Tuesday, October 5, 2010

Aku Dan Kerjaya Aku

Aku telah menjawat jawatan sebagai Jurutera Elektrik di sebuah syarikat swasta iaitu Megajati Consult Sdn Bhd.
Secara umumnya nature business company aku adalh menyediakan perkhidmatan rundingan Mekanikal dan Elektrikal. Kerja aku adlh memberi nasihat kepada pelanggan... nasihat yg diberikan semestilah yg berkenaan dengan sistem M & E dan kdg2 sedikit nasihat tentang agama kerana client aku kdg2 brtnyakan hukum hakam agama... soalan yg selalu ditanya adalh hukum mkn komisyen dn pemberian hadiah atau sagu hati kepada aku yg byk meluluskn tuntutan kemajuan pembayaran (Progress Claim) dn membantu kontrktr dlm proses menukar jenama yg termaktub di dalam kontrak... Adakah aku bole menerimanya atau tidak?

Pernah aku berceramah pnjg brkenaan kaitan hukum dlm Al-Quran, hadis dan ijtimak ulama' dengan Lukisan Jurutera, BQ dn spesifikasi... Kerana persamaan nya adalh sesuatu hukum yang ada di dalam Al-Quran akan dijelaskan di dalam hadis dan jika tiada ijtima' ulama' akan digunapakai... Sebagai contoh sembahyang kerana di dalam Al-Quran tidak memaklumkan jumlah rakaat tetapi dihuraikan dan di ajar melalui hadis... sama juga di dalam perlaksanaan projek, kontrak yg terjalin mengandungi Lukisan, Bq dn spec yg perlu dipatuhi... "ko lain kali nk buat ape2 keje bc lh drawing tu dl bro... x ksh lh BQ tu kate ape... yg pntg drwg aku tu dh detail... kalo ko nk sgt pgg BQ tu, next prjct aku x pyh bg ko drwg... ko wt je ikt BQ aku bg tu... Bole x ko wt kj nnt?? Aku respect ko kalo ko bole wt kj x de drwg... keluh aku kpd kntrktr stlh ceramah pnjg aku trhdp dia sambil mkn tgh hari yg dibelanja oleh dia... Sedar x sedar aku telah memberi ceramah pd dia wktu smbhyg jumaat di endau rompin... sedangkan aku dn dia masih sdp melantak udg galah kt kedai seafood endau rompin... jatuh hukum musaffir kot sbb aku dgn dia dtg dr KL...

Syarikat aku ditadbir oleh 4 org Bos... 2 bos elktrik dn 2 bos mekanikal...

Ir Mokhti Big Bos 
- Pakar kilat dn memiliki kilang wt alat pelindung pusuan ( Surge Protective Device). Aku ade satu prjk je dgn dia iaitu Hospital Makkah dn sehingga hari ini bos aku x prnh2 nk bwk aku g Makkah tgk hospital tu..

Ir Hasnol
- Pakar motivasi... aku ada lbh kurang 15 projek dgn beliau... kepercayaan yg dia telah berikan kpd aku melebihi 100% shgga kdg2 aku pontg jp tgk wayang kt midvalley lps mtg di JKR tidk prnh sape pn tau...
sememangnya aku x kn hlgkn kepercayaan ini dgn memastikn segala kerja2 yg diamanhkn kpd aku akn disiapkn mengikut waktu itulah janji aku...Hm... "korang ni mmg x bole prcayalah... kata nk anta minggu ni... sudahnya sebulan br aku dpt drwg ko... korang yg keje brkaitan dgn perkataan 'con' ni mmg x bole percy lh... baik Main Con, SubCon maupn Consultant" keluh seorg client trhdp aku... lalu hati kecil aku berkata" baik ko tgk cite Con Air... ko tgk mcm mn si banduan yg menipu utk lari dr penjara..." Bila kita dlm keadaan tertekan pasti akn cuba menipu utk melpskn diri... itulh moral citer Con Air dn brkerja sbg CONsultant...

Ir Rani
- Peminat keretapi... katanye dia mmg sgt2 suka dgn keretapi... prnh bkrja di salah sebuah syarikat perkhidmatan keretapi sbg Jurutera Mekanikal dn sekarg sedg melobi projek membuat stsn keretapi yg terbesar di sempadan Padang Besar... harap2 dpt lh... seronok gk kalo aku dpt peluang wt landasan keretapi ni... Aku suka dgr bunyi besi rel tu bila keretapi nk smpi msnk  naik komuter... eeet  eeett eeettt...

Ir Zainal
- Mengawal prestasi dan disiplin pekerja... seorg yg peramah sehingga semua kontrktr mmg suka berurusan dgn beliau...

Adapun syrkt yg aku brkhidmat ini tlh menambah beberapa business yg lain sprt
1) VLP Engineering : Pengedar SPD berjenama MARSA dan kontrkt pakar dlm pemasangan LPS jns Faraday Cage.

2) Transient : Kilang yg buat SPD jenama MARSA.

3) Casa Tenaga: Kontraktr pemasangan kerja-kerja elektrik...

nk tau lbh lanjut korang g je kt website ni: www.megajaticonsult.com


Ini adalah workstation aku yg sememangnya langsung x selesa nk buat kerja...
Aku mempunyai maslh 5 S sbb semua brg2 aku brnilai dn x sggp nk buang...


Inilh workstation aku skrg... Bilik Meeting yg sggh selesa...
kdg2 Lina atau Pok Nik meeting dgn kntrktr kt dlm blk ni dengan secara x lgsg aku pn join meetg tu walaupn aku x trlibat hehe...

No comments:

Post a Comment