Solar Power System charge Controller for VRLA battery (PWM / MPPT Type)
    Please visit our web: WWW.SRNESOLAR.COM

    If any models meet your demand, please feel free to contact me. Catalog & Details can be offered.

    We're sure your any inquiries or requirements will get prompt attention.

    ---

    Best regards,

    Rhean Feng
    Shenzhen Shuori New Energy Technology Co., Ltd.
    Address:Building B, Jianyu 2nd Industrial, Nanchang Park, Gushu, Xixiang, Baoan, Shenzhen, China Zip:518000
    Mobile Phone:(+86) 18565667949/13580565572
    Email: rhean@szshuori.com
    Skype: rheanfeng
    QQ: 2851352807
    Wechat:1036342363
    Website: www.srnesolar.com

    ReplyDelete
  6. salam pauzi kassim ada email x utk sy bertanya dgn lbih lnjut

    ReplyDelete