Smell Like Teen Spirit adalah lagu yang aku cover pada tahun lepas... mungkin tahun depan jika umur aku panjang aku teringin nak cover lagu territorial pissings sambil melempar kan gitar aku pada power amp... Tapi tak nak nyanyi lah... aku rasa suara aku ni tak berapa sedap lah kalo nyanyi live... kene remix macam mizz nina baru sedap kot...
Pemergian Kurt Cobain pada 5 April 1994 memang meninggalkan kesan pada aku... ketika umur beliau pada 27 tahun... Umur yang pada lelaki melayu orang kata sedap sedap lah nak mendirikan rumah tangga... Terlalu muda untuk beliau pergi meninggalkan muzik Grunge nya yang masih kekal ke saat ni di hati aku...
Namun siapalah kita yang mampu menghalang kuasa Tuhan apabila saat ajal sudah tiba... Bukan sahaja Kurt Cobain yang mati pada usia muda... Gitaris handal Jimi Hendrix juga turut mati pada usia 27 Tahun pada 18 September 1970... Baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kematian Amy Winehouse penyanyi Soul dan R&B pada 23 Julai 2011dan mereka bertiga telah digolongkan kepada Forever 27 Club...
Amy Winehouse telah dituduh mencuri muzik orang kulit hitam... Mempunyai masalah ketagihan alkohol yang teruk...
Dari gambar di atas beliau adalah pemain gitar tangan kiri sama seperti Kurt Cobain... Turut juga mempunyai masalah alkohol...
Moral: Hindari dadah atau alkohol pada usia 27 tahun...
Yuna juga turut cover lagu Nirvana iaitu Come As You Are...Yuna pula dilahirkan pada 14 November 1986 kira baru 26 lah tahun ni... memang lunak suara nya... dan lagu kedua yang aku belajar adalah lagu ini...
Yang ini version original... ini lah Kurt Cobain... Perbezaan yang ketara antara aku dan dia adalah beliau bermain tangan kiri...
Sementara itu... gua telah menghadiri satu majlis perkahwinan rakan sekerja gua atau lebih tepat rakan se-MITC yang telah diadakan di Simpang Ampat, Melaka... Tak nak sembang panjang... mari layan pic-pic di sana...
Kenduri kahwin member gua ni hanyalah penyebab untuk kgua jalan-jalan ke Melaka... Batu Loncatan
Konco-Konco gua...
Ini senior gua... muka anak dia setampal macam ayahnya...
Kelihatan mereka sungguh teruja...
Busuk punya kaki...
Kalo kasut ni bole berkata-kata... pasti semua tempat yang aku pernah pergi dia akan bercerita...
Eh... Eh... Eh... kata gua...
Pada malam hari gua telah berjalan di Jonker Walk bagi mengutip segala hutang dan bunga-bunga nya sekali... Gua tak gentar nak pau mereka kerana gua selaku ahli tertinggi Top 24 telah ditemani oleh Abang Long Putrajaya dan keturunan generasi ke tujuh Kapitan Cina Yap Ah Loi
Ini yang gua maksudkan seorang Abang Long Putrajaya dan seorang lagi generasi ke tujuh Kapitan Cina Yap Ah Loi...
No comments:
Post a Comment